Assalamualaikum.........
Masih segar lagi di minda aku, masa tu aku masih lagi belajar di tabika iaitu akronim untuk Taman Bimbingan Kanak-Kanak.. Masa tu cikgu aku ada bagi name tag. Katanya kena pakai hari esok. Maka keesokannya iaitu hari Jumaat kalau tak silap aku, ketika ayah aku hantar aku ke sekolah, aku rasa semacam. Kenapa pulak ni? Rupa-rupanya aku tak pakai name tag!!!! Serius aku rasa risau sangat-sangat... Aku pandang kawan-kawan aku, nampak macam semua pakai! Aku dah gelabah.. Habislah kena marah dengan Cikgu Latifah nanti.. Ya, tak silap aku nama cikgu tu Cikgu Latifah.
Aku pandang belakang, ayah aku dah balik dah. Nak buat macam mana ni? Akhirnya aku nekad! Aku lari balik ke rumah!!! Lari dalam keadaan menangis.. Aku rasa aku berlari seolah-olah macam Erra Fazira yang kecewa melihat Norman Hakim menduakannya dalam filem PASRAH (kini aku..pasrah, dengan segalanya... ~~ tetiber -_-`
Sampai depan rumah! Aku menangis depan ummi aku! Aku cakap yang aku tak nak pergi sekolah sebab tak bawak name tag.. Kena marah jugak rasanya aku masa tu.. Tapi kan, sebenarnya cikgu bukan marah pun. Aku jerk yang feeling-feeling macam dalam THE BIGGEST LOSER.. Nak lari-lari plak kan... Hurm.. biasalah, masih kecil dan comel ketika ok.. (SILA MUNTAH! HAHA)
Tu antara salah satu antara banyak-banyak cerita yang aku ingat.. hehe.. Paperpown, terima kasih buat guru yang banyak mendidik diri ku.. Buat bonda tercinta yang gigih mendidik dan membesarkan aku sejak bergelar ibu tunggal.. Jerit perihmu memang tidak terbalas. Dikaulah guru sejati bagiku. (tetiber rasa nak amil tisu lap mata plak kan.sob..sob..sob.. -_-`)
Terima kasih guruku!!!!!
Pantun ini khas untuk guru-guruku, bakal guru dan segala macam jenis guru sama ada guru memandu, guru memasak, dan sebagainya..(gigih buat sendiri pantun ni..huhu)
6 comments:
selamat hari guru cikgu.. :)
jemput tgk keychain kt page siswi.. :)
Selamat Hari Guru !! :D Molek pantunnya. hehe
kemain siap pantun...
ok kelakar part lari mcm erra tuh...hahaha ..over sangat tau
SELAMAT HARU GURU cikgu fiq...moga jadi cikgu yang baik..haha
terima kasih semua! :)
hahaha..aku pun ada cerita kelakar masa tadika..
btw..masa ko lari tu mesti ko rasa ko plg cantik kat masjid tanah kan?haha
Hahahahahaahha lawak giler la part Erra tu :D
Post a Comment