Tuesday, December 11, 2012

MAK AKU GERAM DENGAN WATAK DINI DALAM DRAMA CINTA ITU MILIKKU !

Assalamualaikum....

Drama CINTA ITU MILIKKU yang bersiaran di TV3 lakonan Fazren Rafi, Emma Maembong, Ana Dahlia dan Ery Putra memang tengah hangat sekarang. Yelah kan, cerita tu kan penuh konflik, ditambah pulak dengan lakonan mantap Ana Dahlia yang membawa watak sebagai DINI. Memang membuatkan semua orang geram termasuk mak aku. Serius weh.. Nak-nak kalau Dini tu wat muka jahat+gedik dia.. Rasa nak bagi penyapu jerk. huhuhu...


 picture credit to : SINI

Hahahahah.. episod tadi kan yang DINI tolak ayah Rania tu jatuh dalam kolam kan. Ha, part tu memang mak aku geram giler. Aku tengok tadi pun dah tergelak-gelak dah dengan mak aku. Huhuhu..

Mak aku pun tak suka jugak dengan watak Dr. Syafiq lakonan Ery Putra tu. Serius PSIKO seh! Siap main anak patung bagai tu ha.. Mak aku cakap,

Eish.. GILER APA DOKTOR NI? DOKTOR NI GILA NI!

Wah..ternyata Ery Putra berjaya bawak watak tu dengan jayanya sebab berjaya membuatkan mak aku geram! Huhuhu.. Tapi aku pun geram jugak, lebih-lebih lagi masa part Dr. Syafiq tu main anak patung ngan rumah mainan tu..

Oh yer, bagi aku watak yang paling best sekali tentulah ZARA! So cute! Seriously! Dengan suara dia yang comel, muka dia.. Part dia nangis memang menjadi!  Dia pandai curi hati semua orang.

Aku rasa lah, Zafril tu akan muncul nanti.. Aku yakin sangat. 

Paperpown ingat yer. Cerita ni bersiaran waktu Maghrib, jangan lupa SOLAT MAGHRIB! Jangan sesuka hati Qada` plak... :)

4 comments:

Cik Aied said...

haha..aku pun dah gile tgk cte ni..dlu mcm tak layan.. bila skali dah tgk tros gian..haha..

Dayah Danisha said...

hahaa... memey . Td tengok kena lempang bru padn muka . Dia sellu berlakon sbgai org jahat . Memng sesuai ngn dia

Cikgu Fikri said...

Cik Aied..

hahaahah.. aq pun tak berapa minat.. mak aku yg minat..aleh2, aku pun tertgk skali..huhu

Cikgu Fikri said...

Dayah Danisha..

tau xpew..
mmg tepuk tgn masa dia kena tampar tu..
ahahhaha.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails