Wednesday, March 21, 2012

KISAH SEDIH KETIKA PRAKTIKAL

Assalamualaikum

Alhamdulilah, dah 3 hari kami berpraktikal. Kali ni aku dapat pengalaman baru yang sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri aku sebagai  seorang guru. Meskipun baru 3 hari aku menjalankan praktikal, namun ada beberapa kisah yang menyayat hati aku sepanjang aku berpraktikal.

KISAH 1

Ada seorang murid perempuan berkerusi roda. Aku ingatkan dia baru lepas kemalangan. Lepas tu kawan aku tanya dia,

KENAPA PAKAI KERUSI RODA?

Jawapan dia:

TULANG SAYA REPUT CIKGU. SEJAK LAHIR SAYA MACAM NI.

Tersentak kami semua ketika itu. Kakinya nampak sungguh longlai.

Hati kami lagi tersentuh bila tengok kasih sayang ayah dia yang cukup gigih mengambilnya di sekolah. Mendukungnya dari kelas, letakkan di bakul motor dalam keadaan matahari yang panas terik menjelang tengahari. Apa yang buat aku kagum, semangat pelajar tu tetap ada untuk menimba ilmu meskipun dia sedar kekurangan dalam dirinya. 

Jika dibandingkan dengan kita yang dikatakan elok fizikal, kenapa masih ada yang malas ke sekolah kan? Demam sikit, terus patah semangat nak pergi sekolah. Jadikan alasan demam tu sebagai motif utama tak nak ke sekolah..hurm...

KISAH 2

Tadi aku ganti kelas tahap dua. Masa tengah ganti kelas tu, aku tertarik dengan sorang budak laki ni. Muka dia nampak suci sangat. Aku pun tanya lah dia.

AYAH AWAK KEJE APA?

ayah saya dah meninggal cikgu..

aku terkaku masa tu... lalu aku tanya soalan lain...

MAK AWAK KEJE TAK?

mak saya keje cuci surau di kampung cikgu..

Lepas habis jerk relief kelas tu, hati aku asik teringat kat budak tu.. Sedih kotttt... Masa nak keluar tu, dia salam aku... Aku usap kepala dia, lalu aku berpesan...

BELAJAR RAJIN-RAJIN YA..

Dia membalas dengan senyuman, lalu berlalu pergi...



5 comments:

Cik Aied said...

pehh...sebak seh dgn cite ko ni... :'(

erma nazillah said...

skrg sy tgh pbs..first experience..huhu..sedih bc entry ni

p/s: cikgu fiq,ari tu nk bc entry sini tbe2 die ckp malware detected..hehe

Anonymous said...

Wei.. Samalaa.. Aku pon ada gak kes mcm ko tu... Sedihnyeee...

aQmaR 0n The Blog said...

hi cikgu fiq..lame tak jenguk cini..harap dapat jadi cikgu yang baik..;)

Munira Muhiyddin said...

so sebak. nak2 dorg budak lagi.
may Allah bless them. Amin :')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails