Friday, August 17, 2012

BISKUT RAYA KEGEMARAN AKU BILA TIME RAYA!!!!

Assalamualaikum...

Wah, sekarang ni masing-masing tengah beria-ria wat persiapan raya kan"? Ada yang menyapu laman rumah, ada yang buat kuih raya, ada yang main tunjuk-tunjuk kuih raya pun boleh/.. Nak main tunjuk-tunjuk tu boleh, tapi jangan main tunjuk-tunjuk guna kaki plak.. huhuhuhu...

Ha, sebut pasal kuih raya, meh aku nak citer biskut feveret aku yang memang aku akan rasa kalau pergi rumah orang time raya... Nak tahu? Meh tengok... Tapi sebelum tu, semua image ni aku nak creditkan kepada GOOGLE IMAGE!!!! :)

BISKUT SEMPERIT

Yes.. biskut ni sedap kaN? Lebih-lebih lagi kalau rangup dan lemak manisnya terasa.. Tapi, kadang-kadang susah nak jumpa yang sedap macam aku nak.. Kadang-kadang mesti terasa tawar.. Tak pun, rapuh... Tapi takpew, yang penting orang dah bagi tu, kita makan jerk lah kan.. Takkan nak membebel plak kat dia.. Silap-silap, orang tu mop muka ko baru tahu.. huhuhuh..

BISKUT COKLAT CHIP VERSI RANGUP


Ha, aku cukup suka kalau biskut coklat chip.. Lebih-lebih lagi kalau versi rangup giler... Tipa-tiap tahun, lepas balik dari ziarah kubur, mesti  rumah first yang akan aku raya ialah rumah jiran aku ni ha... Sebab aku tak sabar nak makan coklat chip dia.. Sedap seh!!!!!

BISKUT CORNFLAKES MADU


Ha, biskut ni aku suka.. Tpai, kadang-kadang ada yang jenis berderai atau terhangus sikit... Tapi tak pewlah., dah datang umah orang, aku makan jerk lah.. Tapi, kalau dapat yang versi rangup dan madu dia sebati dengan cornflakes.. Lagi sedap!!!!!!

BISKUT SUJI


Yes.. ni merupakan biskut yang aku akan mintak kat mak aku tiap-tiap tahun.. Aku suka biskut ni.. Walaupun resepi dia simple jerk, tapi rasa dia yang lemak-lemak tu.. Memang sedap!!!!!

BISKUT NESTUM


Ha, biskut ni aku baru request kat mak aku tahun ni.. Mula-mula tu memang rancang nak buat, tapi bila mak aku nampak ada offer kat baxzar ramdhan murah, terus mak aku tak jadi wat.. mak aku beli jerk... Bila aku rasa biskut tu, memang sedap.. Rangup..Cuma agak manis sket... Tapi, takpewlah, yang penting RANGUP itu perlu!!!

BISKUT SHORTBREAD

Mula-mula aku tak tahu biskut ni biskut apa.. Aku setiap kali nampka kat rumah orang, mesti aku makan.. Tapi, bila jumpa kat google, baru tahu yang biskut ni namanya biskut shortbread.. Rasa coklat yang tebal tu.. Sedap!!!!

Tu jerk rasanya biskut yang aku suka.. Selebihnya tu, tak tahu nama lah plak.. huhuhu.. korang plak suka biskut apa???

4 comments:

FarhaNezam said...

makmur and tart nenas! meleleh tengok kuih raya nyum2..

selamat hari raya =)

Anonymous said...

cikgu dua biskut kegemaran ko ade kat umah aku....meh dtg rayer umah aku...!!!

Cik Aied said...

popia nestum ko x suka??hahaha
aku dah try buat.. sedap sgtt!

Afiq Yassin said...

Follow sini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Daripada rakan blogger | Afiq Yassin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails