Sunday, December 30, 2012

Rupa-rupanya Emma Maembong Merupakan Seorang Pelukis! Baru aku tahu!!!!

Asslamualaikum..

Kalau sebut Fatimah Rohani Ismail, mesti korang tak kenal kan? Tapi, cuba sebut Emma Maembong! Wah!!! Bulat mata korang kan! Ha, kalau kau nak tahu, Fatimah Rohani Ismail tu merupakan nama sebenar Emma Maembong! 


picture credit to: Utusan Online
(terima kasih :)

Tadi masa aku baca akhbar online kat Utusan Malaysia, aku jumpa tajuk EMMA MAEMBONG TERUS MELUKIS.. Aku ingatkan, artikel tu pasal Emma Maembang terus melukis kerjaya dalam dunia lakonan (cam perumpamaan lah).. Rupa-rupanya melukis yang betul-betul tu.. Aku serius terkejut!! Rupa-rupanya Emma Maembong ada bakat melukis! Dan yang paling membanggakan ialah beliau merupakan anak pelukis tersohor negara Ismail Embong!!  Seingat beliau plak, hasil lukisan pertamanya yang dijual ketika berusia 14 TAHUN dan pada waktu tu semangatnya untuk melukis terus berkobar-kobar lagi.. Wah!! Teruja aku baca artikel tu..

Kata Emma Maembong, apabila ayahnya membenarkannya bekerja sendiri, beliau tidak pernah menyangka yang dirinya akan menjadi seorang pelakon. Salah seorang kakak mencadangkan agar beliau berlakon, tapi pada mulanya beliau kekok.. Wah!!! Akhirnya hasil lakonan Emma boleh dibanggakan macam dalam drama Cinta itu Milikku! 

Saya tidak ingat bila saya mula melukis, tetapi memang dari kecil lagi, saya sudah pandai menggunakan berus"
Emma Maembong

Menurut penulis artikel tu, ketika Emma Maembong ditemuramah di Balai Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, penulis agak terkejut melihat Emma begitu ramah dan mesra dengan pekerja di situ. Rupa-rupanya kalau kau nak tahu, Emma dah biasa dengan tempat tu. Dulu pejabat ayah beliau kat situ.. So, tak mustahil lah kalau beliau dah biasa dengan tempat tu.. Lagipun Emma selalu teman ayahnya di situ dulu.

Wah.. Emma Maembong juga mengakui bahawa kesibukan sekarang membuatkannya tidak sempat untuk menghasilkan sebarang lukisan. Tapi, kalau ada waktu terluang,beliau akan melukis. Ha, kalau cuti panjang plak, selalunya pilihan utamanya ialah kampunya di Terengganu. Wah, orang ganu ker...huhu

Paperpown, tu lah kisah Emma Maembong yang gigih aku translate dan cerita guna ayat aku sendiri... Aku nak copy paste jerk artikel tu, tapi panjang sangat. So, ni yang dapat aku ringkaskan ikut pemahaman aku.. :)

sumber :Utusan Online
(klik untuk baca berita penuh.. ada beberapa point lagi yang aku tak masukkan dalam entry aku ni, contohnya cam kisah zaman remaja Emma Maembong)

########################################################



3 comments:

AzyAdnan said...

wah dia pandai melukis ye? berlakon pandai,melukis pun pandai. hiks. saya balas kunjungan cikgu ;). sorry lambat. busy betul sekarang.

fifie said...

Fie pun baca dalam sisipan utusan.com. Fie suka dia, cantik sangat dan mata tu ynag paling menawan

TiranaAduka said...

hehehe ta pun bru tahu ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails