Wednesday, February 22, 2012

BUDAK INI MENGAKU PERNAH KE SYURGA

Assalamualaikum

Aku dah lama tak bukak satu blog indonesia yang aku selalu jenguk dulu. So, bila bukak tadi, terjumpa plak satu benda yang aku rasa cam nak bagi korang tengok. Saper yang dah tahu tu, sila buat-buat tak tahu yer... Kalau yang belum tahu tu, dipersilakanlah untuk tahu..huhuuhuh...

TEXT INI DALAM BAHASA INDONESIA. TAPI, AKU GIGIH MENUKAR AYAT DALAM BAHASA MELAYU. KALAU ADA TERSALAH MAKNA, HARAP DIMAAFKAN YER.. :)
 
Budak yang mengaku pernah ke syurga ini bernama Colton Burpo, 11. Dia mengaku ketika dia berusia empat tahun, dia  mengalami sakit parah sehingga harus menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

Setelah pulih, dia memaklumkan kepada orang tuanya iatu, Todd dan Sonya, bahawa dia baru saja bertemu dengan kakak perempuannya yang belum  pernah dia jumpa. Wajar, sebelum melahirkan Colton, Sonya keguguran janin perempuan. Disebabkan itu, kedua orang tua Colton tidak pernah mengungkit cerita lama tersebut.

"Perempuan itu nampak sangat familiar. Dia memberikan saya pelukan dan mengatakan senang bertemu seorang anggota keluarga di sana," kata Colton yang mengungkapkan pengalaman luar biasa itu di buku terbaru Heaven is for Real.

“Dia mengaku tidak memiliki nama. Dia tidak pernah diberikan nama. Tapi dia tidak sabar bertemu dengan ayah dan ibu di syurga,” kata Colton lagi menceritakan soal saudara perempuannya itu.

Colton juga menyatakan bertemu moyangnya, Pop, yang meninggal 30 tahun lalu dan tidak pernah dikenali Colton, bahkan tidak pernah melihat melalui gambar. Colton mengaku penglihatannya di syurga tidak berdasarkan pengalaman hidupnya di dunia nyata.

Saat ditanya bagaimana keadaan di syurga, Colton menjelaskan dengan sangat spesifik.

 "Wow. Ada banyak warna pelangi. Ini adalah sebuah tempat yang indah dengan banyak pemandangan menakjubkan."

credit to: SINI

JADI AKU NAK TANYA. BAGAIMANA DENGAN PENDAPAT KORANG TENTANG KENYATAAN DI ATAS? 

"Sesungguhnya Aku mengetahui segala yang ghaib di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kalian tampakkan dan apa yang kalian sembunyikan" (Surah Al-Baqarah: 33)

2 comments:

ariffin mutalib said...

bes nye kalau dah dapat rasa syurga macam mana..tapi amalan belum cukup lagi ni..

Anonymous said...

mungkin cuma nmpk saje,,, lau dah masuk x mungkin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails