Wednesday, May 29, 2013

PERKARA YANG AKU TAK SUKA BILA DI MALL

Assalamualaikum..

Sorry yer kengkawan, sekarang agak jarang update blog.. Broadband rosak weh... Geram aku.. Alang-alang aku online kat cc ni, meh aku nak citer sket perkara yang aku tak suka bila di mall. tak kisah lah Jusco ker, Mid Valley ker dan banyak lagi lah mall kat dunia ni.. gitewwwwwww..

1st. ESCALATOR ROSAK (cam ni ae eja?)
Aku panggil dulu tangga berjalan. Ha.,. ni memang aku geram! Lagi aku geram kalau aku nak cepat!!!! Pergh!  Lagi bertambah geram bila tangga nak turun tu elok jerk bergerak, yang naik tu plak berhenti! GERAM! Memang dan-dan tima tu rosak kan... Terus menyirap biler nak menapak naik atas.. Lepas tu berpeluh-peluh.. Geram! Geram!

2nd. TANDAS PENUH
Yes!!!! Selalu terjadi..Lebih-lebih lagi lepas keluar panggung.. Bajet semua nak terkucil time tu plak kan.. Terpaksa tahan dan cari tandas yang tercorok.. Atau pun di surau.. Itu lagi terbaik! haha

3rd. RAMAI BERATUR KAT MESIN ATM
Haaaaaaa... ni pun sama.. Time kita nak keluarkan duit, time tu plak penuh kan.. Selalu kalau tak nak keluar, tak penuh plak.. Terpaksa beratur.. Lepas dah beratur tu, lagi bertambah geram bila tiba giliran kita, MESIN ATM plak rosak kan... Padahal dah lama beratur! Aigoo!!!

4th. SELIT MENYELIT MASA BERATUR BELI TIKET WAYANG
Yessssss.. ni geram! Mentang-mentang kawan dia kat depan, boleh plak menyelit kan.. Kesian orang kat belakang.. Even kalau nak kirim kat kawan pun.. Kirim jerk..tak yah nak beratur... nampak lagi sesak!kan???

Ha..tu jerk lah kottttt.. Sekadar coretan jerk.. kita kena jugak akui yang bukan semua sempurna dan boleh ikut kehendak kita.. kan? Paperpown, sabar itu separuh daripada iman. :)

5 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

In tak alami tu semua lagi ..ngeheeee .. tpi,yg escalator rosak tu ade ar,tpi In macam tak kisah je. hahaaaa

Tak pe,cikgu Fiq! Bagus untuk jantung ! Heheheee

miLa saim said...

betul3..sgt setuju dgn 1st tu..yg trun tu elok je berjalan..yg nak naik tu pulak rosak...aish...exercise2...

Anisa Anuar said...

pernah beratur just nak masuk toilet panjang sampai ke luar la...alahai...

J. WY said...

yang ke-4 itu sgt annoying.. kalau ada org mcm tu buat2 berdehem je kuat2.. biar diorg tahu..

Cik Aied said...

gitewwwww...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails