Thursday, February 7, 2013

CENDOL ALA ERRA !!!! SERIUS SEDAP!

Assalamualaikum...

Kau nak tahu, penghujung tahun lepas, kawan aku ni gigihlah promote page FB CENDOL ALA ERRA.. Kau nak tahu apa cendol tu sebenarnya? Ha, cendol tu merupakan perniagaan akak dia.. Katanya cendol tu mengandungi resepi rahsia yang bisa membuatkan korang kenyang! Bila aku dengar part RESEPI RAHSIA tu, terus aku rasa tergoda nak rasa!!!

So, aritu hajat aku dan beberapa orang kawan aku terlaksana apabila kawan aku BAWA ke kelas cendol tu!!!! Aku ingatkan dia dah siap-siap buat dari rumah sewa dia.. Rupa-rupanya dia buat SENDIRI kat dalam kelas ok!!!

 tuangkan susu dan beberapa ramuan rahsia ke dalamnya..huhu

 cendol yang siap dibancuh (bancuh ae? )tadi.. huhu

Rasa macam insan terpilih plak sebab dapat tengok proses pembuatan cendol tu!! Hahhaahahah... Rupa-rupanya cendol tu tak guna cendol biasa yang warna hijau, tapi dia guna cam PEARL kat Cool Blog tu.. Cuma pearl kawan aku ni, HOME MADE punya!!! Bentuk panjang-panjang dan pelbagai warna!!!


Maka, tibalah saat untuk merasa!!! Bila cendol tu mula jerk nak masuk dalam mulut aku, aku rasa nerveous plak..huhuh.. dan ternyata MEMANG SEDAP!!!! TERSENDIRI!! Lain daripada yang lain! Seriously!!! Unik!!!! Memang mengenyangkan!!!

Bercawan-cawan aku minum.. Sampai ada sorang kawan aku yang mulut puaka tu cakap lebih kurang macam ni:

DAH TAK RETI-RETI NAK BANGUN?

Hahahahaahah.. sedap weh!! Terus rasa macam nak stay lama-lama..huhu...So, sesiapa yang teringin nak rasa cendol ni, boleh lah datang ke SRI MEDAN BATU PAHAT JOHOR.. Berhadapan dengan Pasar Mini SM / berdekatan dengan balai polis... (gigih lah kalau korang dari utara nak ke selatan kan? Tapi kalau sesiapa area Batu Pahat tu, boleh lah try rasa....



 Geng-geng wanita yang gigih membancuh  cendol...yang tiga dari kiri tu lah mastermind CENDOL ALA ERRA kat kelas kami..thanks Mira!!! huhuhu...


anda juga boleh like PAGE CENDOL ALA ERRA untuk maklumat lanjut!

4 comments:

Chic Na said...

pos sini sikit fik. haha..

Cik Embun said...

jauhnya nak pegi rasa... =)

Cik Jelly Chan said...

amboi kemain jauhh kan....suruh dia bukak cawangan dekat penang satu...hehe

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Nampak sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails