Tuesday, April 30, 2013

KISAH PRAKTIKUM SAYA

Assalamualaikum..

Pergh.. serius lama giler babeng tahap gaban tak hapdate blog ni.. Dah 3 minggu weh!!! Serius masa praktikum, mood hanya untuk praktikum, sekolah dan anak murid yang disayangi sahaja.. Masa tu, blog pun entah ke mana... Akhirnya kali ni, CIKGU FIQ kembali dengan cerita yang lebih hangat, panas dan melekit (melekit????? motipp)... hahaaha..

Yang baju biru itu partner praktikum aku iaitu Azman Abu.. Yang baju batik Hitam Putih itulah Guru Pembimbing aku, merangkap Ketua Panitian Bahasa Melayu SK Sri Jelok, En. Mohd Roseli bin Embong.. Terima kasih Cikgu Rosli :)

Ha, untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja tamat menjalani PRAKTIKUM FASA 1 di SK SRI JELOK KAJANG.. Alhamdulilah, sekolah tu SANGAT BEST!!!! Serius weh!!! Tak kiralah dari pihak pentadbir, guru-guru, staf, malahan makcik kantin serta mak guard turut sama peramah!! Ditambah mulut aku yang sememangnya kecoh ini, mampu membangkitkan semangat juang di sekolah itu.. haha..

 Antara murid lelaki kelas 5 Budiman

Serius aku rindu dengan murid-murid aku.. Masa kat sekolah tu, aku hanya ajar 1 kelas sahaja iaitu kelas 5 BUDIMAN.. Kelas ni kira kelas 1st dalam ranking tahun 5.. Murid-muridnya sangat bagus... Memberikan kerjasama yang cukup tinggi!! Bila ada aktiviti yang aku buat, semua suka dan ambil bahagian..


 Antara pelajar perempuan 5 Budiman

Aku punya tabiat ni, kalau mengajar, suka buat aktiviti yang ala-ala macam game show.. Kau tahu? Aritu aku menggedik buat AKTIVITI RUNNING MAN dalam BAHASA MELAYU.. Hahahaaha.. Last-last aku yang tercungap-cungap sebab penat naik tangga...hahahah.. Lepas tu aku pergilah terapkan Matematik dalam Sastera... Ha, masa tu aku kena ajar watak dan perwatakan dalam citer PAK KADUK, lepas tu, aku suruh diowang pecahkan kombinasi nombor dengan cara selesaikan soalan matematik, then cari gambar tu dalam kotak misteri yang aku sediakan.. Lepas tu hurai perwatakan berdasarkan gambar tu... Nak tengok kotaknya? Camnilah.....




Gigih aku bawak naik kereta kancil kawan aku tau... Thanks Azman...

Tu lah kelas terakhir aku kat sekolah tu.. Masa tu juga merupakan penilaian bersama dari pensyarah dan guru pembimbing... Alhamdulilah, mereka suka...

Masa hari Jumaat plak, murid kelas 5 Budiman tu buat MAJLIS PERPISAHAN CIKGU FIKRI... Tak sangka mereka sudi anjurkan majlis.. Aku mula-mula risau gak takut diorang tak dapat handle.. Tapi, antara ayat mereka yang aku ingat:

CIKGU JANGAN RISAU! KAMI URUSKAN SEMUA..CIKGU DATANG MAKAN JERK..
kata salah seorang anak murid aku

Wah..mantap!!!! Masa majlis tu plak, haaaaa.. siap ada PENGACARA MAJLIS dan PERSEMBAHAN PELAJAR.. Serius mantap!!! Aku sangat terharu!! Aku tak nak mereka nangis bila hari last tu.. Sebab kaalu diowang nangis, aku pun nangis sekali.. Jadi, nasib baik diowang buat aktiviti.. Nak tahu aktiviti apa? BALING-BALING TEPUNG!!! Hahaahahaa.. Aku pun kena sekali!!! Tapi serius fun!!!!

UNTUK 5 BUDIMAN:

Untuk pelajar 5 BUDIMAN, cikgu nak minta maaf kalau cikgu ada buat salah dengan kamu.. Cikgu halalkan segala ilmu cikgu.. Cikgu harap kamu dapat buat yang terbaik untuk UPSR tahun depan!! Chaiyok!!!! :)


~Memori bersama kamu tetap terpahat di hati cikgu.. In shaa Allah :)~

11 comments:

Vee said...

Adei deeii best la cikgu fiq ni :D Cikgu mcm ni yang kita nak skrg, sbb cikgu harus jadi part of us dan pola asuh antara cikgu baru dgn students pn hampir sama. Kalau tgk cikgu2 yang tua skrg, smua ajar ikut style org dulu2 thats why students tak minat kdg2. Hikss.

fragmenbiru said...

Wah...seronoknya praktikum..tapi rasa macam takit jer tak dapat jadi cikgu yang 'baik'..hahahahahhah...
nanti kena timba pengalaman dengn senior2 ni...heeh

ZWAN SABRI said...

Wahhh.. mesti jadi cikgu yang paling disayangi ni.. ;)

laskar pelangi said...

Bestnyaaaaa dapat budak2 baik camtu;)
Bukan senang nak jadi cikgu kan. goodluck:))

Nazmin Nazifa εїз said...

Waaaaa,baguslah cikgu Fiq ni kan :D teruskan berusaha dan bersabar ^^,

Unknown said...

thanks semua... hehe..alhamdulilah :)

THE AUTHOR said...

Wah!! Ni namanya cikgu yg berdedikasi..teruskan usaha anda.

If said...

Salam =)
Wah best la baca cerita cikgu Fiq. Ni mmg talented punya cikgu, aku punyala runsing nak buat gabung2 dengan subjek lain. suka la tgk bbm tu .. praktikum 2nd nanti aku pun nak buat. mcm best. haha running man bagai memang kompom best kelas cikgu Fiq ni kan.

Aku punya pengalaman jauh beza kot. Dengan dapat student huhahuha. Tapi betul la org cakap kan, cikgu lelaki ngajar mmg bestt..

http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/04/praktikum-fasa-1.html

If said...

Salam =) Jom join segmen 1st saya =)

http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/05/nak-aku-klik-iklan-korang.html

NARDtheNERD said...

amboii cikgu yang rajin ni. hehe :)

Madz 'Awadah bt Malek said...

baca entri cg fiq ni buatkan saya tak sabar nak jadi cikgu....
best jerrr..
hari2 dikerumuni budak2....
best sangat2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails