Friday, March 8, 2013

KORANG PERNAH MAKAN TAPI LUPA NAK BAYAR?

Assalamualaikum...

Kau pernah tak lepas dah makan kat satu kedai ni, or kafe kat tempat korang, tetiba korang lupa nak bayar??? AKu pernah weh!!!!!! Hahhahahha.. Rasa segan sangat!!!! Yelah kan, bila aku nak bayar, cam ramai plak orang, jadi bayar nanti jerk lah kan.. Aleh-aleh boleh terlupa plak kan...Nasib baik ingat!!!! Kalau tak, haish.... tak tahu nak cakap aper...Terus mintak maaf ngan akak kafe tu.. 


picture credit to: SINI

Tiba-tiba aku teringat cerita kawan aku ni ha.. Dulu masa zaman around lepas SPM kottt ( zaman pinggang masih ramping,.,hahaaha).. Masa tu, kawan aku ni pergi lah makan dekat satu kedai kat kawasan Masjid Tanah..Kan ada sesetengah kedai, kalau kita nak makan, mesti ada orang hidangkan OTAK-OTAK kat atas meja kan????  So, alang-alang tunggu makanan tu, makan lah kan otak-otak yang dihidang di atas meja...

Ha.... lepas dah makan makanan yang diorder, apa lagi, bayar then balik lah kan.. Takkan nak jadi tugu plak kat situ..huhu..Sampai jerk kat rumah, katanya dia sendawa!!!! Tiba-tiba dia pelik..

EH, KENAPA SENDAWA RASA OTAK-OTAK??? YA ALLAH!!!! RUPA-RUPANYA AKU MAKAN OTAK-OTAK TADI!!! TAPI TAK BAYAR!!!!

Tak silap aku, esoknya dia terus bayar otak-otak tu... Huhuhu..Masa dia citer tu, aku dah gelak dah.. Dengan feel dia lagi, memang mantap!!! huhu...

Tapi kan, aku pun terfikir gak kadang-kadang.. Ada sesetengah kedai, kalau otak-otak tu kita bayar sendiri kat orang kedai otak-otak tu kan?? Agaknya semua boleh ingat tak nak bayar?? Aku rasa maybe ada yang lupa jugak kan??? Tapi kalau lupa then ingat nak bayar , takpew.. Betul tak? Ni kalau lupa, tapi buat-buat fikir macam:

ALA... REZEKI AKU LAH KOT SEBAB LUPA....TAK PAYAH BAYAR LAH..

Ha!!!! Itu dosa kan??? Setiap makanan yang masuk ke dalam badan kita, akan jadi darah daging kita.. Pastikan makanan itu halal yer!!!! Sama ada dari segi keadaan makanan dan juga sumber! Sekian tazkirah Jumaat dari Cikgu Fiq.. huhu :)

12 comments:

Nana Liena said...

belum pernah jadi lagi..takut kalau tak bayar..uncle/aunty tauke kedai tu perasan karang jerit..naya malu ..haha

Faridzuan said...

Tak ingat pula. Nasiblah kan, dah rezeki. Wkwkwkwkw. :)

laskar pelangi said...

Bagus tazkirah hari ni..Hihihi Tula bila makan otak-otak,jadi pelupa sikit nak bayar bila dah kenyang kan?Tapi biasanya gerai otak-otak kat depan kedai makan tu,jadi takdelah lupa sangat nak bayar otak otak..hihi

miLa saim said...

haha..penah jugak ;) malu sangat1000x!

miLa saim said...

haha..penah jugak ;) malu sangat1000x!

Chic Na said...

ha, nasib baik ingat. tp kalau betul2 tak ingat tu takpela kan.

Nazmin Nazifa εїз said...

Maaf lama dtg,lagi seminggu exam nak habis ..huhu

Betul,walau apa pun kita kena jujur ...

Nazmin Nazifa εїз said...

Maaf lama dtg,lagi seminggu exam nak habis ..huhu

Betul,walau apa pun kita kena jujur ...

Anisa Anuar said...

kalau nisa sanggup patah balik nk bayar balik...sbb pernah terjadi pun...

hana hadi said...

nasib sendawa. hana pernah buat kat cafe ipg. hehe ramai la masa tu.. hana bayar esk je lah. xlupa pun.hehe

Aleeza Zailan said...

haha pernahh ! sama la makan otak2 gak mase tu. Ayah terlupa nak bayar sebab dia bayar berasingan dengan kedai makan tu . nasib org tu kejar hahaha ! lawak lawak xD

Sang Kerapu said...

manusia semua hampir sama. Kalau pada saya... tengok keadaan... kalau pekedai bermasalah, contohnya kedekut, cakap besar, berlagak, jual mahal... kalau terlupa nak bayar tu, saya ikut gerak hati...kalau terasa nak bayar, saya bayar kalau tak, saya blah. tapi kalau pekedai tu ok... saya mesti bayar. Tapi itu dulu... sekarang tak lagi... dah insaf....rezeki yang masuk dalam perut tu mesti halal dari semua segi.... kalau tak bala datang hoiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails