Wednesday, February 20, 2013

SENARAI PENEMPATAN PRAKTIKUM PERTAMA AKU DAH KELUAR!!!!!

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita perihal IPG... Kau nak tahu, tadi aku ngan kawan-kawan aku iaitu Fadzli Khamis dan Naim Sahari pergi lah makan-makan kat Restoran Syarifah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.. Mula-mula tu ktorang rancang nak makan kat CENDOL SEKYEN 4 TAMBAHAN.. Cendol kat situ serius sedap + aku suka MEE ROJAK dia!!!! Tapi bila tengok cuaca, macam nak hujan plak.. So, kawan aku cadang pergi Restoran Syarifah.. Aleh-aeolh bila dah sampai situ then dah order, hujan dah reda.. Hahahahah.. Rugi plak tak makan cendol tadi.. Tapi takpewlah kan.....

Masa tengah-tengah makan tu, ktorang bincang pasal STATUS PENEMPATAN PRAKTIKUM yang tak keluar lagi.. Ktorang agak risau sebenarnya.. Tetiba masa kawan aku tengah godek-godek FB, ada budak update status pasal praktikumm.. Katanya dah keluar senarai tu. Peh cam tak sangka.. Tengah-tengah sembang, aleh-aleh betul-betul keluar! Mencicit ktorang semua bayar, then keluar dari kedai tu.. Apa lagi, gigih pergi tengok senarai penempatan kat Unit Praktikum...

Kawan aku yang dah bergolek-golek kat rumah sewa pun, gigih datang kampus semula semata-mata nak tahu status penempatan. Yelah kan, mesti rasa tak senang.. Betul tak? Lebih-lebih lagi ni penempatan praktikum PERTAMA ktorang.. Tu rasa nervesnya tu lain sket...

Bila aku sampai plak, kawan aku si Nana tu cakap!
"Awak, kita dah nampak nama awak!"

Bila aku tengok, nama aku dan partner aku iaitu Azman Abu di..........


Kami berdua ditempatkan bersama 2 orang WANITA budak TESL dan 2 orang lelaki budak PJ!!! :)

Terus aku pelik... Kat mana sekolah tu?

Balik bilik, terus search google maps... Ha, ni jalan nak ke sekolah tu... huhu...


Wah.. Semoga semuanya baik dan memberi kerjasama yang sepatutnya.. dan yang paling penting sekali, semoga aku dapat bangun pagi lebih awal dari biasa.. Korang tolong doakan saya yer... Amin..... :)

pssssst: Kena gerak awal ni.. Pagi-pagi kena gerak.. Takut traffic jam...Bila tengok kat google tu, dalam 20 minit... Tapi main agak2 dalam 30 minit kottttttt.. :)

10 comments:

Vee Lea said...

Whoaa teacher Fiq! Ajar subject apa? Good luck k :D Cikgu Fiq best, mesti student sukaa :D Nanti update psl dorang kat sini tau :)

Diya Edhayaa said...

x lama da la tu. hehe. slmt dtg ke dunia praktikum.. :D

Harmi Mohammad Jamil said...

Selamat berpraktikum!

Kena bersemangat sambil nyanyi lagu 'Kami Guru Malaysia'.

Kuasai Minda said...

KM ucapkan selamat berpraktikum...

Cikgu Fikri said...

terima kasih buat semua... :)

Nick Nashram said...

selamat berpraktikum bro.
nak dapat A jgn lupa kawtim ngan cikgu sekolah..heheh

Anonymous said...

semoga selamat d maki pas ni...hahahahaa

najihahfara said...

wah tahniah..good luck

Lyana's Page said...

nmpk mcm jauh je tempat tu.. mengajar subjek apa ya? anyway goodluck fik! ;)

hana hadi said...

buat terbaik ye.. xda apa pun praktikum pertama ni. cuma sibuk fikir aktiviti untuk budak2 dan rasa takut bila penilai datang.hehehe

ipg yang tetapkan sekolah? hana dulu pilih sendiri. sp cepat dia dapat.hehehe tapi jauh juga sek hana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails