Friday, December 28, 2012

KISAH AKU DAN TOOTH FAIRY

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar tentang TOOTH FAIRY tak? Atau nama glamournya PARI-PARI GIGI? Ha... ni aku nak citer kisah aku masa kecik-kecik ni..  Masa kecik-kecik korang pernah jumpa TOOTH FAIRY tak?

Masa aku kecik-kecik dulu, aku suka sangat tengok kartun..Terutama kartun yang cerita pasal KISAH DONGENG.. Memang aku minat.. Kalau aku pergi perpustakaan plak, buku yang aku cari pasti BUKU KISAH DONGENG...So,kat TV kan ada satu kartun  atau citer orang putih pasal pari-pari lah, orang kerdil lah dan salah satunya ialah TOOTH FAIRY...

Kononnya kalau gigi kita patah, bila kita letak bawah bantal sebelum tidur, nanti TOOTH FAIRY akan amik gigi tu dan ganti dengan DUIT SYILING.. Kau tahu, AKU PERCAYA WEH!!!!! Hahaahahaaha.. Serius.. Ada 1 hari tu, tak silap aku, gigi aku patah tau. Aku boleh plak simpan gigi tu bawah bantal dan aku berharap TOOTH FAIRY tu muncul.. Adoyai!!!! Lepas tu, bila aku bangun pagi, kau tahu apa jadi dengan gigi aku tu? Gigi tu still ada lagi bawah bantal dan aku rasa cam kecewa gak lah kerana TOOTH FAIRY tu tak amik gigi aku dan tukarkannya dengan duit syiling..hahahaaha..

Sekarang bila aku pikir balik, mesti rasa nak tergelak.. Hai, kuat betul pengaruh TV ke atas kanak-kanak kan.. Macam mana lah aku boleh cayer yang Tooth Fairy tu wujud.. Tapi kan, bagi aku, minda kanak-kanak memang elok diwarnai dengan kisah dongeng.. Memang lah mula-mula dia percaya, tapi secara tidak langung, benda tu akan merangsang imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.. Alah, nanti dia dah besar, kanak-kanak akan sedar gak yang kartun yang mereka tonton di TV dulu, hanyalah DONGENG semata-mata yang mewarnai zaman kanak-kanak mereka.

Ingat! 
Tiada Tuhan yang berhak di sembah MELAINKAN ALLAH!

Ingatlah, yang menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Tuhan semesta alam 

(Al-A'raf:54)

10 comments:

TiranaAduka said...

nice story cikgu

Cik Aied said...

haha..smp begitu skali ko yer..aku x pnah tgk la cte tu..haha
klo si nana dia suka tgk cte kartun ape tah yg bunuh2 tu..huhu

Cikgu Fikri said...

Tirana Aduka..

terima kasih.. :)

Cikgu Fikri said...

Cik Aied..

hahaahaha..aku minat weh citer2 dongeng cmtu..huhu :)

Lyeen De Syifa said...

hhaha..aceceh...boleh tukar jdi duit tu..:D cayalah...biasalah budak2..fikiran animasi sikit..hahaa

p/s : kenal sgt dgn abg paizal n topek tu..senior atas lyeen..Yup, mereka debat..lyeen salah seorang geng pelapis bawah pimpinan abg paizal..:D

Chic Na said...

ni mesti terlebih tgk citer fairy tales ni. hahaha..

Anis Rabun said...

HAI ! Anis pemenang GA segmen kenali kwan baik by Syazlia & Husna .

Nama penuh : Anis Nabilah

Link penyertaan : http://thestorry.blogspot.com/2012/12/segmen-3-hari-kenali-kawan-baik-by.html

Menang kategori: 3rd Entry Menarik

Hadiah : Review Blog

Cikgu Fikri said...

Lynn..

wah, budak debat gak ae? huhu :)

Cikgu Fikri said...

Chic Na..

tu lah..terlebih tgk masa kecik2..hahah :)

Cikgu Fikri said...

ANis...

tahniah dpt tempat ketiga.. Blog Anis in shaa Allah fiw review esok or lusa yer :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails