Wednesday, January 9, 2013

KAU NAK TAHU HARGA LELAKI UNTUK JADI `CANTIK`?

Assalamualaikum..

Tadi sebenarnya aku tengah cari artikel untuk asgment PENDIDIKAN JASMANI aku iaitu tentang ISU SEMASA PERSATUAN SUKAN di Malaysia... Tengah-tengah cari tu, tetiba jumpa plak artikel pasal HARGA LELAKI MAHU JELITA di myMetro... Terus aku tertarik.. Kawan aku yang turut sama-sama search ngan aku pasla isu sukan tu pun terdiam tengok aku bukak artikel pasal ni ha..hahahahahaha...

Ha, dalam artikel tu katanya ramai sekarang lelaki sanggup habiskan beribu ringgit untuk kelihatan tampan, kacak, cantik, jelita dan sebagainya... Kalau dulu kaum wanita saja yang berminat untuk melakukan semua itu, tetapi kini kaum lelaki juga tidak ketinggalan..

Pengaruh fenomena K-POP turut menjadi penyumbang kepada perkara ini sehingga ada lelaki yang sanggup menghabiskan masa ribuan ringgit untuk kelihatan tampan seperti pelakon korea,. Ala, korea pun plastik gak kan??? huhuhu...

Pelbagai cara dilakukan seperti sedut lemak,membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung, membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan Vitamin C untuk cerahkan kulit muka... Pergh, macam-macam seh sekarang ni.. Aku rasa kalau kau nak cantik persis mutiara pun boleh..huhu... 

Ha, kalau korang nak tahu, menurut myMetro lagi, disebabkan kos rawatan tu mahal, ramai dalam kalangan `lelaki jelita`  itu menerima rawatan di pusat kecantikan dan bukannya klinik pengamal perubatan kosmetik bertauliah... 

Korang nak tengok? Ni dia:


sumber artikel dan gambar dari: myMetro
(terima kasih :)


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu, orang yang membuang bulu roma dan orang yang meminta bulu roma dibuang, serta orang yang menjarangkan gigi untuk kelihatan cantik (secara melampau) yang mengubah ciptaan Allah” 
(riwayat Muslim)

Renung-renungkan :)

1 comments:

Unknown said...

Perhh.. Berubah giler rupa lelaki tue dgn hnya wang ringgit. Hehehhh pasni klu awek gamai berbaloi jgk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails