Assalamualaikum...
Aku sebenarnya tak mahu buat FACEBOOK.. Bila orang tanya FB aku, aku cakap aku takder.. Ramai tak percaya.. Katanya aku tipu.. Tapi memang betul aku tak der FB.. Cuma tadi, around 3.10 minit petang, aku buat jugak FACEBOOK.. Sebab apa? Semuanya bermula apabila...
Dulu masa mula-mula masuk IPG, aku selalu gaduh dengan roomate lama aku.. Bila aku gaduh tu, aku selalu bercerita dengan abang Azman.. Dia merupakan seorang pendengar yang sangat baik.. Kata-kata dia merupakan penguat bagi aku...
Masa awal JUN 2011, aku jadi roomate dia... Masa tu aku rasa sangat seronok.. Macam-macam perkara kami buat bersama.. Gelak sama-sama.. Kongsi cerita sama-sama.. Makan sama-sama... Pergi kuliah sama-sama..
Bila waktu aku study atau tidur.. Abang Azman sangat memahami aku.. Dia akan tutup lampu.. Kalau dengar lagu pun, guna earphone.. Kalau ada kawan dia ajak study sesama, dia akan pergi library.. Atau pun study kat tempat lain.. Aku rasa sangat serba salah.. Tapi dia kata,
ABANG TAK KISAH DIK..
Kalau dia praktikum, dia sentiasa bagi tips praktikum kat aku... Macam-macam ilmu berguna dia kongsikan dengan aku...
Kalau aku wat assignment sampai pukul 4 pagi.. Dia tetap akan temankan aku.. Tolong aku gunting itu, tampal ini.. macam2 lagi..
Kalau malam-malam tak der hal nak buat, ktorang akan pasang lappy, tengok movie sama-sama.. Jerit sama-sama, gelak pun sama-sama.
Kalau aku selsema pulak, dia akan buatkan TEH O PANAS untuk aku dan letakkan berdekatan dengan aku...
Kalau aku demam, dia akan basahkan kain, untuk aku letak kat dahi aku...
Tapi sekarang,
aku mesti dah tak rasa semua tu lagi..
Sebab dia dah tak der kat sisi aku.. Dia dah tamat belajar.. Dia dah final year.. Dah 5 Tahun 6 Bulan dia hadapi suka duka di IPG..
Khamis bersamaan 8.November. 2012, pukul 5.00 petang, aku salam dia.. Aku peluk dia.. Aku cuba tahan air mata aku, aku buat-buat gelak.. Tapi tak boleh.. Akhirnya aku nangis juga.. Aku seorang yang susah menangis.. Sebab aku suka gelak, suka ketawa.. Tapi tadi......
Masa taip blog ni pun, hati aku masih lagi rasa sebak.. Sedih.. Aku tak kisah kalau korang cakap aku ni poyo nak citer semua benda ni dalam blog.. Sebab apa? Sebab aku nak jadikan dedikasi ni hadiah buat Mohamad Azaman bin Azahar...Terima kasih ajar saya buat Facebook tadi.. Terima kasih sudi jadi roomate saya.. Maaf sebab tak sempat nak ajar tentang blog...
Selamat bergelar guru.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin...
"apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti"
5 comments:
hana plak dapat dedikasi dari romate.ada dalam draft belum di publish.hehe.kami berpisah selepas 5 tahun 6 bulan :) sekarang merdeka..
friend dalm fb hana 20orang ja. semua clasmate.. hana xsuka fb2 ni..buat fb sebab senang sampaikan maklumat kelas
sedihnyaaa...takpe kuatkan semangat cikgu fiq :D ...
Fik, ini roomate kau tu? Baik sungguh. Kirim salam.
Anonymous..
In Shaa Allah.. siapa yer anonymous ni?
Post a Comment