Thursday, December 20, 2012

Drama Cinta Itu Milikku Episod Akhir

Assalamualaikum..

Episod Akhir drama CINTA ITU MILIKKU TV3 baru sahaja habis tadi.. Kau nak tahu apa jadi? Meh aku cerita..



Selepas DR.IRFAN culik Zara dan Baby Amir, dia bawak pergi rumah mak dia tau.. Bagus dia jaga mereka.. Tak macam situasi menculik plak aku rasa...huhuu..Then, dia mintak wang tebusan sebanyak RM 2 JUTA... Tapi dia letakkan syarat, yang kena hantar wang tu hanyalah ayah kandung baby Amir dan Rizwan sahaja. So, Rizwan pun pergi sorang.. Tapi Dr. Irfan just lepas kan Zara jerk sebab bapa kandung baby amir takder.. Zara plak masa dah dilepaskan tu, tak nak ikut Rizwan.. Kata Zara, dia dah janji nak jaga baby Amir baik-baik. So, dia tak nak ikut Rizwan kalau baby Amir tak dilepaskan... Rizwan pun blur.. Bukan dia ker bapa baby Amir? Dr. Irfan cakap ayah kandung baby amir hidup lagi. So, masa Rizwan balik.. Dia bagitau kat family dia pasal baby Amir.. Dini akhirnya terus terang dan bagitau yang bapa kandung baby Amir tu Zafril. Yang aku pelik tu, Rania kan dah buat ujian DNA, takkan dia tak bagitau Rizwan yang baby Amir tu anak dia? Lagi 1, lepas jerk, Dini bagitau tentang ayah kandung baby Amir family, aku tengok family dia cam diam jerk... Takkan tak marah kot dengan perbuatan dini?

Lepas tu, Zafril akhirnya pergi dengan Rizwan. Zara ngan baby Amir tu pun dilepaskan. Ha..apa jadi kat 3 ULAR BESAR keluarga tu? Dr. Irfan pastinya ditangkap polis. Dini plak? Dibunuh oleh Dr. Syafiq. Dr. Syafiq bawak dia kan area banggunan terbiar, then tikam dia dalam kereta. Dr. Syafiq plak dibawa ke hospital oleh pihak polis. Rania yang suruh. Dr Syafiq plak aku ingatkan stay jerk kat hospital tu. Rupa-rupanya dia still ada lagi. Aku pun pelik.. Bukan dia dah dimasukkan ke hospital ker? Takkan boleh keluar plak??? Kau nak tahu? Masa dah nak akhir cerita,  dia pergi langgar Rania dan Zafril masa dekat Cameron.  Lepas Dr. Syafiq langgar mereka berdua, dia plak kena langgar ngan lori. So, tiga-tiga tu mati.

Ending yang paling mengejutkan sekali kau nak tahu? Zara!!! Dia jadi gila!! Masa part last tu, dia amik gambar, dia siap main pangkah-pangkah guna marker.. lepas tu buat muka cam orang PSIKO!! Serius jadi! Aku memang suka lakonan Zara!!!

Paperpown, bagi aku ending cerita tu OK lah.. Kalau susunannya digarap secara logika yang lebih dekat dengan penonton, mungkin lebih baik bagi aku.. Banyak lagi watak yang tidak ditunjukkan masa last tu, macam Atok ngan Nenek Rania, Fara dan lain-lain. Maybe untuk akhir ni, sebagai penyelesaian, just fokus kepada konflik utama yang melibatkan Rania, Zafril, Rizwan, Dr. Syafiq, Irfan dan Dini kotttt..

Hurm..kalau dalam dunia realiti, apa yang jadi kat family tu memang kesian kan? Huru hara keluarga tu... Nauzubillahminzalik...Semoga perkara macam tu dijauhkan dari keluarga kita.. Amin....

9 comments:

✿ siti nurain ✿ said...

cite ni best tp endingnye xbest..xde motif..blh plak sume org mati..hahaa..

Cikgu Fikri said...

siti nurain..
tau xpew..
takder motif..
aleh2 zara bole psiko plak last skali..motifffffff?
huhu :)

✿ siti nurain ✿ said...

tw xpe..dh bsar nt cnfrm zara tu jd cm dini..buat muke gedik2..huh menyampah..hahahaaa...

Cikgu Fikri said...

siti nurain..

hahaahaha..tak boleh bayangkan kalau zara wat muka gedik dini,.ras amacam nak bagi kaki jerk..hahahaaha :)

Zamri Spoon said...

salam bro done follow u ty

Cikgu Fikri said...

Zamri Spoon..
salam..thanks follow.. :)

Anonymous said...

emma maembong dlm tweet die gitaw yg sbenarnya ZARA yg plan smua tu ..ZARA budak bijak..die nak balas dendam kt keluarga tu..lagi la tak logik..episod 2-3 sbelum akhir nampak dah kelamkabut mcm lariii smua..maybe diorg dah tak taw nak wat camne kot.ending plg trk pernah tgk.ada plak si zara yg plan smua tu.zara ke suruh dini kawin dgn rizwan..zara suruh dr syafiq kawin dgn rania ke..zara suruh dorg tukar baby tu ke? tak masuk akal langsung..sorry to say that was so stupid ending la.sape penulis skrip nye tak taw la..

Cikgu Fikri said...

Anonymous...

larh yeker katanya Zara yang rancang semua tu? cam pelik jerk?
takkan zara bole suruh dini kawin ngan rizwan semua tu.. dan yg paling penting, takkan dr syafiq, irfan n dini boleh ikut telunjuk zara...
bg aq citer ni best sbnrnya..cuma endingnya kot yg pelik.. aq ingtkan aq sorg jerk rasa pelik..rupanya ramai lg....
huhuuhh :)

Anonymous said...

sape mak bpk kndung zara dlm picture tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails