Saturday, February 23, 2013

NAJWA LATIF DI MALAM PUISI RIONG BERITA HARIAN-IPG KPI 2013

Assalamualaikum...

 AWAS!!! ENTRY NI PANJANG BERJELA!!!! 
HATI-HATI BILA MEMBACA.. KALAU TAK NAK BACA, TENGOK DESCRIPTION GAMBAR PUN JADILAH..cehwah..hehe
Wah.. walaupun tajuk aku tu pasal Najwa Latif, tapi janganlah korang terussssssss nak scroll down blog aku ni sampai gambar Najwa Latif, tengok-tengok lah dulu gambar lain, baru ada suprise.. Cehwah..huhu...

Ok, sebelum tu aku nak cakap...Alhamdulilah, selesai sudah penganjuran Malam Puisi Riong Berita Harian-IPG Kampus Pendidikan Islam 2013 yang dianjurkan pada 22 Feb 2013 bersamaan dengan hari Jumaat, jam 9 malam... Kau nak tahu? Sepanjang hampir 2 bulan persiapan kami untuk majlis ni, seriously agak memenatkan. Penat majlis ni semalam memang tak habis lagi aku rasa.. Tapi bila memikirkan hasilnya semalam.. Aku yakin, seluruh warga jawatankuasa penganjuran Malam Puisi Riong berasa sangat lega dan berpuas hati.. Alhamdulilah...

Dalam tugasan asal, aku dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Persembahan tau... Aleh-aleh dalam beberapa minggu macam tu, aku dipanggil untuk menjadi Pengacara Majlis!!! Ya Allah serius aku tak sangka! Syukur alhamdulilah kerana aku diberi peluang untuk bergandingan dengan Pengacara Konvokesyen IPG Malaysia di PICC Putrajaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG KPI iaitu Cik Noorzihan binti Adnan... Selain itu, (cehwah, siap ada penanda wacana), aku digandingkan dengan rakan kuliah aku iaitu Nurul Amira Hj Johari... Huhuhu.. Sejak dari raptai lagi, orang duk puji suara Mira ni... Sedaplah, merdulah, macam Rohana Jalil lah ( itu aku sajer tambah..)..hahaahaahah.... Masuk ni rasanya dah kali ke-100 rasanya aku cerita pasal si Mira dalam blog aku.. Lepas ni aku nak citer pasal orang lain lah pulak..cehwah.. Oh yer, tak lupa juga rakan aku iaitu Amin Ali yang juga pengacara pada malam itu.. Amin Ali juga menguruskan hal ehwal teks pengacaraan.. terima kasih Amin!!!! Kiranya ada 4 orang pengacara yang bergilir-gilir..

Persembahan pada malam tu, bagi aku nampak variasi. Serius sebelum ni aku ingatkan, kalau Puisi Riong jerk, mesti puisi semata!!!! No!! Sangkaan aku meleset! Sebenarnya para pemuisi yang dijemput hadir, sangat kreatif dan inovatif idea mereka.. Aku yang berada kat bawah pun, tak senang duduk kat tempat pengacara majlis.. Asik-asik nak bangun, asik-asik nak bangun..Sebab nak tengok persembahan mereka! Hahaahah...

Aku sebenarnya cadang nak ulas panjang-panjang setiap persembahan.. Tapi, memandangkan gambar aku ada beberapa jerk, jadi aku ulas berdasarkan gambar yer... Meh tengok gambar...


 Ala... masa ni aku boleh tunduk plak...Rugi sangat.. cehwah.. huhu


 Geng-geng Master of Ceremony (MC) bertemakan PINK... Dari kiri gambar : Amin Ali, aku, Cik Noorzihan dan Amira


Aku suka persembahan ni.. Mantap!!!! Serius! Persembahan dari Prof Datuk Dr. Wan Hashim bin Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pertahanan UPNM.. Dengan puisi dan dialog bertajuk Pesanan Terakhir Leftenan Adnan.


 Ni of course lah korang kenal kan? Yassin!!! Beliau nyanyi dua lagu iaitu Mimpi Laila dan Nur Kasih. :)

 Ini Timbalan Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Hj Anwar bin Ahmad.. Beliau mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kendala Yang Panjang karya Husin Fateh Din (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu)... Beliau memang berbakat! Tahniah tuan :)
 Anda kenal siapa ini? Beliau ialah Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Hj Osman bin Hussain.. Beliau menyampaikan sajak yang bertajuk BULAT. Serius mantap!!! Semangat beliau, memang meresap dalam diri setiap penonton... Mantap! Tahniah Tuan Pengarah :)


Ini pula persembahan Encik Zainor bin Said (Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian).. Beliau juga turut mendeklamasikan sajak. Memang berbakat! Tahniah Encik Zainor :)


Ha, ni merupakan persembahan gandingan pelajar dan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG KPI.. Yang lelaki tembam2 sket tu classmate aku.. Fadzli Khamis... Secara jujur, bagi aku persembahan ni merupakan antara persembahan yang mantap dan kreatif pada Malam Puisi Riong 2013!!! Serius! Selain dari kehebatan pemuisi dan elemen nyanyian dalam persembahan ni, salah satu fakor yang menarik perhatian adalah.....

 TARAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!
ADA WAYANG KULIT di BELAKANG!!!!


 hampir semua bait puisi dan lagu ada wayang kulit versi moden kat belakang tirai... smart kan?? Macam-macam gaya ada.. Aku tengok, para VIP tersenyum-senyum melihat telatah mereka.. huhu.. 


 Ha, rasanya ni korang kenal kan? Ingat lagi adik WAJIH?? Juara program ADIK-ADIKKU MUSIM PERTAMA? Ha.. beliau merupakan anak pensyarah aku.. Ibunya iaitu Pn Mastura Ahmed Berawi ada buat persembahan.. Kalau dalam gambar persembahan kat atas tu, ibunya duduk di kiri gambar... Adik Wajih ni dah TINGKATAN 3 sekarang... Dia dijemput untuk berduet `puisi` bersama Mohardiman dan Tn Hj Darmawi... :)


 Ha!!!! INI DIA!!!! NAJWA LATIF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Beliau menyampaikan 3 buah lagu iaitu ADAMU, SAHABAT dan KOSONG dalam VERSI AKUSTIK!!!! Yang paling best sekali, untuk lagu SAHABAT, Najwa Latif RAP sendiri OK!!!!! Rap yang part SLEEQ tu! Serius ramai bersorak!!!!!! Mantap!!! Masa Najwa Latif tengah praktis kat belakang pentas ngan akak dia, ramai giler budak-budak ni nak ambil gambar.. Serabut pulak pentas tu aku rasa. Nasib baik PENGIRING NAJWA yang pihak kami sediakan bijak mengawal keadaan. Tahniah buat mereka!


Ni masa petang.. Najwa sedang sound check... Even aku tengah gigih nak uruskan teks pengacaraan, sempat lagi aku naik pentas, amik gambar dekat-dekat.. huhu



Walaupun gigih berebut-rebut nak ambil gambar, akhirnya atas alasan : NAJWA, BOLEH TAK MC NAK AMIK GAMBAR NGAN NAJWA? Then dia ngangguk, akhirnya dapat jugak!!! Serius alasan macam aper jerk kan? hahaahahahahaha... Gambar ni gambar kedua aku dengan Najwa Latif...

Gambar pertama aku dengan Najwa Latif plak diambil ketika aku jumpa dia di SURAU... Masa tu tak der orang sangat weh.. Just aku, adik aku, kawan aku ngan akak dia kat ktorang... Tahun ni masa penghujung 2011..


 Semua gambar di atas, bukan saya ambil yer.. Ramai jurukamera malam tu.. Tapi majoriti gambar di atas diambil oleh SAUDARA HUD HAMZAH!!! Thanks Hud! Tapi 3 gambar yang last ni guna phone saya jerk..huhu



pssssssst: Entry ini mengambil masa around 2 jam!!! GIGIH!!! Ni jerk sempat yang saya tulis,  banyak lagi sebenarnya yang membuat persembahan seperti Kump Nasyid Saffiyah, Hilwan, Ustaz Hashim, pemuisi Encik Abdul Ghafar Nordin, wakil IPG Kampus Bahasa Melayu, Encik HM Noor, PERKOMPERI, saudari IRFINIEY dan ramai lagi... Maaf yer.. Jika anda mahu ulasan lanjut tentang PERSEMBAHAN dan berita pada malam itu, jangan lupa BELI AKHBAR BERITA HARIAN! :)

9 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Waaa,nampak cam gempak ! best-2 ..:D

Fikri said...

Fewitt.. Wawa latif di situ. :D

~IraNur~ said...

penat tunggu nak tengok part najwa latif :P

♥WanieyZuki♥ said...

serius najwa makin cantik and bertambah matured.. :D

aTieYusof Family said...

Gempak nya acara..meriah pun ia..
best jumpa Najwa Latif real..;)

Hanif Idrus said...

Ambil kesempatan jadi mc bergambar ngan Najwa..kikikiki.
Caya lu bro...dipilih sebgai mc....

Nick Nashram said...

wah, dapat bergambar ngan najwa latif..huhu..kecik je orangnye..ipg aku dulu malas nak anjur camni..xde modal katanye.

Harmi Mohammad Jamil said...

Wah, best tu.. Pasti seronok sakan dapat bergambar dengan Najwa Latif..

Nora Karim said...

seronoknya dulu saya rajin juga datang majlis deklamasi sajak ni... dah kawin lama dah tak pi... rindu pulak rasanya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails