Tuesday, February 19, 2013

KISAH SADIS KAWAN AKU KETIKA BERPRAKTIKAL DI FARMASI!

Assalamualaikum....

Ha, kali ni aku nak citer tentang pengalaman kawan aku ketika menjalani praktikal di salah sebuah Farmasi di Masjid Tanah... Kawan aku ni amik jurusan Farmasi kat salah sebuah IPTA di Selangor... So, bila dah around sem 5 ni, maka dia baru saja menjalankan praktikalnya.. Dengar citer praktikalnya masa cuti sem.. Gigih tu.... huhu.. So, kisah yang aku nak citer ni tentang kerenah pelanggan yang........hurm.. ntahlah...

Ha, ada satu hari tu, masa kawan aku tengah berpraktikal kat farmasi tu.. Datanglah sorang pakcik ni nak beli ubat.. Bak kata kawan aku, kalau ada pelanggan dalam kalangan warga emas, memang mencabar nak handle.. Sebab yelah kan.. Orang tua, bukan tau nama saintific ubat tu.. Kita yang muda ni pun tak tau kan? Yang kita ingat paracetamol (Cam ni ker eja?).. tu jerk lah.... Ha, selalu kalau orang tua, gemar sebut nama ubat tu an juga warna atau bentuk ubat.. Contoh ubat asma, warna putih, bentuk bulat.. Ha..contoh cam tu lah kan... Korang faham tak?

So, masa datang sorang pakcik ni, dia cakap lah ngan kawan aku pasal ubat yang dia nak.. Tapi, pakcik tu plak, bak kata kawan aku, cakap SLOW SANGAT!!!! So, kawan aku tak dapat tangkap apa ubat yang pakcik tu nak...

Kawan aku :Ubat apa pakcik?
Pakcik :....................
Kawan aku :Ubat apa pakcik?
Pakcik :................ (dengar sket2)
Oh..ubat sakit urat yer... Pakcik nak yang macam mana pakcik..
Lepas tu, kau tahu, pakcik tu cakap apa? Pakcik tu cakap lebih kurang macam ni:

APO KO BONGAP KO NI HA!BODOH! BANGANG!!!!!!!!!!!  bla..bla..bla...

Kawan aku geram lah kan.......... Yelah kan, dia pun tak dengar sangat apa pakcik tu cakap... Aleh-aleh pakcik tu cakap dia BANGANG!!!! Hahahaahahahaha.. Aku kat dalam kereta dia masa tu, dah gelak kuat-kuat...

Tapi takpewlah.. Nasib baik pakcik dapat ubat yang dia nak.. Nasib baik tak salah bagi ubat kan? huhu...
TU jerk lah citer aku.... Kesian plak bila aku dengar cam tu.. Betul-betul sadis tu....

 Korang ada tak pengalaman sadis ketika berpraktikal atau di tempat kerja? Citer lah sket..huhu

10 comments:

Harmi Mohammad Jamil said...

Ni pun selalu terjadi masa buat sesi latihan, tak berapa nak dengar apa yang pembahas hujahkan.. Hahaha..

imah said...

saya dah save.. terima kasih..

afzalsukasuki said...

melaka ye?hahaha nasib la kawan ko tu.kalau teguh imannya..pasni dia akan dengar lebih banyak bangang lagi hahaha

Cikgu Ayu said...

hehe kena banyak bersabar :)

Lyeen De Syifa said...

hahaa..mmg klu keja farmasi ni kena sbr..org dah sakit..mmg cpt tekanan..hahaha...

p/s: yer ker?abg paizal tak ckp apa2 plak..hehehe..nk pegi..bestnya..tp dah last minit ni msti susah.

Nora Karim said...

alahai...kesian untuk kedua2nya...

Vee Lea said...

Kat mana2 pn ada org cmni. Haha. Memang kena kuat bsbr. And it actually taught us important lesson that is to treat others well cos kita sendiri pernah merasa dan juga tahu bagaimana rasanya bila orang treat kita mcm tu. Kan kan kan :)) Bila dah tua nanti pandai2 la kita respect org muda. Walaupun mereka muda but tanpa orang muda, siapa nak terus teguhkan negara, ya tak? Hehee.

Nazmin Nazifa εїз said...

haha,kesiannya..mmg sadis. Haiz,sabar je lah ..huhuhu

~didiey~ said...

pengalaman berpraktikal best dgn kwn2..tp dgn staf...hmm......

Lyana's Page said...

tak pernah lg buat prctical so xdpt share pglmn.. biasalah tu, kerenah pelanggan mesti mcm2 org kita jumpa.so sbr jelah.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails