Saturday, January 26, 2013

SIHIR MINYAK DAGU

Assalamualaikum...

Tadi sebenarnya aku ngan kawan aku baru jerk menonton filem MINYAK DAGU yang didownload oleh salah seorang classmate aku... Korang dah tengok filem tu? Bagi aku filem tu biasa-biasa jerk... Aku bagi 5.5 / 10...  

Ok, so tetiba tadi aku tertarik plak nak search pasal MINYAK DAGU ni kat google.. Dalam filem tu kita tengok, bomoh tu guna minyak tu dari mayat wanita mati kemalangan kan? Tapi yang aku jumpa dalam internet tadi, katanya minyak tu diambil dari mayat wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh... 

Ha, lagi 1, penggunaan minyak dagu ni ada macam-macam.. Untuk dapatkan tender lah, ditindas majikan lah, jodoh dan macam-macam lagi lah.. Aku ingat gambar minyak tu, tapi tak jadi lah... hehe

Sampaikan tadi, aku jumpa 1 blog tu khas untuk MINYAK DAGU.. Aku bukak sekejap jerk, lepas tu terus tutup.. Terasa seram plak tetiba... huhu

Menurut blog SINI ,


Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalo susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.

Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalo yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama.
  1. Mandi dan minum Air Kelapa
  2. Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
  3. Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
  4. Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat :

Lailahaillah Wahdahu La Syariikalah Lahu Mulku Walahul Hamdu Wahua Ala Kulli Syai’in Qadiir



Bila fikir tentang ilmu-ilmu macam ni kadang-kadang kita perlu berhati-hati kan? Kita perlu sentiasa ingat dan yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T.. Semoga kita dan seluruh ahli keluarga kita dilindungi dari perkara sebegini.. Amin..

1 comments:

fifie said...

Scaryyyy nya Fiq, fie rajin dengar kisah pasal minyak dagu nie. Mintak dijauhkan dari kita semua kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails