Tuesday, March 19, 2013

SETELAH 4 HARI

Assalamualaikum......

Kau nak dengar cerita, aritu aku nak update blog tau, tetiba aku tengok boleh jerk online, tetiba tak boleh plak.. Lepas tu bila aku tengok simbul LINE INTERNET kat sisi bawah kanan lappy aku ni, nampak ada line, tapi ada TANDA SERU plak.. Rupa-rupanya LINE TAKDER!!!!! Masa tu baru lepas hujan tau.. Geram aku1 2 HARI plak tu takder.. Sabtu ngan Ahad... hurm...

Aku ingatkan blok aku jerk takder line, rupanya blok lain pun sama jugak.. Oh tidak! Maka, tak dapatlah nak update blog hujung minggu aritu... Semalam baru dapat alhamdulilah.. Tapi semalam, mula-mula tu dapat, then takder balik.. Lepas tu ada, tapi lombab! Geram sekali lagi!

Alhamdulilah arini dapat gak aku update.. Gigih aku tunggu ruangan publish ni loading... Fuh... Sebelum update blog tadi, aku pergi tengok-tengok sekolah untuk praktikum.. Sekolah yang akan aku jalani praktikum FASA 1 ni kat SK SRI JELOK KAJANG.. Sekolah tu kat area kawasan perumahan.. Gigih jugak nak cari..Nasib baik kawan aku tahu gak sket-sket jalan kat situ.. Alhamdulilah..

SK SRI JELOK KAJANG :)

Sempat jumpa Guru Besar tadi.. Sekolah aku tu 2 sesi.. AKu ingatkan petang ni aku akan berurusan dengan Penyelia Petang, tapi nasib baik Guru Besar ada.. So, terus jumpa.. Nampak cam sempoi.. Siap boleh berbual-bual lagi ktorang..  Tu baru sesi pengenalan.. hehe.. Aku akan start praktikum bermula naik cuti sekolah ni iaitu 1. April sampai 26 April...

Hope selama sebulan ni, aku dan partner praktikum aku iaitu AZMAN ABU serta kawan-kawan dari cos lain iaitu Izzati, Inani (TESL), Izrin dan Faizal (PJ) dapat lakukan yang terbaik untuk praktikum fasa 1 ni.. Semoga seluruh warga sekolah memberi kerjasama yang baik kepada kami..

pssssssst: Anak murid jangan nakal-nakal yer... :)

2 comments:

Vee said...

Whoaa. All the best, cikgu!! :)

Unknown said...

good luck untuk praktikal nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails