Tuesday, December 4, 2012

AKHIRNYA DAPAT JUGA MAKAN DI RESTOREN CHAR KUEY TIAW YANG SEDAP DI MASJID TANAH (panjang giler tajuk aku..haha)

Assalamualaikum...

Aku sebenarnya dah lama mencari Char Kuey Tiaw yang sedap, tapi susah nak jumpa.. kadang kala char kuey tiaw yang aku makan tak ikut selera aku.. Ada tu plak ada rasa hangit-hangit sket...Tapi aritu kawan aku si Nabiha Syuhada dengan Syafieqa Sulaiman ada ajak aku makan kat satu restoren char kuey tiaw kat masjid tanah ni..  Orang kata kedai tu sedap char kuey tiaw dia.. Ha, kalau orang dah kata sedap, maknanya famous lah tu kan? Even aku baru tahu kedai tu wujud.. Tapi takpewlah, kita bedal jerk untuk rasa keenakan char kuey tiaw yang digembar-gemburkan...

Sebelum ni aku makan kat kedai lain, tapi rasa dia biasa-biasa jerk bagi aku.. So, kali ni, aku pergi kat kedai yang diowang cadangkan tu.. Masa mula-mula pergi tu, ktorang pergi petang, rupa-rupanya kedai tu bukak malam.. Ktorang pergi masa tu pun orang kedai tu tengah susun kerusi meja.. Hahahahaha... Terpaksa batalkan hasrat.

Semalam plak!!! Semalam punya citer, walaupun hujan turun renyai-renyai.. Tetap jugak berhasrat nak makan kat kedai tu.. Aleh-aleh adik aku bagitau, kedai tu ISNIN tutup!! OH TIDAK!!! Hampa sekali lagi.. Kawan aku dah angan-angan nak tempah fresh oren!! Hahaahaha...

Akhirnya tadi!!!! Alhamdulilah dapat jugak makan kat situ. Menu utamanya CHAR KUEY TIAW.. Dala menu tu ada tulis CHAR KUEY TIAW BIASA, BESAR dan SPECIAL! Ha, bezanya cukup senang,. Kalau yang bosar tu, udang dia banyak.. Apa yang besar aku pun tak tahu.. Kalau yang special tu pulak sama cam yang bosar tu, cuma ada TELUR MATA. Kalau yang biasa tu, udang nya tak banyak cam yang bosar!!! Harga pun standard. Kalau biasa tu, RM3.50.. Bosar tu RM4.50.. Special tu plak RM5.00.. 

Jus buah masih tak jual lagi kat gerai ni.. Hampa kawan aku tadi..Hahaaaah.. Kau tahu, yang paling aku tak boleh blah tu, kawan aku tetiba lapar plak lagi sekali.. Lepas makan Char Kuey Tiaw, dia panggil plak abg yang amik order tu.. Lepas tu bila abg tu datang. Kawan aku boleh plak buat-buat tanya aku:

HA, KAU NAK MAKAN APA TADI?

Siottttttt sangat!!! Padahal dia yang beria!! Hahaahaha.. Terus tersembur gelak aku masa tengah gigih makan char kuey tiaw tu.. Nasib baik tak tersembur kat purdah kawan aku yang lagi sorang... Abg yang amik order tu dah tergelak-gelak tengok ktorang..hahaahaha.. LANTAK lah.. yang penting, happening giler tadi!

Akhirnya, kawan aku tempah MEE UDANG utk order yang kedua.. Tapi aku kongsi ngan dia... Bahagi dua!!!! Aleh-aleh dia makan sikit jerk.. Aku yang makan lebih aku rasa!!! Hahaaha.. Paperpown, best char kuey tiaw kat sini.. Rasa dia cukup-cukup ngan tekak aku.. Tak rasa hangit pun.Oleh kerana, perut dah lapar tadi, aku hanya sempat amik gambar CHAR KUEY TIAW BESAR yang aku makan tadi jerk..

TADAAAAA!!!!!!!

 char kuey tiaw sedap di masjid tanah.. (bagi aku sedap)..tengok udang yang gomok-gomok tu..kerang pun ada tau..

 Pssst: 
 Kepada mereka yang tinggal area Melaka/Masjid Tanah/Alor Gajah.. yang nak try Char Kuey Tiaw ni.. Bolehlah datang yer.. Aku lupa nama kedai dia.. Serius.. Tapi, kalau korang nak cari tu senang jerk.. Kalau korang tahu kat mana PIZZA HUT DELIVERY MASJID TANAH, kat hujung tu lah kedai char kuey tiaw tu.. Dekat area AL-IKHSAN jugak.. Bagi aku sedap.. Tak tahu bagi korang.. Mak aku tak minat sangat, katanya loya.. Sebab banyak telur.. tapi aku suka!! :)

11 comments:

Cik Aied said...

amboiii...mcm sedap jeee..terliur mak tgkk..huhu

Cikgu Fikri said...

Cik Aied..

hahahaha..
sedap!!!! tp klu mkn byk2 boleh muak.. byk telur.. :)

hnahdy said...

dapnyee..

tajuk entry dah panjang di tambah dengan ayat kurungan, lagi bertambah panjang. :)

Afie Music said...

hi hi hi cikgu cuba try kt Bukit Baru (dkt dataran bukit baru) kt situ pon best :) tp service slow skit ah heee..

Cikgu Fikri said...

hnahdy..

hahhahaaha. saja tambah kurungan tu.. huhu :)

Cikgu Fikri said...

Afie Music..

wah.. kt aea situ sedap gak ker?
tp servis slow? huhuhhu.. kt sini ok lah... xlmbt sgt, xcpt sgt.. :)

sesuka haty said...

ces! kalo taw td boleyh pegi..kampung sy kat sri tanjung tuh je! sok nak balik dah kempunan!

Cikgu Fikri said...

sesuka aty...

wah..
yeker?
takpew, raya nnti bole try..
dokek yo sri tanjung tu..blkang family store..haha

Fatin Nabila said...

join ?

http://bielasesame-blogstreet97.blogspot.com/2012/12/special-year-end-ga-fy-nad.html

yana aina said...

sedang cari menu nk lunch tghari nie .. lapaq. hehhh

fazliana said...

adehh,,sedapnya,,da lme xmkn mknn feberet nie,,nyum3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails