Monday, December 19, 2011

KARNIVAL GEGARIA HARIAN METRO 2011 KLEBANG MELAKA | NAJWA LATIF SANGAT COMEL ! :)


Assalamualaikum.......

AMARAN!!!!!
AWAS!!! ENTRY INI PANJANG MACAM KARANGAN SPM!!!!!
(HIPERBOLA GILER!!!)


Wah...seperti yang dijanjikan semalam, kali ni aku tampil untuk bercerita tentang perkara-perkara yang aku rasakan menarik sepanjang berlaku di KARNIVAL GEGARIA HARIAN METRO 2011 di DATARAN 1 MALAYSIA KELBANG MELAKA.. (nama penuh aku bagi tu.. sasiapa yang letak nama anak panjang macam ni, mesti kesian anak kau nak tulis nama kat kertas exam.. huhuhuh)..




Ha, korang pun tahu kan, benda yang telah wat aku nervous seperti di entry SINI dan SINI, sebenarnya adalah disebabkan aku nak menyertai pertandingan bakat nyanyian METRO IDOL...hahhaha.. serius kelakar weh.. aku pun tak sangka yang aku akan menyertai pertandingan tu.. Hahahaaha.. Walaupun aku pernah bagitau yang WAKTU KECIK DULU AKU TERINGIN NAK JADI PENYANYI.. tapi tu masa kecik-kecik.. Masa vokal tengah sedap.. cehwah.. huhuhuh... Sebenarnya aku cadang nak nyanyi lagu english.. Aku dah siap bawak dua pendrive dari rumah.. Sebab apa aku bawak dua pendrive? Sebab untuk back up.. Manalah tahu tetiba pendrive rosak ker.. Ada lagi 1 back up.. Rupa2nya, pendrive tak boleh guna.. Tempat nak cucuknya tu, tak detect... OMK!!!!! ( OH MAK KAU!!!!).. Maka, dia beri 1 buku lagu untuk pilh lagu dalam tu.. Oleh kerana ramai tengah berebut-rebut nak pilih lagu kat buku tu.. Maka, aku main bantai jerk pilih lagu yang sempat aku capai.. hahhaaha.. Lagipun aku masuk ni sebab saja-saja jerk... Ala, suara aku bukan best mana pun... 


ni pentas nyanyian.. Yang aku bulatkan merah tu, peserta paling veteran.. Pakcik tu memang superb persembahan dia.. Best weh...

So, lepas dah nyanyi-nyanyi tu.. Aku ngan kawan aku tunggulah sampai dah nak maghrib... Aku ingatkan keputusannya lambat.. Rupa-rupanya keputusan diumumkan melalui SMS!!!!!!!!!!!!!! Pergh.. rasa sia-sia aku tunggu di situ!!!!! Dah lah naik kematu punggung ini menunggu.. Macam tunggu KUCING PAKAI SKIRT (peribahasa baru yer adik-adik) macam tu lah kenyatan yang aku hadapi..


Kucing sekarang ni tak main skirt kat pasar malam.. Kalau kau selak skirt kucing ni, mesti tertera jenama STABILO.. (eh, stabilo tu jenama alat tulis kan???) -_-`


Nasib baik kawan aku si USAID tu keje jadi CREW kat gerai metro tu.. Dia gak yang mesej aku.. Thanks usaid.... 

Alang-alang aku menunggu tu, macam-macam acara yang diadakan.. Bagus harian metro ni.. Pengisiannya sentiasa ada.. Mula-mula tu SHAHEIZY SAM (cam ni ke eja nama dia? ) dengan SYAFIE NASWIB datang.. Promosi filem SONGLAP!!!!  Syafie Naswib nampak lain lah.. Aku bayangkan badan dia tinggi.. Rupa-rupanya biasa jerk... Tapi, kecik-kecik cili padi.. Lakonan dia mantap...Aku suka tengok dia berlakon citer Mukhsin...

Pergh.. serius ramai peminat mereka berdua.. Kesian aku tengok mereka layan peminat untuk dapatkan tanda tangan dan bergambar.. Mesti penat seh.. Tapi, mereka sentiasa senyum.. Bagus..


 Yang bulat merah tu Shaheizy Sam.. Yang bulat purple tu Syafie Naswib.. Mereka sedang melayan peminat...


Lagi 1 aku nak puji cara mereka dan juga orang harian metro bagi cenderahati kat peminat.. Sangat sopan santun ok.. Even orang ramai, mereka tak main campak-campak tau.. Mereka bagi hand by hand.. Penuh sopan.... Siap senyum lagi.. Tak macam 1 event yang aku pernah pergi kat KL dulu.. Mereka bagi cenderahati campak-campak seh... Aku tak sanggup nak amik.. Rasa cam rendah sangat maruah masa tu kalau amik benda yang orang main campak-campak ni... Kalau kau, kau nak ker? Kalau aku tak nak...


lihatlah..betapa ramai yang serbu shaheizy Sam ngan Syafie Naswib.. mak cik yang baju pink tengah pandang kamera ni mesti bangga dapat masuk blog kan? huhuhhu.. Gurau jerk.. :)


 Apa yang aku perasan kat Shaheizy Sam dengan Syafie Naswib.. Mereka sangat bagus.. Aku start perasan cara bagi cenderahati tu kat Shaheizy Sam lah.. Syafiq Naswib pun sama...Penuh sopan dia bagi cenderahati kat peminat... Even ramai yang berebut-rebut, tapi dia bagi SORANG DEMI SORANG....Memang layak mereka itu menang anugerah... 


Zahiril dan Shera.. Comel pasangan ni..

Oh yer, Zahiril Adzim dan Shera Ayob pun ada.. Mereka promosi filem terbaru SESUATU YANG TERTINGGAL... Mereka sangat romantik ok.. Atas pentas main cucuk-cucuk pinggang.. Tak silap aku ada yang melatah.. hahhha.. Zahiril sangat kelakar.... Sangat lain dengan apa yang aku fikir tentang karakter dia bila baca blog ZAHIRIL ADZIM... Mereka juga sangat bagus melayan peminat... 

Tak kisahlah kalau korang nak pikir yang mungkin artis-artis tersebut cam berlakon untuk berbuat-buat baik.. Sebab bagi aku, buat-buat atau natural tu, itu yang kedua.. yang penting layanan yang mereka berikan tu yang harus kita terima..cehwah... huuuhhu.. Tapi, insyaAllah mereka ikhlas...

Ha, masa pergi surau plak, tetiba aku terjumpa seseorang kat surau tu.. Nak tahu siapa? NAJWA LATIF!!!! Serius sangat lain bila aku tengok dalam TV dengan kat luar.. Kalau kt TV aku tengok dia cam tembam sket, tapi bila kat luar plak.. SANGAT COMEL!!!!! Surau tu punya tirai antara lelaki dan perempuan just guna kanvas tau.. So, bila angin tiup, maka terselaklah surau wanita itu.. Nasib baik Najwa Latif dan pakai tudung waktu tu... Maka, aku dan kawan aku pun  tunggu di luar surau untuk amik gambar ngan dia.. Dapat gak... Nak tengok?



Aku ngan Najwa Latif mana lagi comel? Oh yer.. Aku ker? Ala..jangan lah jujur sangat.. Segan lah.. haahahah... Perasan giler aku.. -_-`


Masa nak amik gambar tu, akak najwa IQA LATIF tu nampak aku pakai baju BLOGGER.. So, dia tanya nama blog aku.. huhuhu..


Ni kat pentas utama.. Najwa Latif tengah nyanyi.. Tetiba elektrik terputus kottt.. Terus padam semua.. Lepas tu ada suara-suara sumbang yang macam nganjeng dia.. Kesian kat dia.. Jahat mereka itu.. Paperpown, Najwa pandai cover.. keep it up Najwa... :)

So, itu jerk lah cerita aku yang tak seberapa.. Walaupun korang rasa tak menarik, ADA AKU KESAH? huhuhuhu.. Sebab, saya dapat macam-macam pengalaman baru dan kawan baru.. Oh yer..aku pergi dengan adik aku, tapi kalau korang perasan, aku ada sebut AKU DAN KAWAN AKU...
Siapa KAWAN AKU sepanjang penceritaan aku kat atas?

Ha, kalau nak tahu, beliau ialah seorang blogger gak.. Aku jumpa masa kat pertandingan karaoke.. Dia yang tegur adik aku dulu.. Lepas tu baru tegur aku.. Aku kan pemalu.. Segan nak tegur-tegur orang ni.. Hahahaha.. Kalau budak kelas aku tahu yang aku cakap aku PEMALU, mesti mereka akan muntah darah.. Hahhaaahah.. 

Oh yer, ni blog kawan baru saya itu...


Sesiapa yang minat dengan MUSIC dan nak belajar main gitar, ayuh wat rombongan ke blognya ya...  :)


PESANAN:
Masa kat karnival tu, ada orang tanya tentang sola selidik pasal kanival tu.. Aku lupa nak bagitau, suruh tingkatkan PA sistem untuk METRO IDOL.. Termasuklah microphone yang macam #$%%%^^ dan juga pastikan boleh guna pendrive lepas ni..Tu jerk kot penambahbaikan yang perlu dilakukan... Yang lain OK.. Surau pun ada..  Alhamdulilah..  :)

10 comments:

zaty said...

amboiii diaaa..kemain posing dgn najwa latif.seronoklah tu.hee ;)

NANA NAZIRA.. said...

hahahahahahaha.. najwa latif ngn bodyguard dia ke tu???

emieysandra said...

wah..ambik gmbar ng najwa. klu akak ade kt melaka, konpem pergi sb nk ambik gmbo ng fiq! lalalaaa :P

minat sgt kt zahiril & shera tu =)

Admin said...

Fiq !
Macam adik beradik la plak dengan Najwa tu, hehhee..
Ramai orang, kalau kita g tu boleh pengsan, huhu

Latest Post:
1. Yang kau kahwin tu, kau pernah kahwin sebelum ni?
2. Lupakan cinta lama. Kau boleh?

Afie Khalid said...

nice entry.. satu pengalaman baru yg amat berharga.. ape pon lepas nynyi tu mmg lega gile r.. trus cari makanan kan hahahaha

LaLa mhdnor said...

best nye...

missyaya (: said...

fiqq ~ aq pegi melaka sbtu ahad tapi xpegii klebang ~ tsk . jao sket dri homestay ktwg , klebang x banjir ke ?

Widi Dede said...

ramai and best nih acaranya

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

sharul izam said...

comel najwa latif...seriusly dah g dah masa tue..tapi penuh sesak dan tak dapat den nak berasak2x ngan ramai orang...hahha...tgok pantai ar teman ni..haha

Unknown said...

fiq--
amboi2................. adik kak nie, patutlah lama tak nampak, rupanya dah join geng2 artis hehehe

jelesnya bergambar dgn najwa.
kalau kak duduk tengah2 pasti kak lagi besor.. hahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails