Saturday, September 1, 2012

REVIEW FILEM THE POSSESION | RASUKAN KOTAK PUAKA

Assalamualaikum...

The Possesion merupakan sebuah filem yang berdasarkan kisah benar... Kisah ini seakan-akan seperti kisah The Exocism of Emily Roses.. Tapi filem THE POSSESION ni masih ada keunikan tersendiri...


Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang membeli sebuah kotak dari jualan murah.. Dia tidak tahu bahawa kota tu merupakan kotak puaka yang mengandungi roh sesat yang sangat bahaya.. Apabila dia bukak kotak tu, dia telah memakai sebentuk cincin. Tanpa disedari, semakin hari perangainya berubah dan tidak menjadi seperti dirinya sendiri.. Perkara menjadi lebih teruk apabila muncul kupu-kupu pelik dalam bilik, tangan dalam mulut, dan macam-macam lagi lah..


kotak puaka....


Kelebihan :

Pergh.. citer ni serius best.. Aku suka... Walaupun ala-ala citer melayu dengan ada kotak dan cincin puaka, tapi kita still lagi nak tengok citer ni sebab kehebatan pelakon yang melakonkan watak budak perempuan tu... Serius mantap...

Ditambah pula dengan adegan masa budak perempunan tu dirasuk, adegan dia pukul budak laki kat sekolah dia.. Pergh.. dia sangat sayang ngan kotak puaka tu sampaikan sapa yang sentuh akan terima padah...

Filem ni mengangkat institusi kekeluargaan.. Walaupun ibu bapa dia dah bercerai dan ayah dia dapat tawaran kerja di luar negara, tapi kegigihan ayah dia untuk bantu anak dia sangat mengharukan.. Memang terbaik lah....

aku suka adegan kat sini...

 Kekurangan :

Kekurangan citer ni bagi aku, unsur seram dia tidak diselitkan banyak.. Tapi, sela masa antara babak seram dengan babak biasa tu still tak boring sebab kita tertanya-tanya apa yang berlaku pada budak perempuan tu.. Adakah dia selamat? Dengar cerita ayah dia berbicara dengan setan tu untuk gantikan diri dia.. Dpat dia dia tukar ganti antara nyawa dia dan anak perempuan dia?

Oh yer, lagi satu citer ni ada tunjuk upacara ritual kaum Yahudi untuk halau setan.. Jangan terpengaruh sangat yer.,. Ingat!!! Walaupun citer ni berdasarkan kisah benar, semua yang berlaku tu tetap izin Allah S.W.T..

Paperpown, korang kena tengok filem ni... Aku bagi 9/10....
dan diCOP sebagai MESTI TENGOK!!!!!!!!!!


3 comments:

THE AUTHOR said...

Kalau ranking tinggi mcm tu....kena tgk ni

Dkna Abza said...

dkna tak tengok lagi cerita nie :)

Ce'gu JAERA said...

pasti ianya seram dan menghiburkan... tak sabar juga nak tngok nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails