Saturday, August 17, 2013

REVIEW FILEM THE SMURF 2 - Nilai Kekeluargaan Yang Sangat Tinggi! Terbaik!

Assalamualaikum...

Ha, arini aku nak cerita pasal THE SMURF 2 plak... Korang dah tengok ke belum? Mula-mula aritu cadang nak tengok citer hantu citer yang poster dia gambar pompuan takder kepala tengah pegang payung, biler tengok trailer nampak cam biasa jerk..Terus tak jadi... Nak tengok Pacific Rim plak dah habis waktu tayangan..So, tengoklah The Smurf 2 ni... Masa ni aku merasakan yang cerita ni tak best..


Tapi! Sangkaan aku meleset! Citer ni best weh! Ramai kawan aku tak nak tengok sebab dia ingatkan ni cerita kartun.. Ye, memang kartun, tapi kartun tu masuk dalam dunia manusia... So, gabungan watak Kartun dan Manusia.. 

Mengisahkan tentang Smurf girl yang namanya Smurfette tu.. Rupa-rupanya dia tu bukan smurf asli.. Dia dulu jahat dan dicipta oleh seorang ahli sihir jahat.. Tapi, papa smurf telah ubah dia jadi smurf asli then dia jadi baik.. Konflik berlaku bila dia terasa disisihkan sebab takder saper ingat besday dia.. Padahal budak-budak smurf yang lain nak baut suprise kat dia.. Tengah-tengah jalan kat tepi kolam, tetiba dia kena culik dan dibawa ke dunia manusia.. Ha, masa ni lah beberapa orang smurf yang TAK SENGAJA terpilih kena pergi untuk selamatkan Smurfete. Berjayakan Smurfete diselamatkan (Serius sinopsis klise kan, kalau ada ayat camni kat hujung? Of coslah dapat..hahaahaha)

Cuma yang buat kita kena tengok ialah, CARA MEREKA BERUSAHA untuk selamatkan Smurfete tu.. Serius kelakar weh.. Nak-nak kucing ahli sihir yang serius cam bangang..Tak boleh blah! Hahaahaha...
Ni lah The Smurfette..Dulu dia ni jahat kengkononnya... Rambut dia hitam...Sekarang dah jadi Smurf asli.. Rambut perang..huhu

Nilai kekeluargaan gak diterapkan dalam citer ni.. Serius bagi aku, bukan elemen komedi sahaja ada dalam cerita ni, tapi elemen sedih dan sayu juga ada.. Tetiba mengingatkan aku kat filem WRECK IT RALPH plak..Semua elemen ada dalam filem tu dulu kan? Aku suka kalau sesebuah filem tu ada lebih dari 1 elemen..Kiranya berjaya bermain dengan emosi penonton lah kan..Cehwah ayat mintak penampar! Haha..

Kekurangan filem ni bagi aku..entahlah..Ada tu memang ada.. Tapi aku tak berapa perasan dan mengendahkan sangat sebab aku enjoy tengok filem ni..Oh ya, baru aku ingat, AKSI dalam filem ni, agak kurang.. Tapi kira ok lah kan..Untuk tontonan kanak-kanak.. Tapi untuk kita yang dah boleh jadi bapak kanak-kanak ni pun bleh jugak mengendeng nak tengok. Tak dosa pun..

So, untuk filem ni aku bagi 9/10 dan diCOP sebagai MESTI TENGOK!!!! :)

3 comments:

aizamia3 said...

Yeah... saya berjaya tgk smlm dgn anak2..part kelakar memang budak2 gelak tgk.. lepas ni nak try tgk filem kartun lain pulak.. hehehe..

Nazmin Nazifa εїз said...

No.1 pun best ! No.2 ni tak de kesempatan nak tengok,nantilah :D

Yang The Conjuring ni In bagi 9/10 sebab cerita ni tak tergantung dan ending yang tidak mengecewakan. Hehee... jalan cerita pun lancar :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Rasa macam nak gi tengok tapi segan sebab ramai sangat budak-budak bawah umur yang gi tengok.. Hahahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails