Tuesday, February 19, 2013

MAKAN LIMAU MANDARIN SAKIT PERUT?

Assalamualaikum...

Ha, sekarang kan masih lagi dalam musim limau mandarin ni kan? Kalau pergi mana-mana jerk, in shaa Allah ada rezeki dapat limau.. Selalunya kalau orang bagi limau, kita mesti amik kan? Lebih-lebih lagi kalau kita dapat limau yang manis, mesti best.. Lepas tu kalau beli sekotak, letak liamu-limau tu dalam peti ais then tunggu sejuk.. Bila makan tu.. Pergh... feeling2 cam kat Cameron.. (apa kaitan cameron plak? huhu)

picture credit to:SINI

Ha, tapi kena ingat, makan limau tu, jangan banyak-banyak.. Kata orang boleh sakit perut. Betul ker? Aku dulu masa kecik-kecik rasanya pernah gak kena sakit perut lepas makan limau tu.. Lepas tu memang aku ala-ala trauma (trauma yang melanda..,menikam-nikam jiwa..~tetiba keluar lagu Elite-Trauma plak kan..huhu).. Tapi bila aku mula makan balik, alhamdulilah tak sakit perut.

Aku tergerak nak buat entry ni bila aku baru jerk makan limau tadi... Tetiba aku teringat lect aku semalam.. Kesian beliau.. Tengah-tengah mengajar, tetiba nak pergi tandas.. Around 2 kali gak beliau pergi.. Bila tanya kenapa? Katanya mungkin sebab limau.. Ataupun makan campur-campur.. Terus kawan aku tolong belikan Pil Chi Ket Teck Aun.. Alhamdulilah rasanya beransur sembuh..

APA PETUA MAKAN LIMAU SUPAYA TAK SAKIT PERUT?

Tadi aku terbaca kat blog KAK MUJA, kata bosnya kalau nak makan limau tu, JANGAN BUANG URAT PUTIH kat limau tu.. Biasa kan ada orang kalau makan limau, mesti nak kasi bersih, dia buang urat putih tu.. Ha, katanya jangan buang...Aku kalau makan LIMAU, memang aku main telan jerk.. Tak buang pun urat putih tu. Alhamdulilah tak sakit perut.. Apa kata korang try.. In shaa Allah berkesan..

14 comments:

Nana Liena said...

jangan makan banyak2..masam2..huhu..asid..so kena kawal makan oren tu..itu ja la jalan terbaik

Nick Nashram said...

aku makan limau mandarin smpai 5 biji sehari ok je..bertambah segar ade la..hahah..mybe sensitif ngan certain people kot.

Hanida Moss said...

hehe saya kalau makan limau mmg konpem bersihakn urat2 tu sbb serabut nak telan :D good tips boleh di-try..

Chic Na said...

chic na makan limau ok je. jgn makan banyak2 sgt.

Lyana's Page said...

o0, baru tau.. selalunya sy mmg xbuang urat2 limau tu. agknya sbb tu xskit perut kot..huhu.. anyway, thanks sharing ;)

Nazmin Nazifa εїз said...

In pun x buang urat putih tu,suka gigit-2 urat putih tu :P hehehe

najihahfara said...

sy pun selalu makan limau ni. feveret

Badrul Hisyam said...

limau ni kaya vitamin c.. kalau terlebih ambil vit c boleh kena cirit birit jwbnya..

afzalsukasuki said...

macam wife aku ni, asal makan nak kena buang urat limau tu.

jenuh aku nak nunggu weh

Sang Kerapu said...

Jgn buang urat putih tu? Pelik juga, sebelum ni ada petua kata, kene buang kasi bersih urat tu. Kalu mkn takut batuk. Entry ni buat Kerapu teringin nak mkn limau la...

Sang Kerapu said...

Jgn buang urat putih tu? Pelik juga, sebelum ni ada petua kata, kene buang kasi bersih urat tu. Kalu mkn takut batuk. Entry ni buat Kerapu teringin nak mkn limau la...

aTieYusof Family said...

Oh mcm tu ye cara nak makan limau tu..Anak akak suka sgt limau ni..tak pernah plak sakit perut, just kembung2 sikit tu adalah..
lepas ni makan limau tak buang lah urat2 tu..hehe:)

Iyraa Cariyno said...

anda di tag

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

Hanif Idrus said...

Selain itu kalau makan banyak ..sakit tekak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails