Saturday, January 5, 2013

Kau Pernah Main Target-Target Lagu Apa Yang Akan Menang Dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ?

Assalamualaikum...

Kau pernah tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) tak? Mesti pernah kan??? Bahkan mungkin minat giler-giler setiap kali penganjurannya saban tahun.. (Ala..cam ayat karangan lah plak..huhu..) So, mesti korang ada main target-target lagu apa yang menang. Betul tak? Aku selalu buat macam tu... Ok, arini aku nak cerita pasal kisah target mentarget aku sepanjang AJL.. Aku sebenarnya dah lama tulis benda alah ni kat Microsoft Word.. Tapi belum publish lagi.. So sekarang baru aku nak publish..heheeheh..



Seingat aku, aku mula menonton AJL masa tahun 1999.. Masa tu aku baru darjah 2.. So, meh kita tengok kisah lagu yang aku target dari tahun 1999 sampai tahun ni..

1.       Tahun 1999, aku target Purnama Merindu..Sebab masa tu aku suka persembahan Dato Siti masa tu..Namapk sweet weh.. hahahaah... Tapi yang menang masa ni ialah Andalusia by M. Nasir...

2.       Tahun 2000, target aku mengena.. Aku memang target lagu Balqis..Aku suka dengan muzik dan melodi lagu tu masa ni.. Lagi 1, masa persembahan Dato` Ct masa ni, aku minat dengan ranting-ranting kat kepala beliau..huhu..

3.       2001 plak aku target Desa Tercinta sebenarnya.. Sebab aku suka unsur keindahan kampung dalam lagu tu.. Untuk balada plak aku target Seandainya Masih Ada Cinta.. Pop Rock plak memang aku target Engkau Bagaikan Permata by Dato` Ct.. Target aku untuk balada dan pop rock memang kena! Tapi untuk keseluruhan meleset!! Sebab yang menang ialah Mimpi Laila by Yaasin..

4.      2002, masa ni kecoh 1 Malaysia yang lagu KELIRU menang.. Ramai tak puas hati rasanya masa tu.. Tapi rasanya, starting lagu ni, era lagu di Malaysia mula nampak kreatif dan jauh ke depan.. Tapi, masa tu memang aku tak target lagu tu pun.. Aku target Nirmala.. Memang ramai yang target Nirmala!!!!! Persembahan Dato` Ct masa tu SANGAT mantap!!!!! Untuk kategori Balada aku minat sangat lagu Syair Si Pari-Pari.. Tapi yang menang untuk balada ialah Menadah Gerimis by Ziana Zain..

5.      2003, Yes..taun 2003 aku suka dengan lagu Bunga-bunga Cinta.. So, aku target lagu tu... Target aku mengena!! Lagu tu menang!!! Family aku ada yang target Hi Hi Bye Bye..huhuhu..

6.    2004, Tema AJL masa ni memang aku suka! Simfoni Alam Sejuta Ilham! Masa ni memang aku target PULANGKAN.. Terkejut aku bila Relaku Pujuk yang menang..huhu

7.       2005 Ha.. masa ni lah tahun yang paling banyak sekali lagu feveret aku bertanding.Serius.. Saingan untuk kategori balada sangat sengit masa ni. Tapi target aku tetap GEMILANG. Dan Mengena! Gemilang merupakan lagu yang paling aku suka dalam senarai pemenang AJL.

8.      2006 aku target Warkah Buat Laila kalau tak silap aku.. tapi kemenangan TERLALU ISTIMEWA pun aku suka. Sebab lirik dia sangat bermakna.. Yang paling best persembahan  budak-budak comel yang jadi koir untuk Adibah Nor..huhu

9.      2007, ITU KAMU yang menang kan? Tapi aku target Harapan by Fazli Zainal atau Samudera yang menang AJL.. Meleset sama sekali.. Samudera tu memang tepat tekaan aku untuk ketegori Etnik Kreatif... Kalau lagu tu menang AJL pun aku setuju sebab lirik dan muzik dia best!

10.  2008, seingat aku rata-rata peminat ramai target MEET UNCLE HUSSEIN kan masa ni? Memang tepat tekaan mereka. Tapi secara jujur, aku lagi suka KALIS RINDU dengan Hanya Di Mercu masa tu. Kalis rindu sangat unik lagunya.. Hanya di mercu lirik dia bagus dan muzik dia indah..

11.  2009, yes.. kemenangan lagu PERGI.. aku suka persembahan Aizat pada malam tu. Sangat memukau. Lagu PERGI ni dalam TOP 3 aku.. Selain tu aku target DAN SEBENARNYA dan Bunkface (Situasi) gak. Tapi yang Bunkface tu meleset...huhu

12.   Tahun 2010 merupakan kontorversi yang paling hebat aku rasa dalam sejarah AJL.. Ramai tak puas hati sampai sanggup wat Group Fb anti kemenangan ANA RAFFALI kan? Secara jujur, aku memang target lagu TOLONG INGATKAN AKU menang.. Serius.. Aku suka muzik dan melodi dia.. Bagi aku lagu tu nampak tersendiri dan unik..Untuk Tempat Kedua plak memang  aku target Drama king... Tapi yang tempat ke-3 tu meleset.. Aku target Yuna-Cinta Sempurna sebenarnya, tapi yang menang ialah Noktah Cinta..

13.   Tahun 2011 plak, masa ni  ketiga-tiga target aku TAK KENA LANGSUNG.. Meleset!!!! Serius! Cuma Awan Nano tu jerk lah.. JUARA sebenarnya aku target SUNGAI LUI ..Bila aku dengar balik, memang patut Awan Nano tu menang...Lirik dia sangat indah.. Muzik dan melodi bagus.. Ditambah dengan persembahan Hafiz pada malam tu..Serius terbaik..

14.   Ha, taun ni siapa pulak yang menang ek? Bagi aku lagu untuk tahun ni lebih kreatif dan bagus dari tahun lepas.. Aku ada 4 short list.. Tapi kedudukan tu tak pasti lagi..  Nak tahu lagu apa aku target? Teman Pengganti, Ku Akui, Andai Ku Bercinta Lagi dan Patah Seribu.. Dari segi lirik, aku suka Teman Pengganti.. Dari segi Melodi aku suka Mojo dan Patah Seribu.. Dari segi Muzik plak aku suka Ku Akui-Hafiz... Aku dapat rasakan Hafiz- Ku Akui akan ada tempat untuk tahun ni.. Hope tahun ni target aku mengena lah.. 

                         KORANG TARGET LAGU MANA YANG MENANG TAHUN NI???


9 comments:

hnahdy said...

hazama dan amy search ada kan dalam senarai. yg tu kot menang.hehe xpun black or shila hamzah

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Jimmy Palikat & One Nation Emcee - Anak Kampung..

Satu lagi.. Apo Kono Jang (tak sure tajuknya) by Dato' AC Mical & the gang..

Huhuhu..

THE AUTHOR said...

Aku suka Hafiz...kot

Chic Na said...

kena tgk performance dulu baru boleh target. hihi..

Unknown said...

hnahdy...

lagu yg Hazama ngan Amy tu namanya Simetri..huhu :)

Unknown said...

Abg Harmi...

Apo Kono Ejang tu takder dalam AJL.. ke abg sajer2 tulis tu.. huhu :)

Unknown said...

Hanif...

wah, sama lah..target gak Hafiz :)

Unknown said...

Chic Na..

huhhuh..betul gak tu.. rasanya format pemarkahan 70% sebelum persembahan..30% semasa persembhn..huhu :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Hahaha.. saya tak reti sangat dunia retis ni.. just teka-teka je..

p/s: Fikri, tolong tunjuk ajar camner nak buat window comments ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails