Tuesday, December 13, 2011

DATIN GHAIRAH | ADA SESIAPA YANG DAH TENGOK FILEM NI?

Assalamualaikum....

Mengikut KAKIWAYANG.COM, filem DATIN GHAIRAH telah ditayangkan pada 8. Disember. 2011 yang lalu. Aku ingatkan filem ni belum ditayangkan, rupa-rupanya dah. Soalan aku:

ADA SESIAPA YANG DAH TENGOK FILEM DATIN GHAIRAH?
BEST TAK FILEM TU?

Huhuhu.. Aku tak bermaksud apa-apa pun, cuma aku terbayangkan penonton-penonton yang sedang menonton filem tu dalam panggung.. Camner ek agaknya? Terhibur tak? Teringin betul aku nak tau feedback penonton pasal filem tu... Aku tengok trailer dia cam kelakar jerk... So, tulah aku tak mahu menilai filem ni dari luaran.. Hurm....Tapi tak tahulah kepada mereka yang sudah menontonnya..


sekali aku tgk maria farida ni posing dalam poster di atas cam ALLISON HARVARD lah plak? kan.........
huhhuhh....

Oh yer, aku ingat lagi, masa zaman EXAM di IPG sedang berlangsung awal Novermber yang lalu. Aku sempat lagi berHANGOUT-hangout dengan kawan-kawan aku kat Alamanda Putrajaya...Tetiba nampak plak POSTER FILEM DATIN GHAIRAH secara besar-besaran terpampang.. Aku terdiam. Kawan aku pun terdiam. Tetiba semua gelak.. Jahat giler.. hahahahhaa.. Diowang semua duk mengutuk tajuk tu.. Aku pun turut sama sekali terkutuk filem tu.. Rasa berdosa di situ.

Dalam kepala aku terfikir. Kenapa letak tajuk macam tu? Adakah ramai penonton yang akan tertarik dengan tajuk macam tu? Pada pandangan aku, penonton di Malaysia sudah ramai yang pandai dan bijak dalam membuat pilihan. betul tak? Contoh macam FILEM KLIP 3GP, sambutan daripada penonton aku rasa sangatlah kurengggggggggg.. Sebab apa? Seperti yang aku cakap tadi, rakyat Malaysia sudah pandai memilih.

Cuma untuk Datin Ghairah ni, rupa-rupanya nama penuh datin tu ialah DATIN GHAIRIYAH BINTI MAT PUAS.. Tak silap aku, datin ghairah tu gelaran untuknya.. ( tu apa yang aku tengok kat trailer jerk lah... )

Hurm..... oleh sebab aku tak tengok citer ni kat wayang dan tak tahu apa kandungan filem ni. Bagus tak? Best ker tak? Orang kata, jangan menilai dari luaran. Manerlah tahu citer ni best daripada sangkaan ramai.

Jadi, aku nak tanya, 

ADA SESIAPA YANG DAH TENGOK FILE M DATIN GHAIRAH? Best ker? Citer lah sikit..... :)


pssssssst: Tagline filem ni : Hidup mesti seksi, tapi jangan seksa!!!!! ( MOTIFF????? )






9 comments:

laskar pelangi said...

cam kureng jer filem ni.nak sebut pn dah fikir 400kali

anymz said...

akak belum tgk..dengar tajuk pun tak pernah..tgk pd tajuk tu,nak beratur beli tiket pun akak malu..auwwwww..hahaha

Pia said...

"kalau dah seksi dah sah2 kena seksa...eh,melaser lak mulut ni...macam kurang jer publisiti filem ni..tp akak mmg tk minat filem2 ni fiq...biarlah beri laluan pd org2 muda mcm kamu lak..."

al_hakim said...

hakhak..ombak rindu pun den tak tengok nak tengok datin ghairah ni?haha..hah.aritu buat pbs same dgn dia

Unknown said...

TITLE PON SENGAL SEMACAM JER

~SYAZ~ said...

muahahaha..
senang2 ko jelah g tengok cite tu best ke tak ?
tajuk dia mmg buat orang bantai gelak seyh..
kelakooo..

Mrs Nurul said...

mcm tu sekali nak tarik penonton...ahh sukati depa laa...tak best depa yang rugiii =P

snf said...

tasuke lah maria nie belakon.aoron mmg lah terbaek.aok!

Kakiwayang said...

haha..wow, tenkiu CikguFiq sebab mempromote Kakiwayang.com di situ... anyway, sapa2 nak baca review pasal Datin Ghairah boleh le singgah di Kakiwayang.com juga, ruang diskusi untuk penonton2 filem Malaysia..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails