Saturday, February 9, 2013

SUPER CIKGU JUN

Assalamualaikum..

Korang tau tak apa itu SUPER CIKGU JUN? Ha, tu merupakan NOVEL tau.. Novel ni hasil karya JUN AINA... Ha, apa yang menarik di sini ialah, JUN AINA tu merupakan bekas CIKGU SEKOLAH aku dulu!!!! Cikgu Bahas Ala Parlimen aku!!!! Nama sebenar beliau ialah JUNAINA JUMAAT.. 



Bila aku tengok, kawan aku bagitau pasal novel SUPER CIKGU JUN, aku terus tertarik!!!! Serius aku nak beli!!!! Tapi, bila aku cari tak jumpa plak.. Takpew, aku akan teruskan usaha untuk mencari lagi novel ni... Bila aku tengok, sinopsis, nampak cam best..

Tidak bermakna hidup warga SMK Dada Kering tanpa Cikgu Jun. Cikgu Jun yang kalut, kelam kabut tapi baik hati. Setiap hari ada saja kekecohan yang ditimbulkan oleh Cikgu Jun.

Biawak yang disangkakan hantu jembalang…Bukan murid yang mengenakan Cikgu tetapi Cikgu yang mengenakan murid, adakah patut?

Siapa yang tercucuk jarum oleh Cikgu Jun?

Apa yang berlaku apabila Cikgu Jun tertidur di dalam kelas?Jangan ketinggalan untuk mengawal ketawa dengan gelagat Cikgu Jun.


Bila aku tengok karakter watak Cikgu Jun dalam novel tu cam kelakar, periang.. Tapi bila bandingkan ngan realiti, bagi aku Cikgu Junaina ni pendiam, tenang.. Bagi aku lah.. Atau mungkin watak Cikgu Jun dalam novel tu untuk orang lain.. Maybe?  Tapi tak semua orang pendiam itu tak kelakar kan? Disebabkan sikap cikgu yang tenang dan sentiasa tersenyum membuatkan kami semua selesa dengan beliau...
Rindu plak dengan beliau.. Dulu masa zaman mula-mula ceburi bidang debat, beliau lah antara cikgu yang bawak kami bertanding pergi peringkat kawasan Masjid Tanah sampai kami tewaskan juara yang dah bertahun-tahun menang tu... Walaupun peringkat kawasan, tapi sebab pengalaman pertama menang kan, so, perasaan teruja kami waktu tu memang berbakul-bakul... huhu... Cuma masa peringkat negeri Melaka, Cikgu Junaina tak dapat temankan kami waktu tu... Paperpown, kami tetap suka dengan komitmen beliau!
Jadi, aku yakin dan percaya, pasti komitmen beliau juga tinggi dalam penghasilan novel ni... Ada tak di antara korang yang dah pernah baca novel ni???? 

Kalau belum, bagi peminat novel, jom beli novel ni.. Alang-alang dah dapat baucer buku kan... huhu :)

9 comments:

Scarlett O'Hara said...

Orang diam jangan sangka tak kelako!

Cikgu Fikri said...

kak scarlett..

hehehee..betul tu.. tp kami ttp suka ngan cikgu tu, sbb selalu tersenyum n sentiasa tenang :)

fifie said...

Mungkin cikgu jun impikan dia bersifat macam tu. hehe. Kat mana nak beli nie? nampak sinopsis macam best

Cikgu Fikri said...

fifie...

tak prnh jumpa lg.. tgh nk try cari kt mner jual :)

Nazmin Nazifa εїз said...

Macam menarik ! Kenapa tak google je,perkhidmatan beli online ? :)

Cikgu Fikri said...

nazmin nazifa...

heheheh.. dah google dh.. ada prkhdmtn online.. tp, fiq nk beli guna baucer buku..huhu :)

Nick Nashram said...

cam best je.
selalunye cikgu yg kena.
yg ni cikgu pekenakan.
kat popular takde eh??

Nazmin Nazifa εїз said...

Ohh,semoga jumpa ye :)
Kalau-2 In nampak,In bagitau okay ^^,

Nazmin Nazifa εїз said...

Ohh,semoga jumpa ye :)
Kalau-2 In nampak,In bagitau okay ^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails