Tuesday, October 9, 2012

BETUL KER SEORANG PENDEBAT TU SELALU NAK MENANG BILA BERCAKAP?

Assalamualaikum...

Tajuk kali ni pasal debat.. Bukan pasal TIPS BERDEBAT atau cara-cara menjadi pendebat yang baik, tapi sekadar perkongsian yang tetiba teringat...

Korang ada tak kawan korang yang merupakan seorang pendebat??? Kalau ada, cuba korang tengok dia bila bercakap.. Gaya dia macam mana? Adakah dengan tangan yang penuh gaya atau biasa-biasa sahaja?

Bila ada topik yang nak dibincangkan, adakah dia nak menang saja bila bercakap?? Hurm... Aku tetiba teringat zaman aku dulu, kalau nak cakap, mesti nak menang jerk.. Serius.. Kadang-kadang aku rasa over plak... Huhuhu.. Tapi sekarang, aku rasa dah tak macam dulu sangat kottttt.. Ada jerk pendapat, aku akan dengar dulu, kalau cam kurang sesuai aku akan cuba cakap elok-elok ngan orang tu.. Bukan apa, takut dia kecik hati..

Ada jugak beberapa orang kawan aku yang merupakan seorang pendebat, aku tengok sekarang masih lagi dengan sikap nak menang bila bercakap.. Aigoo.. Rasa kelakar pun ada, geram pun ada.. Tapi, takperlah, tak kisah pun...

Kadang-kadang perkara kecik sampai nak besar-besarkan.. Itu yang geram tu... Ada tu plak, dah terang lagi bersuluh benda tu salah, tapi still nak menang.. Aigooo... Tapi ada jerk yang jenis, diam, then baru dia bagi pendapat dia... Itu bagus...

Jadi bagi aku, tak semestinya seorang pendebat tu asik nak menang jerk bila bercakap, ada jerk orang yang bukan pendebat tu cam tu..Camtu lah manusia, ada kelebihan dan kekurangan.. Pendapat korang camner plak???

5 comments:

hnahdy said...

pendebat.. selalu dia ja yang betul orang lain xbetul

Harmi Mohammad Jamil said...

Tu la susahnya bila terbawa-bawa aura debat dalam kehidupan seharian.. Di atas pentas menggigil-gigil berdebat tapi di luar pentas berdegar-degar berdebat.. Bezanya di atas pentas, ada yang menghakimi, di luar pentas, bebas tanpa dihakimi.

CHEGU ALONG said...

terpulang kpd org sebenarnya. :)

Hanif Idrus said...

Aku bukan pendebat tapi pendengar yang cekap...hehehehe

Sang Pemerhati said...

huahuahua.. cikgu cakap ni saya terasa tauuuuu.. hahah.. memang rasa nak menang tu selalu ada.. kalau bercakap pun mesti tangan nak kena melayang sana sini xD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails