Semalam korang tengok berita tak pasal empat beranak rentung langgar bas ekspress? Aku dengar pun terkejut. Innalilahiwainnalilahirajiun.... Tadi, masa aku bukak myMetro, jumpa berita ni...
Meh kita baca:
CHUKAI: Sungguh memilukan apabila empat beranak rentung selepas
kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5,
Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN), Kemasik, dekat sini, awal pagi tadi.
Kemalangan menyayat hati itu itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin
Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak
mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu
terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka
naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi
sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres
terbabit yang dinaiki lapan penumpang.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.
Berikutan itu katanya, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.
Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta dinaiki keluarga malang terbabit terbakar sebelum api itu menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka.
Menurutnya, jalan di lokasi kemalangan bukanlah disenaraikan sebagai laluan berbahaya dan kereta terbabit dipercayai memasuki laluan bertentangan berikutan cuaca ketika itu hujan renyai.
"Saya menasihati kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca yang sering hujan lebat menyebabkan air bertakung di atas jalan," katanya sambil memberitahu kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozlan Seman berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Kemaman bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum melancarkan operasi memadam kebakaran kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.
Katanya, bomba terpaksa memadam keseluruhan kedua-dua kenderaan terbabit sebelum melancarkan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.
sumber : myMetro
Semoga Roh Mereka Ditempatkan dalam Kalangan Orang yang Beriman
-Al-Fatihah-
7 comments:
meremang bulu roma seyhh.. huhu
takziah .. al-fatihah
Jom semak --> http://www.nazlyizan.my/2012/12/senarai-bloglist-jom-bw.html
dengar jugak dalam berita tadi...ishh! ngeri..TAKZIAH untuk keluaraga mangsa..
sedihnya. Al-Fatihah.
memang ngeri tengok kemalangan smpai mcm tu sekali. apa2 pun takziah buat keluarga mgsa..
Arwah merupakan bekas guru di SM Sains Dungun sebelum berpindah ke SM Tengku Intan Zaharah, Dungun.
Al-Fatihah.
takziah buat keluarga nek amah...ini sebahagian keluarga sy...
Post a Comment