Thursday, September 27, 2012

HANTU CHOKI-CHOKI

Assalamualaikum..

Pernah makan CHOKI-CHOKI tak? Ala, coklat yang panjang then, kalau nak makan tu gigit hujung dia dan tolak coklat tu dari bawah untuk masuk ke dalam mulut kita... Ha, pernah makan kan? Saper tak pernah makan tu, kau pergi amik mop lantai, lepas tu mop muka kau sendiri sebanyak 3 kali sehari.. ( OK TAK LAWAK..)

Ha, aku sekarang rasanya dah menjelma jadi HANTU CHOKI-CHOKI.. bukan hantu betul dalam citer pontianak harum seluar dalam ker, pontianak mencarut ker, or semua citer hantu dalam dunia ni, tapi HANTU yang aku masukkan adalah perasaan kemaruk aku dengan coklat choki-choki ni...

Kenapa dipanggil hantu ae? Ntah lah, kan selalu orang gunakan istilah HANTU MAGGIE (orang yang kemaruk ngan maggie) dan seumpanya dengannya...


 Aku suka perisa double ni..iaitu SUSU+COKLAT.. sedap..
picture credit: SINI


Sekarang ni, aku sangat suka makan coklat ni... Lebih-lebih lagi kalau tengah online lappy atau tengok drama MARA CLARA!!!!!! Ataupun tengha menghadiri kursus yang agak-agak boleh menyebabkan rasa mengantuk yang kritikal... Maka, choki-choki ini amat sesuai pada waktu sedemikian.. hahaaha..

Walaupun nampak macam tak matang sebab asik menggigit choki-choki tu kat mulut, dan terjuntai-juntai kat bibir, tapi...ADA AKU KESAH? huhuhu..

 perisa coklat asli pun sedap...
credit picture : SINI

Kalau kat kedai-kedai, selalunya jual RM1.. ok lah tu.. Tapi, ada jugak yang jugal RM 1.20 lah, RM 1.40 pun ada gak kot.. Kurang hajar sangat.. Dah lah aku suka beli banyak-banyak pek nya... Aigoo...
Ada orang suka makan dengan roti, bubuh dengan biskut, kalau aku plak, suka makan cam tu jerk.. Tapi, kena pastikan ada air masak kat sebelah untuk penghilang rasa manis coklat tu...

Aku rasa sekarang ni, budak kelas aku pun dah ramai suka makan benda alah ni.. Jadi, ada tak antara korang yang suka makan coklat ni? Cer citer........

pssst: Esok aku pergi SUNGAI PELEK untuk program khidmat masyarakat (MELUKIS MURAL)...Doakan keselamatan kami dan mural yang kami lukis menjadi yer.. Amin.....



Wednesday, September 26, 2012

DRAMA ADAM DAN HAWA | DEMAM MELANDA ROOMATE SAYA

Assalamualaikum...

Drama ADAM dan HAWA di saluran ASTRO MUSTIKA HD kini melanda orang ramai.. Tu dah lama dah aku tahu.. Tapi sekarang dah mula melanda roomate aku lah plak.. hahhahaah... Mentang-mentang tinggal KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) jerk.. So, gigih tengok drama tu.. Hahahaha..
Sekarang ni dah ada saMpai episod 16 rasanya pada dia.. Lepas ni mesti bertambah2 lagi..



Masa tengah tengok drama ADAM dan HAWA, bila update jerk status facebook, terus meningkat status LIKE di situ..

Contoh:

"minum milo panas sambil tonton ADAM dan HAWA.."

terus 100 orang like (hiperbola giler..)

huhuhu.. Mantap sangat.. So, sesiapa yang tengah tengok drama tu, updatelah status, mesti ramai yang like...huhuuhh...

So lepas ni, aku pun nak jugak lah rasa demam drama ni... huhuuhu :)

Monday, September 24, 2012

GERAM TENGOK MARA CLARA !!!!

Assalamualaikum........

Siapa di sini tengok drama bersiri filipina MARA CLARA???? Drama ni bersiaran setiap Isnin sampai Khamis pukul 3.00 petang..


Citer ni mengisahkan tentang MARA dan CLARA yang ditukarkan semasa kecik.. Kesian mereka, bila dah sekolah menengah tu, baru lah tahu kebenaran yang family diorang bertukar.. Si CLARA ni selalu cemburukan MARA.. Sebab MARA pandai dan ada laki suka kat dia.. Clara sebenarnya suka kat laki tu... Ha, yang menggeramkan CLARA lagi, bila dia dapat tahu yang sebenarnya dia berasal dari keluarga miskin (MARA).. So, parents dia sekarang sbnrnya ibu bapa kandung MARA.. Mengamuk lah dia.. Lepas tu dengan ada watak GARY yang kurang hajar tu lah.. Ada plak nak main bom-bom MARA.. nasib baik MARA diselamatkan oleh salah seorang penculik tu... Then penculik tu plak mati.. Dah lah masa tu, semua ingat mayat yang ditanam tu mayat MARA, padahal masa tu MARA sedang dijaga oleh budak laki yang suka dengan dia tu... Fuh, sebenarnya panjang lagi part dia.. Tapi, tu jerk lah kottttt aku citer.. Sorry.. huhhuhu..

Dalam citer tu, banyak adegan yang best2.. Masa kat sekolah.. dan yang paling aku geram, watak pompuan ni.. Mesti dia rasa dia cantik...



Ha, aku sebenarnya dah around 2 minggu tinggalkan citer tu sebab fokus kat assignment.. So tadi baru dpt tengok..



Ni lah GARY... 

GERAM!!!!!!
tu jerk yang mampu aku cakap..
Sebab apa geram?
1st sebab GARY yang kurang hajar tu.. ARGH!!! geram..
2nd plak sebab tadi masa adegan kat mahkamah tu, tetiba TAKDER SUBTITLE plak.. Memang lah aku ni faham bahasa FILIPINA kan? Aigoo.... Nasib baik lah dah nak hujung2 sket tu, baru ada subtitile..
Ha, ni lah budak laki yang sukakan MARA tu.. Namanya CHRISTIAN...

Ha, sebenarnya citer ni dari NOVEL.. Pernah ditayangkan masa tahun 1992 kalau tak silap aku.. Yang tengah2 pregnant tu pelakon lama drama tu... yang kiri tu CLARA.. yang kanan tu MARA...

So,
agaknya apa jadi esok ae.. Geram ni. geram...

Sunday, September 23, 2012

MAJLIS SAMBUTAN BESDAY ROOMATE SAYA !!!!!

Assalamualaikum...

19.September merupakan hari lahir rumate aku yang ke-23...MOHAMAD AZMAN AZAHAR.. ( Untuk yang tidak tahu, aku duduk dengan senior final year... ) Wah, dah menjadi tradisi aku dan kawan-kawan aku, setiap kali ada besday antara ktorang, mesti ktorang akan sambut..

Konsep kali ni cam biasa.. BUAT-BUAT TAK INGAT WISH... Hahahaah.. Aku tak wish langsung malam tu.. Lepas tu budak2 ni boleh plak sebut dalam bilik aku pasal besday tu.. Aigoo..  Lepas tu, masa malam sebelum nak sambut tu, rumate aku boleh plak tunjuk mesej salah sorang kawan dia yang wish besday dia... Aigoo.. Baru nak wat suprise... So, untuk cover, dengan muka yang cam pemenang anugerah pelakon terbaik Anugerah Skrin, aku pun wat2 ingat masa tu gak.. Lepas tu aku cakap,

 Sorry bang.. tak sempat nak sambut.. hadiah pun tak beli...

Dia kata, TAKPEW.. Doa kan abang pun dah cukup.. (gitew skali..masa ni serius nak gelak kuat2.. tapi tahan...)

Then, bila tiba waktu majlis, barulah ktorang jemput dia pergi tempat berlangsungnya majlis.. Ktorang cakap, PAKAI BAJU KOTOR.. NAK BAGI TELUR, TEPUNG, bla..bla..bla..
Dia pun beria pakai baju hitam.. huhuhhuh...

Akhirnya sampai kat majlis.. Tak buat apa2 pun.. Huhuhu.. Cuma lepas makan-makan, ktorang buat game KOTAK BERACUN.. Hahahahaah..cam2 hukuman kena.. Cam siooooooooooot... Paperpown, majlis malam tu still best walaupun  esoknya nak hantar assignment, tapi still reserved waktu tu untuk majlis tu..

SELAMAT HARI LAHIR ABANG MAN!!!
SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI..Amin...

Meh tengok gambar!!!!!

 Banana Coklat Cake Secret Recipe kegemaran rumate aku...

 Besday girl..Eh salah..Besday boy...

 Dari kiri : Abg didi (Sem 6 math), Abg Zaki Som (Sem 8 Kajian Sosial), Ustaz Fakhrul ( Sem 8 Pend Islam), Besday boy ( Sem 8 Kajian Sosial),Ustaz Azri (sem 6, Pend.Islam) Naim Sahari dan Aku ( Sem 4, BM) dan Zuhair ( Sem 4 kajian Sosial sedang mengambil gambar..)

Yeah.. Sedang memotong kek... Rsanya tu bukan tangan besday boy.. huhuhu..

Paperpown, malam tu sangat meriah..  huhuhhu :)


pssst: Masa beli kek tu, akak kedai tu tanya, DIK, NAK LETAK LILIN TAK? Ko tau kawan aku cakap aper? TAK NAK KAK, YAHUDI SEMUA TU.. terus senyap akak tu.. huhhuhu :)

Friday, September 21, 2012

THE WINNER OF ASIAN WAVE 2012 | TAHNIAH SHILA AMZAH

Assalamualaikum...

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012.. Mesti ramai dah tahu kan, atau pun ada yang tak tahu.. Tapi, tak kisah lah, yang penting akur asa nak post juga dalam blog ni..

Wah, mantpa lah Shila.. Masa dia nyanyi pun, aku tengok juri-juri tu suka ngan dia.. Lebih-lebih lagi yang rambut putih tu.. Huhuhu..

Kalau korang nak tahu, Shila Amzah masa final malam tadi telah menepikan lima peserta peringkat akhir lain yang datang dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Masa final tu, Shila bawak lagu Grenade (Bruno Mars),Gemilang dan lagu Mandarin, tak silap aku Zheng Fu tajuk dia..

Meh tengok video ni.. best dia bawak lagu Grenande ngan Mandarin tu.. Walaupun yang lagu Mandarin tu aku tak faham, tapi aku dapat rasakan feel dia..



Tahniah Shila Amzah... :)

PERTANDINGAN NASYID, TILAWAH DAN SYARAHAN AGAMA PENGAKAP DI TANJUNG LABUH JOHOR

Assalamualaikum....

Hari ni geng-geng PENGAKAP IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM telah bergerak ke Tanjung Labuh Johor untuk menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid yang dianjrukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor..

Kawan aku yang masuk nasyid tu citer, katanya hanya IPG kami jerk yang merupakan satu-satunya wakil IPG yang join.. Wah, mesti mantap kan.. Mereka kena berentap dengan budak2 sekolah dan sebagainya.. Huhuhu..

Paperpown, semoga mereka dapat lakukan yang terbaik..
Amin......

p/s: Takziah untuk kawan sekelas aku iaitu Marsiah Senin kerana baru sahaja kehilangan ibunya pada awal pagi tadi.. Semoga roh ibunya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah...

Thursday, September 20, 2012

BAUR

BAUR
nukilan : Ahmad Fikri Ab. Rahman

Saat ini,
fikiran aku jadi semacam,
hati ku rasa tak tenteram,
bila ditanya mengapa,
tidak ku temui jawapannya.

Semua perasaan menjadi satu,
serba salah, tak menentu,
terasa diri ini dibelenggu,
kadang kala resah datang bertandang,
duka juga berkalang,
bercampur baur.

Argh,
malas aku fikirkan,
biar hari ini jadi pengorbanan,
esok jadi pertualangan,
demi satu hasrat, satu tujuan, satu tekad,
bukan PLKN yang dimaksudkan,
tetapi satu perkataan yang menjadi ketakutan,
ASSIGNMENT!!!!!

Chaiyok2 untuk ESOK!!!!!!!!!!
Pray for me ok!! :)



p/s: Argh!!!!! tak pernah ras acam ni bila buat assgment, tapi kali ni jerk rasa... Aigoo!!! Korbankan waktu tidur petang!!!!

Tuesday, September 18, 2012

PERNAH MAKAN WAFFLE STOP? WAFFEL SAIZ BESAR!

Assalamualaikum...

Saja mengisi kekosongan masa..(Padahal tak kosong pun..).. Sebenarnya, baru jerk edit TRANSKRIPSI FONETIK.. Pergh.. naik berpinor mato den... Huhuhu.. So, alang2, bukak blog kejap.. huhuhuh..

Ha, hari ni nak citer pasal WAFFEL SAIZ BESAR!! Saper pernah makan? Aku beli waffle ni kat WAFFLE STOP ALAMANDA (dalam FOOD COURT)..

Mula-mula tu memang tertarik dengna rasa dan bau dia.. Mengancam bro.. Serius... So, aku ngann kawan2 aku, termasuk rumate aku sendiri, menggedik lah beli benda alah tu.. Sementara menunggu masa nak tengok wayang..

Aku ngan rumate aku amik WAFFLE yang harga RM10 tu.. Aper ntah nama dia.. Tapi, ada 2 aiskrim, biskut chipsmore, krim coklat, pisang dan apa ntah lagi.. Ni gambarnya..

Waffle aiskrim yang sedap!

Kawan aku plak si Zuhair tu amik perisa buah-buahan.. Aper ntah namanya.. Kalau kau nampak yang nama FRUIT tu, itu lah kott.. Ha, itu harganya RM 9.50..
Ada 4 aiskrim, krim blueberry, buah aprikot (kalau tak silap aku), krim strawbery, krim coklat, buah pisang kalau tak silap aku..

Waffle buah-buahan!!!!

Tetiba aku rasa cam lagi untung beli yang dia punya waffle plak..huhuhuh...

Tapi!!!!!!1
Setelah beberapa minit!!!!
Tekak aku rasa loya!! Sangat!!! Sebab benda alah tu manis kan... Lepas tu tamak nak makan sorang2.. last2 loya.. Nasib baik aku dapat habiskan.. Rumate aku just makan setengah cam tu jerk..

So, pengajarannya di sini, kalau korang rasa nak makan benda alah tu, jangan tamak sangat.. better kongsu dua.. Lagi untung.. Tak lah loya sangat!!!!

Paperpown, korang mesti try waffle tu.. Sedap!!!!!! :)

Sunday, September 16, 2012

AKU DIMALUKAN DI ALAMANDA!!!!!!!!!!

Assalamualaikum....

Segan.. serius segan. bila teringat balik.. Mestir asa nak tersenyum pun ada, segan pun ada dan rasa  nak masukkan kepala dalam lubang jamban, lepas tu pam dua kali pun ada...

Nak kata aku dimalukan oleh orang lain pun tak, nak kata aku memalukan diri sendiri pun tak.. Haish.. mungkin bagi korang perkara ni cam biasa jerk... benda kecik jerk kotttt.. Tapi, bagi aku, malu tetap malu!!!!! SEGAN!!!!

Camni citer nyer...

Semalam, aku ngan kawan2 aku tengok RESIDENT EVIL 5 kat Alamanda.. Ktorang pergi naik moto.. So, kawan aku ni bonceng aku.. Masa balik pun cam tu jugak.. Nak dijadikan cerita, kan dekat mesin nak cucuk kad sebelum keluar dari Alamanda tu kan ada bonggol..  Bonggol tu plak tinggi nyer mengalahkan banjaran titiwangsa.. Aku rasa kalau ada pertandingan siapa paling tinggi, mesti kalau banjaran titiwangsa tu nak jadi peserta, aleh-aleh bila dia tahu bonggol kat alamanda tu masuk, terus dia tarik diri.. (OK TAK LAWAK..)

Ha, lepas tu plak, masa tengah banyak2 kereta tu, kawan aku menyelit lah untuk pergi kat tempat kad untuk motor plak.. Then bila nak lalu kat bonggol tu.. Kau tahu apa jadi? Mesti kau teka aku jatuh kan?Astaghfirullahalazim.. Mana ada jatuh.. Alhamdulilah tak..Tapi, moto kawan aku tersekat.. Tak boleh nak lalu bonggol tu.. Lepas tu, aku plak sengal, boleh plak main henjut moto tu ke depan sebab aku malas nak turun.. Still tak boleh.. Aku rasa orang dah mula pandang aku masa tu.. Last-last aku turun  dari motor.. Lepas jerk aku turun, terus motor tu boleh lalu.. ARGH!!!!!!!!!! SEGAN sangat!! Aku rasa dah macam kes artis-artis bercerai baru keluar mahkamah plak.. Naik jerk balik motor tu terus tutup muka... SEGAN!!!!!

Tu jerk lah citer aku malam ni.. Kepala aku ni tengah memikir idea untuk wat INOVASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI.. Siapa ada idea? Meh tolong aku.. Assgment ni nak hantar dah ni.. Risau plak... Doakan aku dapat idea yang bernas yer.. Amin... :)


Friday, September 14, 2012

REVIEW FILEM RESIDENT EVIL 5 ( RETRIBUTION)

Assalamualaikum...

Siapa di sini yang dah menonton filem RESIDENT EVIL 2012 (RETRIBUTION)???? Sebenarnya, aku tak berapa nak sangat tengok filem ni sebab aku tak mengikuti dari siri 1 sampailah 4.. So, takut macam blur-blur dalam wayang.. Tapi tadi, memandangkan citer tu jerk yang nampak cam best.. Maka, aku ngan kawan2 aku pun menonton lah filem tu...

PERINGATAN!!!

Lagi elok kalau mengikuti dari siri 1 sampai 4, sebab baru feelnya bertambah bila tengok filem ni.. Kalau tak, jadi cam aku, seronok memang seronok, tapi rasa cam blur sket-sket...

Kelebihan citer ni..


Bagi aku, aku suka part kejutan dalam filem  ni.. Aku rasa kalau pakai 3D lagi gempak feel korang.. Sedang aku yang tengok jenis biasa pun dan mencarut tadi bila terkejut, ni kan pulak ditambah dengan efek 3D, mesti lagi mantap..

Permulaan cerita, watak utama (ALICE), cerita balik secara ringkas apa yang terjadi terhadap dia sampailah ke season 4 aku rasa.. Lepas tu baru aku start faham sket2... Nasib baik ada penerangan sket.. huhuhh..

Aksi yang mantap.. Pergh.. masa dia lawan ngan makhluk2 puaka tu, aksinya memang mantap.. Lepas tu ditambah dengan ZOOM IN tulang patah.. Pergh.. terasa beb...

 Dan macam2 lagi lah yang menarik... Lagipun filem ni memang pecah panggung pun.. So, best gak lah..

Kelemahan..

Aku tak berapa suka tengok ending dia.. Aku merasakan seolah-olah tengok drama berepisod... Mungkin itu memang style filem ni kot... Patutlah setiap season ada jerk penonton setia.. huhuhu..

Lagi satu bagi aku, gabungan Alice ngan Ada Wong cam tak beraka kena lah.. Lagipun sekejap sangat mereka beraksi bersama.. Aleh2, Ada Wong tu kena tangkap.. Aigoo...

Lain-lain kelemahan, hurm,.. ntahlah.. Aku pun tak pasti.. Sebab syok sangat tengok aksi dalam citer ni.. huuuhuh...

Paperpown, filem ni memang sesuai untuk korang tengok... Tapi tak boleh untuk 18 tahun ke bawah yer.. Aksinya sangat melampau... Kalau korang memang peminat setia filem ni dan dah follow dari episod first, memang korang WAJIB tengok filem ni.. Tapi, kalau jenis macam aku yang baru PERTAMA kali tengok kat wayang, aku just kata MESTI TENGOK.. sebab, walaupun korang cam blur sket, tapi korang tetap akan terhibur dengan aksi yang pelbagai dalam citer ni.. So, aku just bagi 8/10 jerk... dan di COP sebagai MESTI TENGOK!!!!!!

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PBSM IPG KPI

Assalamualaikum..

Wah... maaf sebab lama tak update.. aku baru jerk balik dari PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM di IMPIANAN COUNTRY RESORT HULU LANGAT SELANGOR... Ha, hajat hati nak update skali pasal perkhemahan tu, tapi memandangkan kawan aku belum transfer gambar lagi, so tak dapat nak update pasal citer tu..

So, arini aku nak citer pasal salah satu acara tahunan PBSM setiap kali CAMPING iaitu PERTANDINGAN MELUKIS POSTER... Selain daripada aktiviti pertolongan cemas, balutan, usungan, masakan rimba, kembara dan sebagainya, PBSM jugak menganjurkan pertandingan melukis poster..  Aku bila dengar pertandingan macam ni, memang aku suka... Seronok sangat..

Pertandingan ni dilakukan mengikut kumpulan.. Tema yang diberi adalah:

KESEJAGATAN..
(Kesejagatan merupakan salah satu prinsip dalam PBSM yang membawa maksud peranan PBSM sebagai pergerakan antarabangsa yang memberi bantuan tanpa mengira bangsa, kaum atau agama)

So, ni antara gambar yang sempat aku amik...

Salah satu perkara yang aku suka tentang grup aku, kami sangat bekerjasama.. Semua rajin dan pandai mewarna.. Tengok mereka tu.. Gigih!!!!

 Sempat lagi nak bergambar.. kawan aku yang baju merah tu tekun mewarna...



Maka, kini sampailah masa yang ditunggu-tunggu.. Keputusan Pertandingan Melukis Poster PBSM, tempat kelima:


 Aku mula-mula ingatkan kumpulan ni juara.. Kalu kau tengok life memang cantik... Ton warna untuk setiap situasi bencana memang menjadi.. Macam guna software ADOBE PHOTOSHOP plak.. huhuhu...
Tapi, juri kata lukisan ni tak melambangkan kesejagatan, tapi kemanusiaan... Tema poster adalah kesejagatan..

Tempat keempat:

 Cer tengok logo poster tu.. cantik kan? Masa melukis logo, kumpulan ni terbaik tau...

Tempat ketiga:


 Xder gambar.. lupa nak amik.. AKu suka idea poster tempat ketiga tu..


 Naib Johan:

  ni belum siap lagi ni.. background dia warna kuning pekat.. sangat menyerlah warnanya bila dah siap....

dan JOHAN disandang oleh :


 Kumpulan aku!!!!! 
Alhamdulilah.. Aku ingatkan kumpulan yang dapat tempat kelima tadi menang.. Lukisan dia cantik.. Paperpown, tahniah dan syabas diucapkan buat semua peserta dan juga ahli grup aku.. Tahniah!!!!! korang memang terbaik!


psssssst: Lepas jerk pertandingan melukis poster ni, aku semakin faham apa itu yang dinamakan prinsip kesejagatan dalam PBSM.. bagus pertandingan ni.. Aku sokong!!!!! :)

Friday, September 7, 2012

ESOK KENA GANTI PBS (PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH)

Assalamualaikum..

Entry Ringkas...

Masa sebelum raya aritu, aku wat PBS kat SK MASJID TANAH.... PBS tu plak just buat 3 hari jerk... So, aku pun happy lah...
Then, lepas raya aritu, IPG INDUK kalau tak silap aku, keluarkan surat.. Katanya, KENA GANTI BALIK!!!!!!!

Maka, esok beria-ialah aku dan geng-geng kelas aku pergi sambung balik tarikh ganti tu....
Kali ni, kami dapat di SK JALAN BUKIT (1) KAJANG.. kat depan KOMUTER KTM KAJANG!!!!!!!
Huhuuhuhhu..

So, esok doakan kami yer.. AMIN.. :)

Saturday, September 1, 2012

REVIEW FILEM THE POSSESION | RASUKAN KOTAK PUAKA

Assalamualaikum...

The Possesion merupakan sebuah filem yang berdasarkan kisah benar... Kisah ini seakan-akan seperti kisah The Exocism of Emily Roses.. Tapi filem THE POSSESION ni masih ada keunikan tersendiri...


Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang membeli sebuah kotak dari jualan murah.. Dia tidak tahu bahawa kota tu merupakan kotak puaka yang mengandungi roh sesat yang sangat bahaya.. Apabila dia bukak kotak tu, dia telah memakai sebentuk cincin. Tanpa disedari, semakin hari perangainya berubah dan tidak menjadi seperti dirinya sendiri.. Perkara menjadi lebih teruk apabila muncul kupu-kupu pelik dalam bilik, tangan dalam mulut, dan macam-macam lagi lah..


kotak puaka....


Kelebihan :

Pergh.. citer ni serius best.. Aku suka... Walaupun ala-ala citer melayu dengan ada kotak dan cincin puaka, tapi kita still lagi nak tengok citer ni sebab kehebatan pelakon yang melakonkan watak budak perempuan tu... Serius mantap...

Ditambah pula dengan adegan masa budak perempunan tu dirasuk, adegan dia pukul budak laki kat sekolah dia.. Pergh.. dia sangat sayang ngan kotak puaka tu sampaikan sapa yang sentuh akan terima padah...

Filem ni mengangkat institusi kekeluargaan.. Walaupun ibu bapa dia dah bercerai dan ayah dia dapat tawaran kerja di luar negara, tapi kegigihan ayah dia untuk bantu anak dia sangat mengharukan.. Memang terbaik lah....

aku suka adegan kat sini...

 Kekurangan :

Kekurangan citer ni bagi aku, unsur seram dia tidak diselitkan banyak.. Tapi, sela masa antara babak seram dengan babak biasa tu still tak boring sebab kita tertanya-tanya apa yang berlaku pada budak perempuan tu.. Adakah dia selamat? Dengar cerita ayah dia berbicara dengan setan tu untuk gantikan diri dia.. Dpat dia dia tukar ganti antara nyawa dia dan anak perempuan dia?

Oh yer, lagi satu citer ni ada tunjuk upacara ritual kaum Yahudi untuk halau setan.. Jangan terpengaruh sangat yer.,. Ingat!!! Walaupun citer ni berdasarkan kisah benar, semua yang berlaku tu tetap izin Allah S.W.T..

Paperpown, korang kena tengok filem ni... Aku bagi 9/10....
dan diCOP sebagai MESTI TENGOK!!!!!!!!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails