Monday, June 10, 2013

AKU GERAM BETUL DENGAN MAKCIK YANG KACAU AKU TENGOK DRAMA SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!

Assalamualaikum...

Hai..lama tak berblogging.. last week.. sepupu terdekat aku kahwin.. Bulan Jun tahun ni, 3 orang cousin aku kahwin.. 2 JUN, 8 JUN dan yang akan datang 30 JUN.... Aritu aku baru balik darim Pasir Gudang untuk menghadiri majlis perkahwinan cousin aku ni... Bila dah pergi sana, memang tak lah aku nak online blog..Lebih2 lagi broadband aku rosak kan..So, now dapat jugak aku online kat cc.. Nanti gambar2 majlis aku upload kemudian yer.. Sekarang aku nak bercerita berkenaan tajuk kat atas tu..


Kau tahu, biasalah kan, bila orang buat majlis, mestilah ramai sepupu sepapat datang bertandang kan? Memang penuh rumah masa tu... Ha, cousin aku selaamt diijabkabulkan pada hari Jumaat (7. Jun. 2013).. Ha, sebut hari Jumaat, malam pukul 9 kat TV3 kan ada drama SSID (Sebenarnya Saya Isteri Dia)..

Masa aku tengah nak tengok drama tu, tak ramani lagi orang datang bertandang.. Hanya family ktorang jerk.. Maka aku pun gasaklah tengok drama tu.. Tengah-tengah syok tengok tu, tetiba datang pula sedara mara.. Tapi aku tetap tak berganjak..Masih utuh di depan TV.. Bila aku pandanmg belakang, ramai jugak yang join aku tengok drama tu.. Semuanya lelaki.. Wah, betul;2 kuat aura drama ni...

Tetiba, IKLAN plak kan.. Masa iklan tu, datang pulak makcik ni.. Dia cakap lebih kurang macam ni..

Bukak 319 (319 ker 391 aku lupa.. ala, siaran drama korea kat ASTRO).. Nak tengok korea..korea..

Lepas tu anak dia cakap:

Kat sini tak der korea.. citer ni best..

Ala, kan boleh tengok kat TONTON..

Tak nak..tonton nanti asik loading jerk.. (kata budak tu..)

Makcik tu gigih suruh aku bukak KOREA.. Kau bayangkan.. Geram plak aku.. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.. Buat2 tak dengar.. Masih utuh pandang TV, dan remote sorok bawah bantal;.. Haha..

Makcik tu kembali diam.. Bila drama tu dah strat, ktorang tergelak2 lah tengok gelagat Izue Islam ngan Tiz Zaqyah yang masa part laptob dioa rosak kalau tak silap aku.. Masa tu makcik tu datang lagi nak suruh aku bukak siaran korea.. MOTIPPPPPPPPPPP SGT!!!!! Kali ni aku tetap pegang remote tu dan buat-buat tak dengar.  Nasib baik ada anak dia.. Budak tu pun beria2 nak tengok TV3... Fuh, nasib baik ada back up..

Akhirnya makcik tu mengalah dan duduk sekali menonton. Sekali-sekala bila dia tanya citer ni pasal apa.. Aku terangkan serba sedikit.. Tapi budak laki yang darjah 6 tu lagi bijak explain dari awal cerita..Dalam hati aku sekadar bermonolog:

Kemain lagi budak2 zaman sekarang ni..huhu

4 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Haha..channel 391 ... hehe ...
Sabor yekk...In pun pernah alami ni semua. Hahaaa...

Vee said...

Amboi amboi. Minat jugak yee. Hahaha :) V tak pernah follow up pn :P

Unknown said...

Haha... Kelakar.. Dulu, kami adik beradik tidak suka tengok. Sekali kami tengok balik. Terus minat dengan drama ni.. Haha

laskar pelangi said...

Wahhh saya pun minattttt sangat drama ni.Mmg takde tinggal lagi drama tu. Hari Jumaat jer bertempek depan laptop. Kalau kat rumahhhh, serius best.Ni kat kolej, terpaksa tengok online kat tonton.Nasib line laju. Best kan drama ni.Tiz lawa kan pakai tudung.Izzue punnnn mengoda jiwa. Kekekeke~ Drama best.Novel lagi bestttt ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails