Saturday, November 30, 2013

FILEM KIL MENANG FILEM TERBAIK ANUGERAH SKRIN 2013

Assalamualaikum

Keputusan Anugerah Skrin 2013 baru saja diumukan tadi. Wah...mentang-mentang aku takder Astro, tak dapat nak tengok Maharaja Lawak semua tu.. Maka, aku tengok lah Anugerah Skrin  2013.. Bagi aku not bad Nad Zainal jadi pengacara.. Suaranya tu memang sesuai.. Lawak Faizal Ismail dan Awal Ashaari pun boleh tahan.. 


Tengok poster pun dah tahu UNIK! huhu

Ok, berbalik kepada tajuk. Aku dah agak filem ni boleh menang FILEM TERBAIK.. Bagi aku BEST! Filem Melayu yang UNIK. Jarang jumpa filem melayu yang macam ni. Thumbs Up! Ditambah pula dengan lakonan Redza Minhat dengan Christina Suzanne.. Memang meletop lah. Oh yer, Christina Suzanne menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem.. Tapi, bagi kategori lelakil, Redza Minhat ditewaskan oleh Shaheizy Sam untuk filem SAM.

Bercakap tentang filem ni, bagi saper yang belum tengok tu, aku syorkan korang tengok.. Aku rasa antara faktor filem ni boleh menang sebab masa pengambaran hanya mengambil masa 11 HARI sahaja kalau tak silap aku. Tapi boleh hasilkan filem yang unik macam ni. WOW! Meh nak citer sket sinopsisnya..

Citer pasal seorang lelaki yang lonely bernama Akil. Dia ni agak tertekan juga lah. Asik nak bunuh diri jerk keje dia. Main kelar-kelar tangan lah, terjun bangunan lah, hidu gas kereta lah tapi TAK BERJAYA! 1 hari tu dia jumpa 1 iklan pasal company yang boleh bantu orang bunuh diri. So, dia pun try. Tapi benda ni bersyarat, sekali dan daftar, tak boleh cancel. Tetap akan mati juga. So, dia pun terima. Lepas tu, boleh pula dia jumpa dengan Christina Suzanne ni.. Christina ni selalu temankan dia. So, dia pun dah mula suka dengan perempuan ni. Bila dia nak cancel balik khidmat bunuh diri tu, DAH TAK BOLEH DAH! Dan..tanpa disangka-sangka Christina Suzanne pun ada kaitan dengan company tu. Apa jadi lepas tu? Ha..better korang tengok! 

Antara scene dalam filem KIL.



Tu dia..Dah mula jumpa dah...


Siap nak bunuh diri dengan gas. Tapi tak berjaya.


Kenapa dengan perempuan ni?

Filem ni mengangkat isu dalam masyarakat yang suka menyelesaikan masalah dengan membunuh diri. Nauzubillahminzalik. Ingat yer kawan-kawan semua, dan juga diri saya sendiri:

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang bunuh diri dengan menggantung diri, dia akan menggantung diri di neraka. Orang yang menikam dirinya (dengan senjata tajam) maka diaakan menikam dirinya di neraka. Dan orang yang bunuh diri dengan menerjunkan diri dari tempat yang tinggi, maka dia akan menerjunkan diri di neraka”. [HR. Bukhari]

credit to: SINI
gambar-gambar pula credit to pakcik google. Banyak sumber. Terima kasih yer kepada pemilik gambar-gambar di atas :)

5 comments:

fragmenbiru said...

terbaikk!!!

Unknown said...

Harum bertalkum bertemu siapa,
Di petang sejuk berhias sedondon;
Assalamu'alaikum khabarmu apa,
Datang untuk berbalas pantun... ^^

Unknown said...

Ummi Kami:

Kalau tuan mudik ke hulu,
Belikan saya durian sepangsa,
Hadirmu tuan lama ku tunggu,
Untuk berpantun seni bahasa :)

Nazmin Nazifa εїз said...

Waa..In tak tengok lagi. Ada dalam laptop.... Hehehee ... akan tengok secepat yang mungkin ! :D

Cik Aied said...

macam teringin plak nk tgk cte ni..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails