Tuesday, February 21, 2012

ALASAN KENAPA AKU MALAS TENGOK DRAMA VANILLA COKLAT.

Assalamualaikum

VANILLA COKLAT!!! Serius ramai yang minat tengok drama ni kan? Korang semua mesti ramai suka tengok gabungan IZARA AISHAH ngan AIMAN kan? Tapi kan, kenapa ek aku rasa malas nak tengok drama tu sekarang? Sebenarnya, aku still minat lagi dengan drama tu.. aku nak sgt tahu perkembangannya.. Tapi, disebabkan sebab2 yang aku akan nyatakan di bawah ni, maka aku hanya mampu tanya classmate aku jerk apa yang jadi dalam episod2 yang ditayangkan.

So, meh kita tengok sikit apa sebabnya..

1. MALAS NAK BEREBUT DENGAN BUDAK JUNIOR

Kau tahu, bilik TV kat asrama aku ni, kalau lambat sikit jerk COP, memang terus akan DIKUASAI oleh budak junior... Kadang-kadang tu mereka tengok siaran kegemaran mereka seperti ESPN, HISTORY CHANEL.. So, kadang-kadang bila nak tgk vanilla coklat, takut ada antara mereka yang tak minat, so, aku relakan jerk lah mereka menguasai bilik TV tu.. Kalau betul2 aku nak tgk, maka aku kena BERSIAP SEDIA dengan NASI GORENG CINA+TELUR DADAR dan TEH AIS serta REMOTE TV di tangan sebagai tanda, bilik TV tu sekarang berada dalam jajahan aku..kalau lambat sket jerk wat cam tu, memang terlepas...

2. TERLEPAS 15 MINIT AWAL

Ha, macam tadi jugak. Sedang aku duduk2 depan laptob,  dah around pukul 9.15 malam, tetiba kawan aku tanya aku..

`KAU TAK TGK VANILLA COKLAT KER?`

Terus aku baru teringat.. Dan bila teringat, mesti rasa nak menjerit... Tapi, oleh kerana dah terlepas 15 minit awal, maka MOOD nak tengok tu cam dah HILANG... So, bila nak tgk tu, feel tu cam takder.. Sesuatu cerita tu, akan lagi best kalau dapat tgk dari mula kan?

3. PERGI PASAR MALAM

Oleh kerana keghirahan aku pergi pasar malam sampai pukul 10, balik jerk dari pasar malam, bila terpandang BILIK TV yang terang benderang tu, baru aku teringat :

EH, ADA VANILA COKLAT KER ARINI?

Terus rasa nak menjerit sebab terlepas episod pada hari itu.. Sedih kotttttt...Ni semua gara2 pasar malam lah ni.. Rasa nak bom jerk pasar malam tu.. Eh..tak boleh bom sesuka hati.. Nanti tak dapat aku nak beli cempedak goreng kat pasar malam seksyen 1 bangi.. sedap woo....(err..perlu ker pasar malam dipersalahkan???)

4. ALA, TONTON KAN ADA......

Ha, yang ni alasan untuk menyedapkan hati bila rasa malas tu melanda2.. Sekarang ni kan, assgment tgh mula datang menjengah, maka bila sedap2 tgh menaip assgment tu, tgk cam terlepas 15 minit awal, so aku akan sedapkan hati dengan berkata :

`ALA, TONTON  KAN ADA`..

Padahal, aku tak pernah lagi tgk VANILLA COKLAT kat TONTON.. Huuhuhuh..

Hurm.. mintak2 laha da yang mendownload FULL EPISODE nanti.. 

8 comments:

Putri Cahaya / Cikgu Amira said...

haritu aku nak tgk vanila coklat kt tonton dr episod prtama, pastu dia suh byr klau nk tgk..episod 1- 5 kne byr..episod lain free..skit je hti..

Aiskrim Cokolat said...

kat youtube ada episod 1 sampai epsd la ni . . tengok , jgn tak tengok . rugi . hehehe ^^

~ariFFin~ said...

perhh..minat gila ngan cter tu..membe ku sip download sume episode cter tu..hahaha..nak bagi mak die tgk katenye..

~ Cik Azz ~ said...

Hehehe...

Alasan no 3 tu tak boleh blah.. Ada ke nak salahkan pasar malam.. haha..

Tonton tu leceh nak tengok.. Asyik kena register je... Boring..

Akak masa awal2 siri ni tak tengok sangat sebab banyak adegan menengking2. Pening nak tengok.. Dah calm down dorang tu, baru la akak layan sikit2.. :-)

Assignment didahulukan.. :)

Mieya said...

hhehee..kt cni ada link kalau rajin nk download la cter tuu...

http://www.youtube.com/user/DramaVanilaCoklat?ob=0&feature=results_main

~SYAZ~ said...

aar weiii~
tak pyh serabot nak g berebot2 kat bilik tv tu haa..
balik ko boleh tengok kat tonton dengan tenang nye..lagi best sebb iklan pon takde..

cinta siswi said...

hee.. xpa.. siswi pun xtengok.. mc xde mood nk tgk kalau da miss bahagian dpn2..

Munira Muhiyddin said...

dont worry, pihak youtube membantu anda. lagi laju dr TonTon yg ken bayo sampai ep 5 tu. ngeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails