Thursday, July 5, 2012

AKU GERAM BETUL KALAU BELI KFC TETIBA.....

Assalamualaikum...

Memandangkan tadi aku baru makan KFC yang baru tu.. Ala apa nama dia yang ada letak ala2 cam CORNFLAKES tu.. flammy crunch ker? ntah..lantak lah..ada aku kesah... Yang penting sedap doe.. serius sedap... Pedas dia tu memang mantap... Kalah AYAM MCD... Sedap hingga menjilat ibu kaki (melampau giler...hahaahah)

Ok, dah terlalu merapu, kembali semula ke tajuk... Ha, kau tahu, aku geram betul lah kalauaku tengah nak beli KFC, dah beratur panjang giler...Tetiba pelanggan yang berbaris depan aku tu buat hal plak.. Dah lah aku nak cepat.. Nak2 kalau beli KFC kat stesen bas... Lepas tu time aku beli tu plak masa emergency (dah nak dekat waktu bas bertolak).. Tetiba situasi ni berlaku..

1. Pelanggan depan aku boleh buat slow2 plak..

Ni aku geram.. Nak keluarkan duit tu cam nak keluarkan anak... Kemain susah plak dia..

2. Pelanggan depan aku tu, nak main tambah2 set pulak...

Ha, ni memang aku menyampah.. Cam situasi tadi.. Kau tahu, dia boleh plak dah bayar set yang dia beli mula2, tetiba ntah mana datangnya tekak dia nak makan EGG TART KFC tu, dia boleh beli plak tu.. Dah lah aku nak cepat.. Rasa nak sound jerk...

3. Aku tengah beratur panjang giler, tetiba datang lah segerombolan kawan2 kepada orang yang beratur di depan aku tu join sekali barisan kawan dia.. 

Ha, ni memang rasa nak mencarut.. Bila kawan dia join sekali barisan tu, bermakna lagi panjanglah barisan tu... DAN makin lambatlah giliran aku...

4. Bahagian kegemaran aku habis disebabkan perihal2 di atas..

AKu kalau beli ayam, aku suka bahagian THIGH... Best doe.. Sangat seronok dapat makan.. Tapi, disebabkan hal2 di atas, bahagian tersebut habis dan yang paling menyampah cashier tu akan cakap camni..

ENCIK BOLEH TUNGGU LAGI 20 MINIT???

OH NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 pssssssssssst: Paperpown, yang penting, kita kena sentiasa bersabar yer.. Tak semua manusia tu sempurna.. Apa yang penting kita saling memahami antara satu sama lain.. Tapi, kalau dah terlebih over dan melampau, aku pun geram.. huhhuhhu :)

6 comments:

MyMy said...

woahhh..
kalau aku pun boleh naik bengang gak if jadi macam tu hahaha..
nak lagi if tetiba kena potong Q..
arghhh!!


sedap sgt kaa?
aku tak rasa lg laa hehhee

~ Cik Azz ~ said...

Hahaha...

Sound je la.. Ko kan cikgu, dah biasa sound2 orang... hehe...

Jangan marah haa... Sabarrrrr.....

Sweetie said...

Betullll!

Nur Aischa said...

haha betul tu, rasa geram juga kadang bila jadi mcm tu XD apapun kena bersabar hadapi situasi yg mcm tu ya. hehe

Amir Jahari said...

Hahaha, dah nasib, bak kata cerita p.ramlee, cobaan :P

Da Yana said...

Flamming crunch...dap nyer....kalu ad lg...mak nk mkn lg...mak suka...crunch dan pedas mmg ummmphhh....sabar jela....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails