Wednesday, January 30, 2013

PENGGUNAAN IA dan IANYA DALAM BAHASA MELAYU

Assalamualaikum..

Tadi aku nampak kawan aku post ni kat dalam FB.. So, tetiba arini aku rasa nak jadi Munsyi Dewan kejap.. Boleh tak? huhuhu.. So, aku rasa nak share ngan korang semua.. Ha, aku perhatikan sekarang, ramai suka guna perkataan IANYA... Contohnya:

............. ianya merupakan salah satu cara untuk membendung gejala rasuah di Malaysia.

Perkataan ianya dah jadi cam banyak plak digunakan sekarang.. Sebenarnya perkataan IANYA tu tak boleh digunakan tau kalau ikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Nak tahu kenapa?

Kalau korang semua nak tahu, IANYA merupakan cantuman dari IA dan NYA... ia dan nya merupakan kata ganti nama diri KETIGA. Kalau korang ingat balik zaman sekolah dulu, kita ada belajar 3 jenis kata ganti nama diri orang iaitu pertama, kedua dan ketiga... Ha, kalau yang ketiga ni merujuk kepada orang lain iaitu ia, dia, mereka, beliau dan nya....

Nampak tak, IA dan NYA tergolong dalam jenis yang sama iaitu KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA.. So, tak boleh digabungkan kan lah.. Sepatutnya guna IA sahaja... Faham? hehe

Tengok ni:



sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2, terbitan tahun 2010, m/s 8

11 comments:

fifie said...

Oh kalau iaitu? Fiq tahu tak, fie rasa BM lagi susah dari BI. haha. Fie tak inhertis umi fie punya penguasaan dalam BM

Vee said...

Oppsss, tadi masa debate main tembak je. HAHAH. 'Ianya disebabkan oleh' - tunggang langgang je bahasa, tangan pn bergetaqq, dah la perdana menteri; very first person to speak up. Haha

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

memang sebelum ni tahu 'ianya' tapi memang selalu guna pakai untuk semua jenis ayat . huhu . dah terbiasa dah . hehe .

Chic Na said...

err belajar bm kita mlm ni. hihi.. tu la sejak abis sekolah, bahasa melayu terus tunggang langgang.

Encik H said...

erks..assalamualaikum cikgu..:D

daripada apa yg aku tau, nya ni ada 2 maksud or kegunaan..ni apa yg aku amik kat kamus DBP la..

1 kata ganti nama diri ketiga yg ditulis serangkai dgn kata yg mendahuluinya: Nama~ Ali.
2 kata utk menguatkan maksud: Pd esok hari~, maka baginda pun berangkatlah.

so pada aku, 'ianya' tu bukan refer pada gabungan terhadap dua kata ganti diri ketiga..tapi lebih kepada menguatkan perkataan 'ia'..sebab dalam kamus dewan pun ada contoh ayat yg menggunakan perkataan 'ianya'..

jangan marah yer cikgu..just sharing jer..:)

inna_risna said...

owh. baru tahu. padahal benda basic pun nie. dah lama tinggal, lepas tu xambek kesah sgt kn. btw, thx.

Unknown said...

fifie...


tntg IAITU tu, boleh dalam BM.. IAITU tu sama maksud dengan SEPERTI... so, boleh guna..
:)

Unknown said...

Encik H..

hehehehe..mana ada marah.. takpew kita sama kongsi2 ilmu..
tntg knyataan encik H..
mmg NYA ada dua fungsi..
1st - kata ganti nama diri ketiga
2nd - kata penekan..
contoh: Pokok durian itu nampakNYA akan berbuah lebat..

jd, tidak ada istilah utk menguatkan kata ganti nama diri ketiga IA dengan NYA menjadi IANY..sebab apa? IA tu sendiri sudah mewakili org yg dituju dan ia dan nya merupakan berada dlm kumpulan yg sama iaitu kata ganti nama diri ketiga...

:)

Encik H said...

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ianya

perkataan ianya memang digunapakai bukan saja dalam artikel, puisi, ensiklopedia, jurnal dan universiti awam. tapi turut digunapakai dalam kamus dan istilah DBP.

mungkin aku salah kot. tapi itu apa yang aku faham. aku kira kewujudan perkataan tersebut adalah sahih bila saja digunapakai dalam kamus dewan bahasa..

logically, kamus tu sendiri adalah guideline untuk perbetulkan kosa kata yang salah.

محمد رازيق said...

nice info fiq. aku selalu gak guna ianya ni. ahaha

Ezad Izzuddin said...

Aku selalu guna IANYA dalam karangan , hahahahah sampai kena tegur dengan cikgu banyak kali :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails