Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Leuniey Natasya memang hangat diperkatakan sekarang. Dengar cerita bakal disiarkan ekslusif di saluran Astro Ria.. Wah.. tahniah diucapkan.. Tadi masa jalan-jalan kat dunia blog, terjumpa pasal Menteri Besar Kelantan akan nikahkan pasangan tersebut. Meh baca artikel kat bawah ni...
KOTA BHARU, 11 DIS 2012: Hanya tinggal 18 hari saja
lagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami
kepada Leuniey Natasha. Apa yang pasti, Khairul Fahmi atau Apex, 23,
yang akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal
dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato ` Bentara Setia
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.
"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri
Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami
setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar
Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan
tepat jam 10 pagi," katanya.
Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis
pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N
Touch Trade dan Bright Sail.
credit to: SUMBER
Semoga perkahwinan mereka bahagia dunia dan akhirat.. In shaa Allah.. Amin :)
0 comments:
Post a Comment