Assalamualaikum........
Wah, tengok kat tajuk tu aku tulis NO COMMENT kan? Tapi sebenarnya banyak benda nak comment,. No comment tu maksudnya cam `errrrrrrrr` lebih kurang cam tu lah? Kenapa plak aku kata macam tu? Ha, meh dengar cerita aku ni......
Aku sebenarnya tertarik sebab ada yang mengatakan filem ni SERAM, lagipun aku tengok sinopsisnya macam menarik dan lain daripada yang lain... Tapi, bila start jerk aku tengok filem ni tadi, aku dapat rasakan filem ni OK LAH.....Kenapa plak?
Bagi aku, IDEA untuk filem ni memang ada.. Baik dan unik.. Lain daripada filem seram yang pernah ada kat DUNIA ni (hiperbola gler......... ).. Tapi, sayang seribu kali saya, penggarapannya bagi aku kurang sampai di jiwa penonton.... Macam ada yang kurang... AKU TAK TAHU CAMNER NAK CAKAP, tapi aku dapat rasakan kekurangan itu...
Lepas tu plak, banyak adegan yang cam tak logik.. Kau tahu, pompuan kat sebelah aku tu, asik berbual ngan kawan dia pasal keTIDAKlogikan adegan dalam filem tu.. Aku pun sama... Sampaikan bila aku cakap kuat-kuat masa tengok wayang tadi cam ni : CAM TAK LOGIK JERK?
Pompuan tu boleh siap balas lagi.. Dia cakap : TAU TAK PEW...
Ha.. lebih kurang camtulah apa yang berlaku masa aku tengok wayang tadi.. hurm.....
rumah yang diowang guna ni memang seram weh...
Dari segi keseramannya, bagi aku OK-OK saja... Lebih kepada SERAM TERKEJUT.. Sebab dipengaruhi sound sistem yang serius terbaik.itu aku puji.. sound dia memang mantap.. Sampaikan aku terkejut, lantas terCARUT...... hahaahahah... Carut apa tu? Carut-carut biasa jerk.. korang jangan ikut plak..Dosa..
Dari segi lakonan plak, aku rasa cam kurang sampai ke jiwa aku... Lakonan Rabecca Nur islam pun aku rasa cam tak sampai kat aku.. Tak tahulah kenapa... Mungkin aku yang kurang menghayati, aku pun tak pasti.....
Paperpown tadi sebenarnya aku nak tengok citer SHERLOCK HOLMES, tapi oleh kerana aku penat sangat tadi.. Aku terfikir yang citer tu mesti agak berat dan memerlukan pemerhatian penonton.. AKu pun malas nak berfikir dalam panggung, maka aku decide tengok cerita yang ringan jerk iaitu KERAMAT.. Tetiba sekarang, rasa cam menyesal plak. hurm...
Korang jangan risau, cerita ni tak lah buruk mana pun.. Kira ok lah untuk tengok jugak.. Takder lah teruk cam citer BURIED tu.. Itu lagi lah merepek... Tema yang dibawakan filem ni aku suka.. Unsur agama pun ada... So, untuk filem KERAMAT ni aku bagi 5/10 jerk... dan di COP sebagai BOLEH LAH KALAU RASA TERINGIN NAK TENGOK.......
Kepada yang terlibat dalam pembikinan filem ni, dan peminat filem ni, aku mintak maaf banyak2 yer kalau aku terOVER dalam memberi komentar...... :)
psssst: Oh yer, aku nak puji lakonan pelakon lelaki tu.. Hairul Azreen..... Boleh dikatakan baik juga...
Ha, lagi satu, tempat lakonan yang rumah tu, memang nampak seram... AKu pun turut rasa keseraman itu.. Dengar citer, rumah tu menjadi tempat laluan pontianak.. Untuk kisah lanjut, baca di SINI
0 comments:
Post a Comment