Friday, December 21, 2012

Drama Runtun Qalbu Episod Akhir

Assalamualaikum..

Episod akhir drama RUNTUN QALBU TV3 baru jerk habis tadi.. Ha.. nak tahu apa jadi? Meh kau citer..
Masa Kelabu atau Mushrid kat depan rumah Qalbu tu, Qalbu dapat jumpa dia kat depan rumah tu.. Then Kelabu tetiba dapat ingat semua sekali iaitu insiden dia diselamatkan oleh Qalbu, penghijrahan dia, Fateha dan semuanya lah..


Rupa-rupanya sebelum Kelabu accident dulu.. Dia ditugaskan untuk mencari pembunuh ketua gangster iaitu Q..Sebenarnya Qalbu tu lah Q... Qalbu citer kat Kelabu yang dia dulu cam Kelabu jugak. Tapi dia berubah disebabkan mak dia. Masa mak dia tengah nazak, dia janji untuk jadi baik.. Masa tu aku tengok cam kesan darah. Tak tahu lah kena bunuh ke apa mak dia tu... So, Kelabu cam dalam dilema sama ada nak bunuh or tak nak.. So, mengenangkan budi Qalbu yang telah selamatkan dia dan bawa dia ke jalan Islam, dia pun decide untuk tak nak bunuh Qalbu..

Masa tu, BON sangat marah dengan Kelabu sebab tak nak bunuh Qalbu. Then, masa Kelabu tengah berbual-bual dengan Amy kat tepi jalan, Kelabu dipukul dan dibawa ke suatu tempat. Nasib baik Amy dapat selamatkan dia, sebab masa tu  budak-budak Bon tengah tunggu kat rumah Qalbu untuk bunuh Qalbu. Tapi sayangnya, bukan Qalbu yang ada, sebaliknya Ayu. Ayu boleh plak datang rumah tu untuk cari Qalbu. Ayu nyaris dirogol tau!!! Nasib baik sempat diselamatkan oleh ayah dia.

Lepas tu plak, masa Qalbu dan Kelabu pergi rumah Tok Imam, Fateha telah diculik. Ha, masa ni lah diowg gigih nak selamatkan Fateha.Masa ni, Amy ngan Fateha kena culik sekali. So, Qalbu dan Kelabu pun selamatkan diowng.  Memang betul-betul gaduh ni aku rasa. Lakonan Kamal Adli memang mantap!!!!!Mak aku kemain excited lagi.

Last sekali.. Aku dah agak mesti akan ada yang mati. dan yang mati ialah KELABU. Dai ditembak oleh Bon. Masa Bon nak tembak Qalbu, nasib baik polis datang. Sempat tau Kelabu mengucap kalimah syahadah sebelum meninggal tu. Qalbu yang bisikkan kat telinga dia.

Qalbu plak ditangkap polis atas kesalahannya yang dulu iaitu bunuh ketua gangster. Ayu lawat Qalbu kat penjara. Kata Ayu, dia akan tunggu Qalbu. Amy plak sekarang dibantu oleh Fateha untuk kembali ke jalan yang benar.

Secara jujur, aku suka ending tadi. Even kita boleh teka apa yang akan terjadi, tapi pengakhiran tu digarap secara tersusun. Bagus. Tak macam ending CINTA ITU MILIKKU yang orang dok geram tu..huhuhuh.. Cuma dalam Runtun Qalbu ni aku tak berapa berkenan part Kelabu ditangkap dan dibebaskan oleh Amy tadi. Aku rasa kalau adegan tu takde pun dah cukup aku rasa.. Cam tak perlu pun adegan tu bagi aku..
Paperpown citer tu sangat bagus yer.. Tentang penghijrahan. Ternyata pintu taubat tu terbuka untuk sesiapa sahaja walaupun sejahat mana manusia tersebut.

6 comments:

selipar putih said...

dah habis ea..tak tengok pon,,ada sekali tu tengok ngan memembe umah,dengar plak nama kelabu..abis jadi bahan..haha

Unknown said...

afifudin..

dh habis tadi...
kelabu? hahahaahaha..
uhuhuh :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

oh x dapat nak tengok pengakhiran cerita tu..



p/s : eh nana ade komen sampai 49 ?? err maaf la, nana komen 1 kali je..huhu

Unknown said...

Nana..

haah..tu fiq pelik... eh, tak yah sorry2.. fiq tnya jerk..huhu :)

SYASYA @ SYAHIRA NADIA said...

syasya mari sini...
yd dikatakn model korea tuh..
cerita nih dah abis erk.. x tengok pown..btw..nape cikgufiq x letak shoutbox dalam blog...

ruby bieha said...

hye2 dtg sini..lme rasenya x comment2..bru nk aktif blik blog..dik klu ade tau spe2 yg leh design blog yg murh gtau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails