Saturday, August 18, 2012

NAK TAHU CERITA PASAL AKU, KUCING DAN SANTAN KELAPA?

Assalamualaikum...

Semalam aku dah set awal-awal yang aku nak buat misi selepas sahur tadi.. Kau nak tahu misi apa? Misi:

MEMBELI SANTAN KELAPA!!!!

Yes.,.. kau tahu, aku lepas sahur tu, dah mandi, solat segala, terus beria-ria pergi ke pasar... Masa keluar rumah tu gelap jerk.. Then adik aku ajak pergi pasar ikut jalan jauh... KAU MAMPU????
Then adik aku bawak pusing kampung dulu pagi-pagi buta tu.. Huhuhu..

Ha, masa tiba kat depan Petronas(OTW nak ke pasar..), ada sorang makcik ni jerit kat ktorang..Dia kata lebih kurang macam ni..

DIK, TOLONG SELAMATKAN KUCING KAT TENGAH JALAN TU.. DIA NAK KENA LANGGAR TADI.. SEKARANG TERHUYUNG-HAYANG TU..

Then, ktrong tengok ke arah yang makcik tu tunjuk.. Ya, memang ada seekor kucing sedang terbaring kat tengah jalan.. Lepas tu, aku menjerit tiba-tiba.. kenapa??? Sebab ada kereta dari arah belakang nak langgar dia...
 kucing tu agak comel tau.. Warna dia ala-ala oren...

Tapi, nasib baik kereta tu sempat brek.. Then, ada plak kereta lagi satu... Aigoo.. Nasib baik takder paper kucing tu.. lepas tu ktorang pun agah-agahkan kucing tu dengan motor supaya dia berlalu ke tepi.. kau tahu, apa kucing tu buat?

Dia boleh stay jerk kat jalan tu.. lepas tu dia jalan terus kat tengah jalan tu..

Then aku turun dari motor... Aku terus nak pergi ke arah kucing tu.. Kau tahu dia buat hal plak masa tu...
Kucing tu boleh main lari-lari plak.. Dah gigih aku ni nak mengejarnya.. Lepas tu, kenderaan yang lalu masa tu, pandang jerk aku dengan helmet di kepala, terbongkok-bongkok kejar kucing.. Nasib baik kucing tu lemah lagi masa tu.. Then aku terus letak dia kat tepi jalan.. Maka dia pun beralih ke tempat yang selamat..

FUh, lega masa tu.. Kesian gak kat kucing tu.. Kang tetiba mati plak, tak dapat dia beraya dengan family tercinta.. Tapi, kenapa dia masih nak berdiri di tengah jalan itu? Adakah dia mahu membunuh diri atau frust menonggeng kucing betina tak nak dengan dia? Semua itu menjadi persoalan.......


Oh yer, pasal santan tu plak, aku beratur dari pagi, sampailah pukul 9 pagi baru dapat santan tu.. punyalah panjang orang beratur..  Tapi, nasib baik ada rezeki aku.. Kalau jadi cam tahun lepas mesti geram.. Ha, nak tahu pasal apa? taun lepas masa aku gigih beratur panjang, dah nak tiba giliran aku tu, mesin perah santan plak ROSAK!!!!! Alhamdulilah tahun ni tak...

Kepada semua bloggers dan para pembaca saya yang comel itew, saya ingin mengucapkan:


Kalau ada salah silap, mulut terlaser ker, tercarut ker, ampun  maaf yer.. Doakan saya dapat menyemai semangat RAJIN wat ASSINGMENT YANG MENIMBUN ketika raya.. Amin.... :)

4 comments:

Faizul Osman said...

selamat hari raya... maaf zahir dan batin...

Cik Rongoks said...

errr..ika takut kucing.hihi

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin ^^

Cik Aied said...

hahaha..lawak gila.. sian ko main kejar2 dgn kucing tu..haha..

Hanif Idrus said...

Nasib baik awak prihatin selamtkan kucing tu...
Beli ajer santan segera ..hehehhehehe
Dah start kerja hari ini...malasnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails