Saturday, December 22, 2012

KISAH HAND PHONE PERTAMA YANG AKU BELI! hehe

Assalamualaikum..

Dalam dua hari ni aku asik post pasal hiburan jerk.. Drama Cinta itu Milikku lah, Runtun Qalbu lah, perkahwinan Suki lah, perkahwinan Anne Ngasri lah, video Apex nyanyi lagu hindustan lah..Semua tu lah.. Ha, sekarang aku nak cerita pasal diri aku plak...

Semua orang pasti ada kenangan dengan hand phone masing-masing kan? Terutama hand phone PERTAMA kan? Kau nak tahu plak apa hand phone pertama aku? Aku sebenarnya pun ingat-ingat lupa kisahnya.. Tapi lebih kurang macam ni lah..

Masa aku form 2 dulu, aku memang teringin giler nak pakai phone weh.. Serius.. Sampai aku sanggup masuk pertandingan kat mana-mana majalah yang menawarkan hadiah hand phone.. Tapi tak pernah menang pun... Aku rasa masa tu even kau ada phone 33 SEPOSEN (3310) tu pun dah kira grand masa tu.. Sebab bukan semua orang ada phone masa tu..Right? Lagi lah grand kalau kau ada hand phone jenis SABUN, DAUN dan sebagainya..  Walaupun phone tu ayah kau punya, tapi kau feeling-feeling tu phone ko pun kira jadilah jugak... huhuhu..Korang tau kan jenis-jenis phone ni?


 yang kiri tu NOKIA DAUN.. yang kanan tu NOKIA SABUN...

Serius weh.. dulu aku sampai termimpi-mimpi nak beli hand phone.. Bila aku fikir balik sekarang cam bangang pun ada gak..hahaahah.. Naluri zaman remaja yang mahukan semua..hahaaha.. So, bila masa aku beli phone baru?

Masa penghujung FORM 3, Cikgu BM aku iaitu CIKGU MARIAM ada langsungkan perkahwinan kat Melaka. Dia jemput lah anak muridnya termasuk aku. So, kebetulan masa tu memang aku dah kat umah aku di Melaka ni, then plan lah dengan kawan-kawan aku kat Pasir Gudang tu untuk gerak sekali bila tiba dekat Melaka Central tu. So masa tu aku seingat aku, aku memang decide nak beli phone masa tu gak. Aku cakap ngan mak aku cam ni:

Umi, orang nak beli phone. Nanti senanglah kalau kawan dari Johor tu nak mesej bila sampai kat Melaka nanti. Orang nak pergi rumah Cikgu yang kahwin tu.

Hahahahaha.. Bila aku pikir balik cam kelakar plak alasan aku masa tu. So, mak aku pun bagi lah beli~!!!! Yahoo!!!!! Gigih tau aku pergi kedai dengan mak aku. Aku confuse sama ada nak beli hand phone Motorolla L6 or Nokia. Kebetulan masa tu, tengah famous plak lagu RIHANNA - UNFAITHFUL.. Aku cakap dengan orang kedai tu, boleh tak masukkan lagu UNFAITHFUL tu dalam phone nokia tu. Rupanya tak boleh seh.. Kalau nak masuk lagu, phone Motorolla tu boleh lah.. Tapi phone Motorolla tu takder memory card... Just limit around 10 lagu. Argh!! Sengal!! Lepas tu aku bandingkan design plak..So, pikir punya pikir.. Aku decide lah amik Nokia..Even nokia tu tak boleh masuk lagu, tapi aku tertarik dengan reka bentuk dia..Hhahaahaha..Lagipun masa tu memang mind set NOKIA lagi better dari jenama phone yang lain..haahahaa..

So, maka aku pun membeli lah phone Nokia tu.. Nak tahu phone apa?


NOKIA 3220
Atau orang panggil  NOKIA KACANG...

Lama tau aku pakai phone ni. Dari penghujung FORM 3 sampai aku masuk IPG... Sampailah 1 tragedi di mana aku ngan budak kelas aku kat IPG tu nak pergi rekreasi kat Sungai Tekala.. Masa tu plak aku naik motor.. Tapi hujan plak. So, basahlah phone aku tu dengan aku sekali basah.... Paperpown, phone tu banyak berjasa dengan aku...

Tu jerk lah cerita aku pada hari ini.. Apa phone pertama yang korang pakai?

20 comments:

hnahdy said...

form3 dah pakai hset. hana form5 mingu spm hana ingat lagi, abah belikan hana hanset. haha

ni entry pasal handset hana
http://onitsukahana.blogspot.com/2012/01/ada-apa-dengan-handset.html

p/s : skrang pakai samsung wave :)

SYASYA @ SYAHIRA NADIA said...

syasya pakaic phone bodoh2 jew..
macam cikguniq..tapi syasya respect coz than lama

Amirah Raduan said...

first guna nokia 3310.. kalau baling kt dinding pun tak pecah..best sgt hp tu tau... battry pon tahan jerrr

Unknown said...

hnahdy..

huhhuu..tu lah keinginan fiq dulu..huhu : )

Unknown said...

Syasya..

huhuhuh.. tu lah, alhamdulilah lama phone tu tahan.. :)

Unknown said...

Amirah Raduan..

tau xpew.. phone 3310 tu memang tahan.. :)

Nurfara Hani said...

first gune hp motorola kecik tu, tak ingat ape model. tu pon mak belikan lepas habis upsr. nangis2 nak hp,.

Unknown said...

fara hani..

wah.since UPSR dh pki phone..huhu :)

Farhana said...

haha..lawak seyh.. kene dapat result gembak2 baru bleh dapat phone..dulu nak pakai phone lawa2, skrg dapat yg biase pun xpe.. bukan buat ape pun

Faridzuan said...

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah ada handphone yang ori set, semuanya secondhand. Pernah guna handphone Sabun masa tahun 2009, tapi masa tu semua orang lebih banyak guna Sony Ericson. Sekarang hanya mampu pakai Nokia 5610 XM, secondhand kakak sepupu punya juga. Hmm tak apalah, asalkan boleh telefon, SMS dan dengar lagu, dah memadai. Nanti dah kerja beli handphone idaman sendiri pula. Ngeee. ^___^

Unknown said...

Farhana Razali..

hahaaha..selalu cm tu lah..klu result gempak, baru dpt phone.. :)

Unknown said...

Faridzuan..

takpew,, nnti dah keje bole beli phone idaman sendiri..aku pun cmtu gak.. just utk mesej, call dgr lagu, tgkap gambar tu pun dh memadai.. :)

Unknown said...

fon ptama saya 3310 je

Unknown said...

Rozuan Ismail..

standard ar phone 3310 tu..tahan lama beb.. :)

Akhelaken said...

haha alasan tak boleh bla~
start guna hp ms form3 dpt pun dgn hasil titik peluh sndri,sebelum tu feling2 hp ayah je.huhu..
xingat dah model jenis apa,yg pasti NOKIA la.. :)

Unknown said...

Akhlaken

hahahaaha..tu lah.penting alasan tu masa tu.,.huhu :)

Anonymous said...

Wah fy pnah gak pakai hp ni dlu,. Tahan lama juga ah!

Unknown said...

Fyfy Liew

wah..sama lah kita.. mmg tahan lama :)

Siti Nur Farhana said...

xde phone sendiri..semua mesti guna yang abah dah xnak guna..first yime masa form4..lepas tu kena curi..form 6 baru gune phone..tu pon abah punya lagi..haha

Unknown said...

Siti Nur Farhana..

wah..xpew, aslkn phone tu boleh mesej n call pun dh cukup :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails