Pergh..lama
tahap gaban sangat-sangat sebab lama tak update blog! Mana tak nyer!
Bosan memanjang..Yelah kan..Awal-awal sem..Busy aritu pun masa
pertandingan pantun.. Lepas tu, dah cam slow sket.. Maka, mood untuk
update blog semakin berkurang. Sebab? Gigih membaca novel.haha..
Ha,
kadang-kadang aku pelik tengok tanggapan orang. Bila lelaki baca novel
jerk, katanya macam perempuan?! Novel tu untuk kaum Hawa jerk ker? Dulu
aku pun fikir cam tu gak tau! Hahahaha.. Lepas tu, bila aku tengok,
member-member aku yang laki kat kampus ni, ramai jerk yang baca novel.
So, aku yakin yang membaca tu untuk semua. Lebih-lebih lagi kalau tengah
boring tahap gaban! Kan?
Alang-alang
meh aku nak citer sket novel apa aku baca masa cuti-cuti aritu... Tapi
ni bukan review tau, sebab rasa cam malas plak nak review panjang2 lebar
tu..huhu
1. Setia Hujung Nyawa
Kalau kau nak tahu, aku TAK PERNAH tengok langsung drama ni.. So, biler ternampak novel ni kat kedai buku area rumah aku..Aku pun cekau lah. Tapi bukan beli! Aku sewa! Seminggu RM 2.. Murah kan? huhu.. Best!
2. Kami dah kahwinlah!
Ni gara-gara mencari novel SSID tak jumpa2... Yelah kan, drama tengah hot, memang sah lah tak jumpa novel tu.. lepas tu nampak novel ni ala-ala cam lebih kurang jerk.. Aku cekau lah.. Oh yer, novel ni pun aku SEWA kat kedai buku area rumah aku.. Sekali ngan novel Setia Hujung Nyawa tu.. Citer dia pasal diowang kahwin sepupu tapi rahsiakan dari orang lain sbb nenek mereka tak suka kahwin sepupu.. Jalan citer simple.. But ok lah.. Untuk bacaan santai..
3. Mencari Jalan Ke Syurga by Hasliza Ismail
Novel ni marathon kan sebelum pergi Temasya Pantun aritu.... Ni gara-gara excited ngan Epilog Cinta Khirana lah ni.. Aku suka novel ni! Terbaik!! Lain dari yang lain.. Bukan jenis sweet2 like candy tu... Lebih Islamic sket.. Aku pernah review di sini dulu :)
4. Manikam Kalbu by Faisal Tehrani
Ya Allah! Novel karya Faisal Tehrani ni memang sangat bagus! Patut memang Tempat Pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP.. Serius terbaik! Cover dia comel sangat!!!! Agak kelakar membayangkan kucing tu bercerita! Kisah tentang baju! Semua pasal baju!Bila baca novel ni, rasa dapat ilmu baru tentang busana tradisional Melayu, kucing Madura, jenis-jenis kain dan macam-macam lagi lah! Terbaik!
5. Status Hati : Dia Milikku by Ayumi Afiqah
Ni baru aku baca aritu! Gigih membaca depan-depan lect..Nasib baik lect ok.. (jgn tiru style aku..tak elok..haha).. Novel ni orang duk kata agak klise, tapi bagi aku.Ok jerk.. nice.. Sweet.. Jalan citer dia menaik.. Takder part bosan! Ni blog novelisnyer.. AYUMIAFIQAH
Target aku lepas ni, even minggu depan bermulalah DUNIA PRAKTIKUM aku, tapi aku tetap juga gigih nak cari 2 novel yang aku memang aim nak baca!
1. MURTAD
Ramai kata novel ni best! Harus aku cari! dan sememangnya dah lama aku cari.. huhu
2. Calon Isteri Jutawan
Nampak cam best! Harus dicari jugak!!!! Kisah seorang wanita yang nak salah pergi interview.. Boleh plak dia masuk dalam interview untuk CALON ISTERI JUTAWAN..Padahal dia nak cari jawatan akauntan..Then, tak sangka plak terpilih ke final.. huhu..
Oh yer, korang tolong doakan aku dapat lakukan yang terbaik untuk praktikum FASA 2 di SK SEMENYIH yer.. Amin :)
7 comments:
Novel tu bahan bacaan jugak, so no harm. Sama je macam kalau tonton kat tv, sama jugak melalui jalan citer tu kan.. Bezanya hanya menonton dan membaca. V lama dah tak baca. Dekat setahun dah tak sentuh novel -.- Haha..
fiqqq!
karya faisal tehrani semuanya best2..
minat kat karya dia since form3 lagi heehheee
d mana ko sewa novel?
best nya laaa ada macam tu..
jeles.
cni teda wohhh..
tak salah org lelaki nak baca. sebenarnya bagi sy novel cinta melayu ni bagus untuk lelaki yg dah beristeri. yg belum pun boleh baca. tak salah pun. sebagai bahan bacaan untk isi masa lapang. untuk hilang stres. saya pun peminat tegar novel. apa salah baca novel sbgai hobi berbanding bt benda yg tak berfaedah macam tengk tv kea apa kea. kaan? :)
Karya yang macamFaisal tu OK kot...
Tapi kalau novel cintan cintun aku rasa tak sesuai
Murtad abang In ada jual,cikgu Fiq . hahahaa ...
cikguuuu fiq.....dah lama tak ziarahh sini....hehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya dan keluarga. Maaf Zahir batin
Post a Comment