Friday, August 24, 2012

REVIEW FILEM PARANORMAN

Assalamualaikum...

Wah.. Selamat hari Raya semua... Ramai dah yang balik ke rumah masing-masing kan? Yelah kan, keje katanyer... huhuhu... Sepupu aku kat Johor tu, raya ketiga dah balik.. Cepat plak rasanya...

Ha, so alang-alang aku duduk rumah, aku pun beria lah nak menyiapkan assingment aku tu... Tapi sayang seribu kali sayang, masih lagi tertangguh sebab kengkawan aku ajak beraya... Gigih pergi beraya rumah cikgu-cikgu sekolah lama.. Rindu gler dengan mereka!!!!

Semalam plak, dari pagi sampai ke maghrib ktroang beraya.. Kau mampu? Sampai waktu tu jugaklah perut aku tak jamah nasi.. So, lepas dah maghrib tu, aku ngan kawan aku pergi lah jenjalan kt Jusco Melaka... Cadang nak tengok movie.. Then, makan nasi.. Mula-mula tu aku feeling-feeling nak makan nasi ayam, aleh-aleh tutup plak.. Lama betul orang tu beraya.. So, makan jerk lah nasi telur bistik.. ok lah jugak...

So now, aku nak review pasal filem PARANORMAN!!!!! Saper dah tengok? Ala, filem animasi seram komedi tu lah... Meh sini aku nak review sket..



Paranorman ni mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang dianggap pelik di kawasan tempat tinggal dia.. kesian dia.. kat sekolah orang kata dia pelik. Family dia pun macam tu.. Seluruh penduduk pun kata mcam tu.. Sebab apa? Sebab dia boleh cakap dengan hantu... Kalau dia nak pergi sekolah, orang akan nampak dia bertegur sapa sorang-sorang.. padahal dia tengah bertegur sapa dengan hantu...

Nak dijadikan cerita,ada satu sumpahan ahli sihir yang masih lagi berterusan selama 300 tahun... So, budak laki tu telah dipilih oleh salah seorang hantu yang dulu pun boleh tengok hantu cam dia gak.. hantu tu suruh budak laki tu baca sebuah buku kat kubur ahli sihir tu.. kalau tak baca sumpahan akan datang.. Apa sumpahannya? Rahsia..kena tengok sendiri...

Lepas tu plak, ada masalah yang mengganggi.. Dia salah baca buku tu kat kubur orang lain.. Maka, sumpahan tu berlaku lah.. Maka, bermulalah adegan aksi yang ta seberapa, lawak yang boleh tahan gak, seram yang suam-suam kuku.. Huhuhu...

Apa yang best?

Bagi aku, skrip dia unik.. Serius..Mula-mula kau akan pikir benda lain tau.. kau akan ingat jalan citer dia sama.. Tapi sebenarnya, skrip dia unik.. Pandai orang yang wat skrip tu ubah citer ni jadi lain daripada yang lain...

Grafik dia best!!! mantap!!! Aku suka!!!

Lawak dia pun not bad lah.... Aku asik tergelak jerk masa aksi lari daripada hantu guna kereta.. Hahahaha... 

Citer ni sesuai untuk tontonan keluarga.. Ada moral value... Lagipun takder lah seram sangat pun...

Apa yang tak best?

Aksi dia kurang... Permulaan citer dia agak lembab bagi aku.. Mungkin aku terikut-ikut karaketer budak laki tu yang lemah dan lesu kotttttttt....

Yang lain semua ok kot......

MARKAH : 7/10!! di COP sebagai BOLEH TENGOK!!!! :)

2 comments:

Anonymous said...

karma reborn.....!!!!!....The best TERBAIKKKKKKK....!!!!!

Hanif Idrus said...

Plan nak ajak anak tengok juga minggu depan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails