Sunday, March 3, 2013

KISAH PENGHIJRAHAN DIANA AMIR ( Bagaimana Diana Amir boleh Menutup Aurat?)

Assalamualaikum......

Semalam IPG aku ada menganjurkan program SAYONARA JAHILIAH.. Program ni merupakan forum yang dibarisi oleh Ustaz Don, Hilal Asyraf, Diana Amir dan Amin Idris selaku moderator. Secara jujur, aku sangat suka program ni sebab apa? Seronok dan banyak ilmu baru serta perkongsian ahli panel yang dapat aku dengar...
 Picture credit to: SINI
Antara perkongsian yang menarik perhatian aku ialah kisah Diana Amir berhijrah...Bila Amin Idris bertanya kat Diana Amir tentang penghijrahan beliau dari tak menutup aurat kepada menutup aurat, Diana Amir dengan tenangnya berkongsi :

 Dekat sekolah dulu, dia bertudung.. Masa masuk matrik pun dia bertudung.. Tapi start masuk U, dia join kebudayaan, tudung dia makin lama makin sikit dan terussss tiada.. 

Katanya masa dia berlakon dalam filem-filem dulu seperti Aku Masih Dara dan sebagainya, dia hanya fikirkan untuk berlakon dengan sehabis baik. Kalau dapat watak jahat, maka jadilah sejahat yang boleh sampai orang benci. Takkanlah nak jadi jahat, tapi baik plak kan? Itu bukan pelakon yang baik katanya. Walaupun di luar dia tak sejahat itu, tapi dia cuba jadi sejahat yang boleh dalam filem yang dia berlakon. Itu mentaliti dia masa tu.

Lepas tu, start bulan Ramadhan atau Syawal, ada sorang kawan baik dia ni baru mula berhijrah. Kawan baik dia ni ceritalah dengan dia tentang kisah Rasulullah S.A.W wafat dulu... Sehinnga Baginda mahu hembuskan nafas yang terakhir, Baginda masih risau dengan umatnya dan menyebut Umat Ku, Umat Ku, Umat Ku...  Betapa Baginda risau dengan keadaan umat pada zaman akan datang...Kawan baik Diana Amir ni bercerita sambil nangis-nangis... Jadi dari situ terbit rasa Diana Amir untuk mula berhijrah.

Diana Amir juga berkata, dia sayangkan ayahnya. Dia tak mahu menyusahkan ayahnya di akhirat kelak bila dia tak menutup aurat dan melakukan dosa. "Kesian dekat ayah saya nanti ", kata Diana Amir. 

Kata Diana Amir juga, masa dia mula pakai tudung pun, masih lagi banyak silap.. Pakai tudung, tapi ada bonggol belakang, pakai tudung, tapi masih lagi pakai ketat.. Jadi, dia mula belajar untuk cara pakai tudung dengan betul.. Antara rakan artis yang banyak membantu seperti Irma Hasmie, Wardina dan sebagainya. Rakan-rakan yang masih belum berhijab pun tetap juga memberi sokongan terhadap penghijrahan Diana Amir.

Diana Amir juga merupakan salah seorang ahli dalam USRAH FITRAH.. Usrah Fitrah ni dibarisi oleh rakan artis yang lain seperti Afdlin Shauki, Irma Hasmie dan lain-lain.. Dari sini, pelbagai ilmu Agama Islam dapat dipelajari dan dikongsikan bersama.


Dari kiri : Hilal Asyraf, Ustaz Don dan Amin Idris
picture credit to: SINI

Ha..... lebih kurang macam tu lah perkongsian Diana Amir tentang penghijrahan beliau... Best sangat pergi program SAYONARA JAHILIAH.. Serius ramai yang datang.. Siap ada yang bersila kat luar dewan... Terbaik ar!!!! Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan program ini... Tahniah! :)

6 comments:

THE AUTHOR said...

Baguskan..dapat berkongsi pengalaman dgn mereka

laskar pelangi said...

wahhhh! rasa rugi plak tak pergi.tapi ada nampak banner,hurmmm pastu lupa bila program ni..sob3 -___-

Faridzuan said...

Alhamdulillah, aku tengok Farah Asyikin pun dah mula bertudung labuh. :)

Nazmin Nazifa εїз said...

Nice sharing .. betul tu,waktu belajar agama tahun lepas...In dpt tahu yang sebelum baginda wafat,Rasulullah bimbang dengan umat zaman akan dtg dan terus menyebut Umat ku umat ku ..tu .... dan ada juga kisah di mana Rasulullah kata kepada para sahabatnya .. Lihatlah pada zaman akan dtg,umatku akan merinduiku walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan ku .. memang betul kan ? huhuh .. memang terharu ada,sedih ada ..keinsafan ada ..mang nangis .. huhu ~~

Chic Na said...

boleh jadikan pengajaran utk kita jugak ni.

ساريده سنين said...

Salam..

bagus perkongsian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails