Wednesday, November 28, 2012

BLOGGER MEMASAK :RESEPI MURTABAK MAGGIE YANG SERIUS SENANG DAN SEDAP!

Assalamualaikum..

Bertemu sekali lagi dalam Rancangan Dapur Cikgu Fiq.. Sempena cuti sekolah yang tetiba panjang plak tahun ni.. (Around 2 bulan kotttt...), maka aku banyak menghabiskan masa aku di dapur..huhuhhu.. Bukanlah selalu sangat, tapi kalau ada masa tu, kalau takder citer korea nak tengok, maka mula lah aku gatal kaki untuk merayap ke dapur..

Ok, resepi kita kali ni, bukanlah bercorak korea mahupun eropah, tapi kali ni bercorak India kot.. (murtabak berasal dari India ae? ) Entahlah, aku pun tak pasti di mana asalnya murtabak itu, tahun bila dilahirkan dan di horpital mana diberanakkan, yang aku tahu, cara nak masak murtabak maggie jerk.. Baiklah, sebelum kau hempas laptop kau dengan lesung batu sebab geram dengar aku merepek, biar aku kongsi resepinya yer..

Bahan-bahannya ialah:

 Ni resepi untuk 1 family makan yer.. dapat lah dalam 8 keping murtabak..

1. 4 bungkus MAGGIE PERISA KARI
2. 3 biji bawang besar (dipotong dadu-potong kecik-kecik lagi elok)
3. 6 biji telur ( sebenarnya 1 bungkus maggie bersamaan 2 biji telur, so kalau 4 bungkus, jadi 8 lah kan? tapi tadi mak aku marah aku amik telur banyak-banyak, so around 6 biji aku guna.. huhu)
4. Seikat daun sup dihiris halus ( aku just guna 3/4 jerk)
5. Sebungkus daging / ayam cincang DIGORENG dahulu..( ikut kau lah nak perisa apa.. aku wat perisa ayam,so aku guna ayam.. klu ko nak guna itik cincang pun  boleh..suka hati lah..huhu)
6. Minyak masak

Mudah kan bahan dia? Mula-mula tadi aku ada upload gambar bahan-bahan, kat gambar tu aku dah siap label nombor dah.. aleh-aleh bila aku taip, aku rasa cam susunan nombor aku salah..So, daripada aku memeningkan kepala korang, lebih baik aku padam jerk gambar tu..huhuhhu.. Ok, sekarang cara membuatnya pulak..

CARA-CARANYA:

1. Mula-mula toskan maggie tu dulu dalam periuk..Perencah tu asingkan yer.. jangan kau toskan sekali pulak..
2. Sementara tengah tos tu, ko amik mangkuk besar, then ko campakkan semua bahan iaitu bawang putih, hirisan daun sup, telur, daging cincang yang sudah digoreng dan perencah maggie. Perencah maggie tu aku masukkan semua.. kalau kau rasa masin, nak masukkan just 3 perencah pun takpew..
3.Gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Then, masukkan maggie yang telah ditos.. Gaul elok-elok sekali lagi..

 ni contoh yang aku gaul tadi..

4. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Untuk menggoreng, aku gunakan sesudu minyak masak dan SATU SENDUK maggie yang telah digaul tadi. Lepas masuk dalam kuali, kau tepek maggie tu rata-rata yer ikut bentuk kesukaan kau.. Tadi aku baut bentuk bulat jerk..Kalau tetiba kau rasa nak buat bentuk bintang ker, apa salahnya..huhu
5. Pastikan maggie tu masak depan dan belakang, then baru boleh angkat..
6. Lepas tu kalau kau rasa nak makan dengan SOS pun sodap.. Jadilah macam ni:

Murtabak Maggie - gambar ni ada dua lapis murtabak..makan tebal-tebal pun sodap.. 

Selamat Mencuba!!!! :)

6 comments:

iqapika said...

1 telur pun da cukup utk 1 paket la fiq.. tp maybe tak la kot bila dah ada daging pe sume.. sy selalu buat kosong jek.. ltk bwg ng cili padi, makan ng mayones fresh dr refrigerator. panas lawan sejuk, pedas lawan manis2.. auuwwwmmm!

Unknown said...

iqa pika..

wah, yeker sebiji pun cukup.. tp tu lah kn, cm2 bahan sy campak dlm tu rasanya xcukup klu 1.. huhu...
wah, ltk mayonis nmpk cm sedap... great idea :)

ekabukanmakcikkau. said...

sejak aku abis spm senin aritu mmg aku makan maggi je. ni siap kau bagi resepi maggi plak kat aku mmg tak ah. engko ni sejak aku takdek berbulanbulan ni engko jadik chef plak yek. hermm hebat hebat!!

Unknown said...

eka..

owh, budak sains tulen ae..
habis exam SPM dah.. bru boleh blas dndam.. mkn maggie.. ahahaha :)

Amirol Najmi said...

yummy...lazat macam nk gigit jari je -,-''

Unknown said...

Amirol..

jgn gigit jari, gigit jari kaki takpew..huhuhu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails