Wednesday, February 27, 2013

KURSUS PEGAWAI TEKNIK OLAHRAGA KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA (KOM)

Assalamualaikum...

Ha, arini aku nak citer tentang perihal aku mengikuti Kursus Pegawai Teknik Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Kau nak tahu, aritu kan kami busy dengan Malam Puisi Riong Berita Harian.. Majlis tamat around pukul 12.30 tgh mlm. Tapi AJK balik around pukul 1 pagi. Lepas tu, pagi esoknya pulak kami kena menghadiri kursus KOM ni.. Pergh.. gigih seh!!! Penat semalam tak habis lagi, terus pergi kursus plak..

APA KELEBIHAN JOIN KURSUS KOM NI?

- In shaa Allah lulus dapat jadi Pegawai Teknik Olahraga Gred 3
- Bila dah lulus, pegawai teknik akan dipanggil untuk terlibat dalam acara-acara sukan yang dianjurkan di negeri tempat anda mendaftar sebagai pegawai teknik.
- Bila dah jadi pegawai teknik kat acara yang korang pergi, korang boleh kumpul tanda tangan. Bila dah cukup tanda tangan, boleh jadi pegawai teknik gred 2 plak kalau tak silap aku.
- Untuk bakal-bakal guru, penting lulus kursus ni sebab kat sekolah nanti, kena uruskan SUKAN TAHUNAN...

Secara jujur, aku suka dengan penerangan penceramah tu iaitu Mr. Muregesu yang merupakan pegawai KOM kalau tak silap aku. Tapi rata-rata mereka yang jadi AJK Malam Puisi Riong memang mengantuk Termasuklah aku. Mata aku ni ha, kejap bukak, kejap tutup. Tapi memandangkan kursus ni menyediakan kami untuk menghadapi peperiksaan yang akan diadakan, maka kena gigih jugak dengar dan catat nota. 


Mereka-mereka yang join kursus ni .. Dari kiri gambar : Uwais Al-Qarni, Nazrin Abdullah dan Zamir Fikri.. Mereka bakal-bakal ustaz..

Sebenarnya nak baca buku pun boleh, tapi kalau baca penerangan buku tu, tak berapa nak faham. Kalau dengar Mr Murugesu yang terangkan, lagi faham. Untuk mendapat sijil pegawai teknik KOM gred 3, kena amik ujian dulu. Bila tiba part revesion, pergh.. aku rasa masing-masing tercengang!!!!!!! Cam susah jerk!!! Ada 5 bahagian tau. Ada yang tentang acara balapan, acara padang, acara campuran, acara lebuhraya, dan acara merentas desa. Setiap acara ada peraturan sendiri, sama ada dari segi tugas referi, pengadil, ukuran trek,dan macam-macam lagi lah..

 En Muregesu sedang memberi penerangan tentang referi. Beliau sangat berpengalaman. Tabik dengan beliau! :)

Oh yer, baru aku tahu, yang rupa-rupanya dalam olahraga ada tugas sebagai REFERI BILIK PANGGILAN dan jugak ALAT PENYUKAT UDARA (kalau tak silap aku)... huhu.. Pertama kali dengar dalam olahraga.. hehe...


 Buku yang perlu dibaca untuk ujian. Buku ni bertukar kandungannya 2 tahun sekali.

In Shaa Allah ujian akan bermula minggu depan.. Nerves lah plak.. Doakan aku lulus yer.. Amin :)

8 comments:

Cheida_Mymee said...

gud luck untuk ujian ye cikguu (sy x ske dgr crmah krn sy akan tidoo hahahaha)

THE AUTHOR said...

Ilmu yang baik ini.....

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Waa.. Hebatlah pegawai MOM sendiri turun padang beri penjelasan.. Teringin nak duduk dengar ceramah sekali..

Harmi bin Mohammad Jamil said...

eh silap.. pegawai KOAM rupanya.. pun masih tetap hebat..

Unknown said...

aku ni bekas pelajar usain bolt..lju tau...

ucie said...

pe website utk check result kte? tQ

Unknown said...

ucie.....
maaf..tak tau plak..hehe..sy tau pun bila result tu ditampal oleh lecturer sy..cuba search di google.. :)

Anonymous said...

Hi, nak tanya macam mana nak jadi pegawai teknik gred 2?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails