Saturday, February 16, 2013

PERNAH MAKAN KARIPAP TELUR?

Assalamualaikum......

Siapa pernah tengok drama MINAH KARIPAP yang bersiaran kat TV2 dulu kalau tak silap aku? Ha, drama lakonan Nurkhiriah ni, dia jadi watak kanak-kanak pendidikan khas masa tu.. Then dia suka sangat makan karipap.. Tapi susah sangat nak jumpa karipap sedap.. Last-last dia belajar buat karipap, then cipta 1 resepi iaitu Karipap Telur..



Ha, aku semenjak tonton drama tu.. Aku terus rasa macam....wah..teringin sangat nak rasa.. Dulu aku pernah rasa kat pasar tani tempat aku ni.. Karipap tu besar.. RM2... Lepas tu, aku rasa sedap!!! Then bila cari lagi, tak jumpa orang yang jual tu... 

Tapi aritu, kau ingat tak yang aku citer pasal AKU SEGAN TU... Ha, kat situ kan aku citer pasal karipap kan? Sebenarnya aku dapat ras abalik karipap telur (kali ni versi orang lain plak) kat UPTOWN JALAN REKO KAJANG... Sedap!!!!!! Aku terus suka!

So, masa cuti ni... Aku cakap ngan mak aku yang aku nak makan karipap telur.. Maka, mak aku yang baik hati itu, berkolaboratif dengna mak usu aku untuk buat karipap.. Aku bab karipap ni, aku belum mahir lagi.. Cam penat jerk buat dia.. huhu..

Apa RESEPI KARIPAP TELUR?

Ala.. kau guna jerk resepi karipap biasa tu.. Tapi, telur tu BUKAN digaul sekali ngan INTI tau? Tapi telur tu kau kena rebus... Telur rebus tu plak aku, untuk sebiji aku belah 4... 1 belahan, aku masuk dalam 1 karipap sahaja.. Bermakna 1 telur rebus, dapat 4 karipap...Faham tak? 

Selain telur rebus, mak usu aku letak ayam cincang ngan daun sup!!! Rasanya, FUH!! MANTAP!!! Aku suka! Tapi bila makan, banyak-banyak rasa muak plak..huhu.. Ni rupa karipap telur!


Ni karipap telur itu!

Ni tangan mak aku yang gigih mengisi inti dalam karipap..huhu..


Tu jek cerita aku untuk hari ni.. Karipap telur ni tak boleh makan selalu.. GEMUK WEH!!!! Telur kan? huhu...

11 comments:

Vee Lea said...

Tengah tunggu daddy pulang bawak makanan, baca ni pulak. Aahhhh laaappaaarrrr!!!!!

Chic Na said...

tak pernah. allergic telur.

Cik Aied said...

terus rasa lapar mlm2 ni..haha

Nana Liena said...

cerita tu best + sedih..hhuuhu.tak pernah merasa lagi..huhu.. telur tnggi kolestrol..huhu

~didiey~ said...

tgk berulang kali citer tu..hihi..
xpernah mkn karipap telur tu..

zana fahmi said...

Arwah tok akak selalu buat dulu2. Skrg ni susah nak jumpa sb ramai org elak mkn telor (iye ke?) Balik Bangi nanti akak nak tengok kat jln Reko tu, betul ke sedap.

Cikgu Norazimah said...

macam best jer..hehe

cikgu azie follow kamu..jgn ler segan2 jengah ke blog cikgu azie

http://cekgunorazimah.blogspot.com/

iNsaN BiaSa... said...

karipap telur kat IKEA pun best jg !! try la nnt ~

Kuasai Minda said...

Nampak sedap le pula karipap telur tu...Nak kena try ni

Harmi Mohammad Jamil said...

Kena buka gerai kat bazaar Ramadhan nanti nih.. Huhuhu.. resipi mantap!

Lyeen De Syifa said...

best..bpleh cuba nnt.haahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails