Saturday, June 29, 2013

GULA-GULA UDANG

Assalamualaikum..

Tetiba datang mood nak imbau zaman kanak-kanak..Heheh.. Acctly, masa pergi Temasya Pantun aritu, lect aku baru balik dari Pangkor..Then dia bagi lah ktorang makanan dari Pangkor. Lect aku isi dalam 1 beg... Tapi sayangnya tak sempat nak kongsi ngan kawan-kawan aku yang lain..Masing-masing busy ngan pertandingan kan..

So, sekarang ni, makanan tu ada kat aku.. Mula-mula tu aku bayangkan benda macam satay ikan, sotong ker, lebih kurang macam tu lah..Sekali bila bukak, ad GULA-GULA UDANG!! Wah, terus teringat! 1 plastik plak tu..Evn dah terbuka, tapi still banyak lagi...

Hahahahaha..Terus teringat zaman dulu-dulu..Yelah kan, salah satu keunikan gula ni ialah plastiknya boleh dimakan!!! Memang masa kecik-kecik dulu suka betul mengunyah plastiknya.. motipppp sangat!! Ntah apa yang best, aku pun confuse..Tapi tu lah, rasa keterujaan tu yang buat orang suka...

Lagi 1, dulu aku bayangkan gula-gula tu perisa udang..Tapi sebenarnya kacang semata kan? Udang tu sekadar jenama aku rasa.. Ntah..AKu rasa lah..Kalau aku salah, tolong betul kan..huhu..

Btw, makan gula tu memang imbau kenangan lalu..Cehwah..Nak main imbau-imbau plak kan? Korang pernah makan gula-gula udang? :)


credit to: SINI
 
pssssst: Sekarang rasanya ada yang jual dalam paket warna merah tu ae? 

yang penting, tak sabar nak tunggu EPISOD AKHIR SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!!!! episod 12 bagi aku a little bosan..kan? huhu.. (tetiber..padahal takder kaitan pun dengan gula-gula udang! haha...

Friday, June 28, 2013

WAJARKAH AKU BERPATAH?

Assalamualaikum...


Hatiku rapuh,
lingkup,
rungkup,
tertangkup,
menjadi satu rasa,
yang suka dimengertikan.

Aku tertanya,
mengapa dia wujud di dunia?
Sedangkan umur melebihi kepala,
tapi minda serendah kasutnya.
Kelakar,
sungguh kelakar.
Mungkin dia rasa aku akan terkesan!
Terkesan dengan lagaknya mungkin?
Padahal aku sendiri kasihan,
Melihat dirinya,
seakan terkapai-kapai di lautan hina,
yang penuh dusta!

Aku percaya,
tiada ruginya aku dan dia begini.
Kerana aku juga tahu,
ramai orang juga begitu,
bagai hati dicucuk sembilu,
terasa jelek melihatnya.

Kaki ku kini berselirat,
akar-akar nista dan hina seakan melingkari betis ku,
kekar kukuh memautku,
aku merasakan,
langkahku semakin dekat,
menuju ke lembah kebencian.

Wajarkah aku berpatah?


12.43 pm
28/Jun/2013
Jumaat
Bilik ISO IPG KPI,
~ketika aku sedang menunggu~

Wednesday, June 26, 2013

TEMASYA PANTUN DAN DONDANG SAYANG IPG MALAYSIA 2013

Assalamualaikum...

Hai semua!!! Apa khabar?! Lama tak dengar cerita.. Aku baru jerk balik dari TEMASYA PANTUN DAN DONDANG SAYANG IPG MALAYSIA 2013 yang berlangsung di IPG KAMPUS BAHASA MELAYU...

Secara jujur, aku sangat seronok berada dalam pertandingan ni.. Waktu mula-mula pergi tu aku `tak der jiwa` langsung.. SERIUS! Yelah kan, sebab ni KALI PERTAMA aku masuk pertandingan pantun..Masa sekolah dulu lagi tak pernah.. Lepas tu pulak, pertandingan kali ni berbentuk SPONTAN!!!!! Spontak ok! Bukan SPONDAN! Hahahah.. Kita kena berkomunikasi dengan partner kita tentang tema yang diberi dalam bentuk pantun...


Pasti RINDU dengan MEREKA!!!!!

Alhamdulillah aku berjaya melayakkan diri ke PERINGKAT AKHIR! Waktu nama aku diumumkan tu, aku rasa nak menangis sangat!

Partner aku masa peringkat saringan tu pun dapat pergi FINAL.. Yang paling best, dia dapat NAIB JOHAN.. Dia memang terbaik.. Buat pantun yang bukan-bukan laju jerk.. Even macam kedengaran sedikit lucah, tapi juri kata itu satu kelebihan sebab bijak gunakan bahasa dalam berpantun... Hahahaa


 Partner aku masa saringan.. Dia dapat NAIB JOHAN masa final tadi...

Masa saringan, kami dapat tema PEMBANGUNAN NEGARA.. Partner aku IRSYAD dari IPG RAJANG...Situasi berkomunikasi berlaku di BUS STOP.. Sambil tunggu bas, sambil tengok ragam manusia tentang negara, sambil tu berpantun.. Ramai penonton tergelak.. Alhamdulilah..huhu



 Masa ni time final.. tengah tunggu KEPUTUSAN...


Masa ni tengah-tengah bergosip..

Peringkat akhir plak menemukan aku dengan Hafizi dari IPG PERSEKUTUAN PULAU PINANG.. Kami dapat tema WARISAN KEBANGSAAN.. Situasi plak berlaku di kedai kain..Sebelum beli kain, kena jual beli pantun.. Hafizi dapat TEMPAT KETIGA.. Aku plak alhamdulilah tempat KEENAM.. Tapi aku still bersyukur sebab tu semua rezeki..Lagipun ni 1st time aku masuk...


Ni lah Hafizi.. Partner aku masa final tadi.. Dia dapat tempat ketiga
Secara jujur, kami lagi suka persembahan kami masa saringan..Dia dengan partner dia..Aku plak dengan Irsyad dari IPG Rajang tu..  Masa final tu rasa kurang menyengat sket.. Huhuhu..Paperpown kenangan kat sana sangat best!

Kami keluar berjalan pergi Mid Valley..Teman kawan aku berlatih dondang sayang kat RED BOX!! Motip tak? Hahahah.. Lagi 1, bila mandi sama-sama jerk, mesti menyanyi.. Sorang menyanyi, yang lain akan sambung.. Serius best!

Ok, ni keputusan..Nak tengok?
Kategori Pantun

Johan : IPG Kampus Bahasa Melayu
Naib Johan : IPG Rajang (Irsyad)
Ketiga : IPG Persekutuan Pulau Pinang ( Hafizi)
Keempat : UIA
Kelima : Muzzamil (IPG Kampus Kota Bharu)
Keenam : Saya yang comel.. Haha
Ketujuh : IPG Kampus Bahasa Melayu
Kelapan : IPG Kampus Bahasa Melayu
Kesembilan : IPG Kampus Batu Lintang rasanya.. (Wahab)
Kesepuluh : IPG Kent

Kategori Dondang Sayang

Johan : IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka (serius lunak suara dia)
Naib Johan  :IPG Kampus Bahasa Melayu
Ketiga : IPG Kampus Bahasa Melayu
Keempat sampai kelapan aku lupa lah plak.. Cuma yang aku ingat:
KEENAM : Fadzli Khamis (IPG Kampus Pendidikan Islam ~classmate aku..huhu)

Paperpown tahniah untuk semua peserta.. korang memang best! Cuma agak terkilan tak dapat bergambar dengan semua finalis... huhu


pssst :Untuk pihak penganjur, TAHNIAH!!!! BEST!!! :)


Sunday, June 23, 2013

KEDEKUT PENSEL WARNA

Assalamualaikum..

Semalam aku duk teman junior aku mewarna untuk keceriaan kelasnya.. Tetiba tu, aku teringat plak zaman aku sekolah rendah dulu... Aku rasa bukan aku sorang kot yang rasa macam ni dulu..Haha..


Masa sekolah rendah around darjah 1 rasanya. Masa tu kan selalu banyak aktiviti mewarna.. Mewarna itulah, inilah..macam-macam lagi lah.. Bila cikgu suruh warna tu plak, aku rasa cam berat nak keluarkan pensel warna aku... Sebab aku sayang sangat pensel warna tu.. So, aku simpan jerk dalam beg... Bila nak mewarna, aku pinjam kawan aku punya.. Hhahahahah.. Kedekut giler aku masa tu?

Bak kata junior aku semalam, dia pun buat cam aku jugak.. Sebab dia geram, nanti kawan-kawan dia dah pinjam warna dia, lepas tu main asah-asah..Terus jadi pendek katanya... Yang aku pulak, aku geram kalau kawan-kawan aku letak warna tu salah seperti tempat asalnya.. Yelah kan, patutnya warna HITAM kat hujung, tapi suka hati jerk letak kat tengah.. Hahhaahah..Kelakar plak bila ingat balik.. Sekarang ni ha, bila dah warna-warna, aku main letak jerk sesuka hati aku..Tak kisah pun..huhu

Lagi 1, kalau pensel warna tu jenama yang bukan LUNA.. Mesti geram kalau kawan kita main tekan-tekan sebab nak bagi pekat.. Hahahaahahaahah..Motippppp sangat...

Bila praktikal kat sekolah aritu, ada aktiviti mewarna.. Aku tengok jerk gelagat budak-budak yang pinjam pensel warna kawan dia.. Adoyai.. Tersenyum sendirian.. Teringat zaman dulu-dulu.. Rasa macam nak cek jerk beg budak tu.. Mana lah tau, kes kedekut pensel warna jugak..hahahaa..

Itu jerk lah kisah yang aku teringat... In syaa Allah Ahad (23 Jun hingga 26 Jun. 2013) ni, aku dan kawan-kawan aku berada di IPG Kampus Bahasa Melayu untuk Temasya Pantun dan Dondang Sayang IPG Malaysia 2013... Tolong doakan kami dapat buat yang terbaik yer.. Amin :)

psssst: Nerves weh, sebab pantun ni KENA SPONTAN!!!!!

Thursday, June 20, 2013

Leah McFall

Assalamualaikum...

Kalau aritu aku cerita tentang Michelle Chamuel dalam The Voice USA 2013, kali ni aku nak cerita tentang Leah McFall plak.. The Voice UK 2013... Oh yer, sebelum tu, masa Selasa aritu, baru jerk habis THE VOICE USA 2013 FINAL.. Michelle berjaya ke peringkat akhir dan dapat 2ND PLACE !!! Aku target dia menang, tapi takpewlah..huhu

 Leah McFall

Ok, berbalik kepada Leah McFall.. Dia merupakan anak didik WILL I AM... Dalam The Voice UK 2013, ada 4 orang mentor iaitu Jessie J (yang lagu Price Tag tu) , Sir Tom Jones, Danny o` Donoghue dan Will I Am... 



Ha, yang Leah McFall ni plak dia berjaya ke akhir, tapi konsert FINALnya next week rasanya... Aku dapat rasakan dia menang.. Kalau tengok rating kat Youtube, dia sentiasa tinggi.. Lebih-lebih lagi, lagu yang dia nyanyi masa suku akhir iaitu I Will Survive berjaya masuk dalam Itunes UK.. Mantap sangat!!!

Meh tengok:



Bagi aku dia UNIK.. Menyanyi dengan cara tersendiri.. Yang penting whistle dia sedap.. Cer try tengok..huhu...

pssssst: Argh!!! Tetiba sekarang minat The Voice plak.. Bila lah nak buat kat Malaysia agaknya..huhu

Tuesday, June 18, 2013

NOVEL MENCARI JALAN KE SYURGA( EPILOG CINTA KHIRANA) SERIUS BEST WEH!

Assalamualaikum....

Semenjak cuti aritu, aku TERtengok drama EPILOG CINTA KIRANA... Lepas tu, aku rasa macam best plak citer tu.... Then aku pun terus mengikuti drama tu.. Bila dah lama, aku makin suka plak dengan cerita yang ala-ala misteri macam tu..



Aku suka dengan COVER NOVEL ni. Nice :)

Tapi, bila dah balik kampus, memang susah lah kan nak tengok tv.. Lepas tu plak, bila aku tengok preview episod akan datang, macam best!!!  So, apa lagi, gigih aku cari novelnya kat kedai.. TAK JUMPA!!!!!! Geram aku! Last-last aku decide nak beli online jerk.. Mula-mula tu aku cadang nak beli dekat MUDAH.MY memandangkan aku terbaca kat blog mana ntah, yang novel tu dah habis stok.. Tapi, bila aku taip tajuk novel tu, keluar plak kat KAKIONLINE.. So, apa lagi, aku terus beli dari kakinovel jerk lah..


Alhamdulilah, semalam around pukul 3.30 aku baru amik kat kaunter foyer kampus aku.. Balik jerk, TERUS BACA!!!! Tak menyempat! Nak tahu jugak citer tu camner endingnya..

Serius TERBAIK!!! Patut ramai kata novel tu best.. Ada yang baca berulang kali.. Then bila aku baca, bagi aku memang best! Rasa cam nak baca 2 kali plak.. Huhuhu.. Setelah mempromosikan novel tu kat kawan-kawan aku, wah!!! Dah start beratur nak baca! Heheh.. 

Novel tu banyak pengajaran yang membuatkan kau tertanya sendiri tentang dosa-dosa kat diri kau.. Macam watak Kirana tu, dia diberi peluang 2 KALI untuk hidup... Ha, dalam drama baru tunjuk sekali kan, nanti aku rasa akan berlaku lagi 1 insiden yang menyebabkan Kirana di ambang maut.. Masa tu kau akan rasa terkesan dengan nilai dalam novel tu.. Bagi aku novel ni bukan novel cinta yang penuh dengan ayat-ayat jiwang, tapi novel ni membawa nilai ISLAMIC yang diadun sebati dengan nilai-nilai cinta, keinsafan, kekeluargaan, persahabatan dan macam-macam lagi... TERBAIK!!

5 BINTANG!!!! SERIUS! :)

Sunday, June 16, 2013

MAMEE CHEF KARI SERIUS SEDAP!!!!

Assalamualaikum...

Arini tetiba rasa nak promote MAMEE CHEF plak.. Ni semua gara-gara terpengaruh ngan iklan Zizan dan Chef Ismail kat TV, aku terus beli sebungkus.. Mula-mula tu nak beli tom yam, tapi kat market aku pergi ni, yang tom yam tu takder promosi beli 4 percuma 1.. Yang ada perisa Kari ngan Ayam Pedas jerk.. Maka, aku amik lah kari..



So tadi..baru jerk tadi, sebelum update blog ni.. Perut aku lapar.. Ingatkan nak makan lauk lebih yang mak aku bagi semalam.. Ingatkan tak basi, aleh-aleh BASI!!!!! Sedang menggelabah untuk makan apa (takde lah menggelabah mana pun..haha), tetiba teringat MAMEE CHEF.. Maka, aku pun cekau SEBUNGKUS..

Bila buka pek dia, macam-macam ada dalam tu.. Then, masa dah bancuh dengan air, bau dia NAIK! Macam bau Mee Kari kat kedai tu.. Terus jadi tak sabar nak makan..

Bila agak-agak dah lembut mee tu, so, bermulalah aksi santap-menyantap!! SEDAP WEH!! Bagi aku lah.. Tak tahu bagi korang.. Tapi bagi aku memang sedap. Lain daripada yang lain.. Nama pun mamee chef kan.. Even mahal sket dari maggie biasa, tapi berbaloi..

Korang dah try dah? Kalau belum try, try lah.. Tapi, kalau bubuh air tu, jangan letak air banyak sangat.. Pastikan cukup rasa.. Kalau tak nanti rasa dia tak balance dengan perencah... huhu..

Pssst: Bagi yang tengah nak exam macan Nazmin Nazifa, jangan makan selalu.. Tak elok..Sekadar sikit takpew..huhu :)

BERMINAT MENJADI PENULIS?

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Alhamdulilah, aku dah sampai kampus pagi tadi... So boleh lah online blog guna Wi-Fi..tak payah pergi cyber cafe lagi..huhu...

Ok, ada tak antara korang yang berminat menjadi penulis? Adakah ingin karya korang diantalogi kan? Ha, kalau berminat, meh lah try join.. Mana tahu ada rezeki.. Cepat! Sebelum 30. Jun. 2013.. Meh tengok ni:


Untuk maklumat lanjut, boleh juga jenguk blog LEGASIOAKHEART

Selamat Berkarya :)

Thursday, June 13, 2013

BLOGGER HANTU DIHARAM!

Assalamualaikum...

Tadi aku terjumpa ni dalam facebook..Keratan akhbar yang mungkin korang dah tahu, dan mungkin belum.. huhu..Meh tengok :


apa pendapat korang?

credit to: SOKERNET


Wednesday, June 12, 2013

GAMBAR WEDDING COUSIN AKU!

Assalamualaikum...

Ha, kan aritu aku bagitau yang aku nak letak gambar wedding cousin aku... Cousin aku yang perempuan tu... Umurnya 26 tahun.. Husbandnya pun sebaya.. Rasanya mereka dah bercinta dari form 5... Agak lama bertahan.. Alhamdulilah..

Dulu aku ngan coucin-cousin aku yang lain, suka amik phone dia senyap-senyap, lepas tu baca mesej! Hahaahahah.. Sampaikan dia dah serik nak bagi ktorang pinjam phone dia.. Kalau nak pinjam or nak tengok-tengok lagu terbaru, selalunya dia akan ada kat sebelah..hehe..

Ha, masa nak amik gambar tu.. Kamera aku bateri buat hal pulakkkkkkk..Puaka sangat! Nasib baik ada tab adik dia.. Aku pinjam kejap lepas tu bluetooth kat phone aku.. Ok, meh kita tengok.. :)


 Tu dia.. Main posing-posing atas katil pengantin..


Dalam banyak-banyak gambar, aku suka gambar ni.. Pandai plak aku tengok mereka posing,.. Bak kata cousin aku, dia ikut jerk apa photographer tu suruh.. Tapi bagi aku, tetap menjadi gambar ni..huhu


Pandai orang ni ukir nama tu.. Cantik plak tulisan..huhu


Ha, cousin aku tak guna kek.. Guna pulut jerk.. Aku ingatkan tak sedap, tapi bila aku rasa, sedap plak!!!1 Sebab ada serunding.. huhu


Tu dia masa bersanding... Bak kata cousin aku, dia tak biasa pakai kasut tumit tinggi.. Masa berarak kat luar tu, risau plak aku kalau dia tersadung.. Nasib baik tak.. huhu


Pengantin lelaki sedang bersalaman dengan ayah pengantin perempuan...


Lastly. gambar family pengantin perermpuan.. Aku nak join, tapi baju aku tak sama.. Terusssss segan...huhu

Alhamdulilah, majlis tu berjalan dengan lancar.. Semoga mereka berbahagia hingga dunia dan akhirat..Amin :)

Monday, June 10, 2013

AKU GERAM BETUL DENGAN MAKCIK YANG KACAU AKU TENGOK DRAMA SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!

Assalamualaikum...

Hai..lama tak berblogging.. last week.. sepupu terdekat aku kahwin.. Bulan Jun tahun ni, 3 orang cousin aku kahwin.. 2 JUN, 8 JUN dan yang akan datang 30 JUN.... Aritu aku baru balik darim Pasir Gudang untuk menghadiri majlis perkahwinan cousin aku ni... Bila dah pergi sana, memang tak lah aku nak online blog..Lebih2 lagi broadband aku rosak kan..So, now dapat jugak aku online kat cc.. Nanti gambar2 majlis aku upload kemudian yer.. Sekarang aku nak bercerita berkenaan tajuk kat atas tu..


Kau tahu, biasalah kan, bila orang buat majlis, mestilah ramai sepupu sepapat datang bertandang kan? Memang penuh rumah masa tu... Ha, cousin aku selaamt diijabkabulkan pada hari Jumaat (7. Jun. 2013).. Ha, sebut hari Jumaat, malam pukul 9 kat TV3 kan ada drama SSID (Sebenarnya Saya Isteri Dia)..

Masa aku tengah nak tengok drama tu, tak ramani lagi orang datang bertandang.. Hanya family ktorang jerk.. Maka aku pun gasaklah tengok drama tu.. Tengah-tengah syok tengok tu, tetiba datang pula sedara mara.. Tapi aku tetap tak berganjak..Masih utuh di depan TV.. Bila aku pandanmg belakang, ramai jugak yang join aku tengok drama tu.. Semuanya lelaki.. Wah, betul;2 kuat aura drama ni...

Tetiba, IKLAN plak kan.. Masa iklan tu, datang pulak makcik ni.. Dia cakap lebih kurang macam ni..

Bukak 319 (319 ker 391 aku lupa.. ala, siaran drama korea kat ASTRO).. Nak tengok korea..korea..

Lepas tu anak dia cakap:

Kat sini tak der korea.. citer ni best..

Ala, kan boleh tengok kat TONTON..

Tak nak..tonton nanti asik loading jerk.. (kata budak tu..)

Makcik tu gigih suruh aku bukak KOREA.. Kau bayangkan.. Geram plak aku.. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.. Buat2 tak dengar.. Masih utuh pandang TV, dan remote sorok bawah bantal;.. Haha..

Makcik tu kembali diam.. Bila drama tu dah strat, ktorang tergelak2 lah tengok gelagat Izue Islam ngan Tiz Zaqyah yang masa part laptob dioa rosak kalau tak silap aku.. Masa tu makcik tu datang lagi nak suruh aku bukak siaran korea.. MOTIPPPPPPPPPPP SGT!!!!! Kali ni aku tetap pegang remote tu dan buat-buat tak dengar.  Nasib baik ada anak dia.. Budak tu pun beria2 nak tengok TV3... Fuh, nasib baik ada back up..

Akhirnya makcik tu mengalah dan duduk sekali menonton. Sekali-sekala bila dia tanya citer ni pasal apa.. Aku terangkan serba sedikit.. Tapi budak laki yang darjah 6 tu lagi bijak explain dari awal cerita..Dalam hati aku sekadar bermonolog:

Kemain lagi budak2 zaman sekarang ni..huhu

Thursday, June 6, 2013

GAMBAR-GAMBAR KETIKA AKU MELANCONG KE BEIJING

Assalamualaikum...

Walaupun dah hampir 3 bulan aku meninggalkan bumi BEIJING.. Tapi aku tetap jugak nak upload kat blog ni... huhu

Ha, kalau korang ingat lagi, kan penghujung bulan Mac aritu kan aku mengikuti Projek Kajian Linguistik Asia kat Bejing Foreign Studies University, ha lepas balik dari projek tu, bila aku balik Malaysia, aku terus kena pergi sekolah sebab praktikal tau.. Bila dah praktikal, memang tak sempat lah kan nak update-update gambar kat blog ni... Ditambah pula dengan wi-Fi yang memang `laju` tahap gaban... memang lah dapat kan...huhu

So, sekarang, memandangkan aku kat CC, maka aku cuba upload gambar-gambar ni... Meh lah tengok..huhu


 Masa ni kat pintu masuk Tembok Besar Cina... bukan 1 pintu tau..ada banyak..ktorang masuk ikut Ju Yong Pass


Masa ni kat Beijing Foreign Studies University :)


 Ni plak masa nak pergi kat Kota Larangan.. kena jalan jauh weh.. dah lah sejuk..serius..macam dalam peti ais aku rasa.. kebas tangan, muka semua...huhu


 Ni tempat pertama yang ktorang pergi..Summer palace...


Ni kat taman larangan raja rasanya.. ktorang melawat satu tempat yang ala-ala macam muzium.. menghimpunkan pelbagai hadiah yang diterima oleh Maharaja Cina daripada negara lain.. Semua ni ada bila kau dah masuk kat dalam Kota Larangan..


 Secara jujur, perkara paling best kat Beijing bila kau dapat tengok Acrobatic.. Best weh! Tak tipu!!!!!



 Ni kami kena buat persembahan kebudayaan kat Bejing Foreign Studies University.. Tarian Endang! 


Bergambar dengan Prof. Wu 


 Ni plak restoren yang korang singgah rasanya bila nak ke Tembok Besar Cina... Nampak jerk panas.. So, aku pun malas nak pakai winter coat..rupanya sejuk weh...serius.. haha


Ni tak silap aku anak tauke kedai pearl kat area-area bird nest.. Nanti korang singgah lah..Banyak pearl yang cantik-cantik kat sini..Harga pun not bad..



Sekali lagi gambar acrobatik.. Kau tengok tu betapa lentiknya dia..


Ni dekat Masjid Nuijie.. Masjid tertua di China.. Berusia ribuan tahun... Tapi masih utuh dan cantik...



Ni nak habaq mai..Kau tahu bila aku paaki topi panda tu.. Ramai pulak yang nak tangkap gambar aku senyap-senyap... Last-last aku perasan, aku pun stay kat situ, so diowang amik gambar aku... Motip sangat kan.. mentang-mentang agaknya topi panda tu ala-ala macam pakej plak ngan winter coat aku yang bulu-bulu tu...


Ni lagi satu, tengah-tengah buat penerangan tentang pearl.. tetiba dia boleh plak stop dan menjerit..Aku ingatkan apa..rupa-rupanya dia terkejut tengok aku..Sebab katanya aku macam BUDDHA.... Boleh plak dia nak amik gambar dengan aku lepas tu..Katanya nak tunjuk kat mak dia sebab mak dia Buddhidth..Subhanallah..


Last sekali, masa korang urut kaki, jangan lupa pose maut kat luar kedai tu..banyak tempat cantik.. hahaha..

Terima kasih untuk jurugambar di atas iaitu Naili Nawi, Cassou Hamz dan Zuhair Razak :)


Tuesday, June 4, 2013

KORANG KENAL MICHELLE CHAMUEL?

Assalamualaikum...

Arini aku nak citer tentang MICHELLE CHAMUEL. Kau kenal siapakah itu? Ha, dia merupakan salah seorang peserta THE VOICE 2013.. Protege kepada USHER..  Hehehe.. Aku kalau bab-bab reality tv show ni, memang minat.. huhu..

Pertandingan ni macam VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA.. Mementingkan vokal!!Tapi lagi best aku rasa... Pertandingan ni masih berlangsung sekarang.. Dah tiba TOP 6... Aku mula minat dengan dia ni masa BLIND AUDITION.. Blind audition ni sesi di mana artis-artis iaitu Usher, Shakira, Adam Maroon 5 ngan Blake akan cop peserta mana yang dia nak hanya dengan dengar suara jerk... Masa peserta tu nyanyi, kerusi mereka akan ke belakang.. Kalau diowang rasa peserta tu best, maka dia akan tekan butang I WANT YOU... Katakan sorang peserta tu dipilih oleh lebih dari seorang artis, maka peserta tu yang akan pilih artis mana yang dia nak.. Ha, masa part ni mesti seronok bila tengok artis2 tu betul2 nak kan peserta tu..




Macam Michelle Chamuel ni, sampai 3 orang yang pilih.. Masa tu dia nyanyi lagu I KISSED A GIRL.. Tapi versi dia sangat sedap bagi aku... Mula-mula dia start nyanyi, ADAM  dah cop.. then SHAKIRA.. Lepas part HIGH NOTE tu, Usher plak yang pilih... Then berlaku lah sesi tawar-menawar..Last sekali Michele ni pilihj USHER... Video tu aku cari dalam youtube cam tak jumpa lah plak. Nasib baik aku sempat download..huhu


reaksi Adam Levine bila dengar suara Michelle..huhu

Bila pertandingan sebenar, setipa COACH ada 4 orang protege.. Ha, dan sekarang ni, bila dah TOP 6, dalam group USHER, hanya dia sorang yang selamat.. Terbaik!!!!! Aku harap sangat dia menang! Antara persembahan dia yang dapat pujian, ni dia: JUST GIVE ME YOUR REASON..  Sampai USHER bangun bila dia nyanyi.. huhu...



Tu jerk untuk arini.. :)

Saturday, June 1, 2013

SPERMA CINTA

Assalamualaikum.

Hai semua.. aku kembali online di CC.. Ha, kali ni nak cerita pasal SPERMA CINTA.. Pernah dengar tak? Pasti perkataan SPERMA dan CINTA pernah korang dengar, tapi gabungan kedua-duanya tu pernah tak?
Ha, ni merupakan NOVEL yang aku baru jerk habis baca... dan yang paling penting, ini bukan novel lucah... ini novel komedi, tapi ada unsaur2 pengajaran yang kreatif!

Aku 1st time dengar novel macam ni... Penulisnya pun aku ingatkan perempuan, bila selak dalam LELAKI rupanya.. Namanya AISA LINGLUNG.. unik kan?

Secara jujur, aku terbaca novel ni masa dekat MPH.. Tapi aku tan nak beli dulu, sebab masa tu tengah study week.. Giler haper nak beli novel time study week, memang sah2 buku BM, EDU yang aku kena study hilang ke mana.. Maka, aku berhasrat untuk membelinya LEPAS EXAM!! Guna BAUCER BUKU!!!! Yeah!!!!

Alhamdulilah dapat jugak beli..Serius kelakar tahap gaban weh! Aku tergelak sakan.. Sampaikan dalam bas pun aku bantai gelak.. Aku rasa mesti budak laki yang duk sebelah aku tu pelik tengok aku.. haha.. Aku peduli haper!

Try lah baca.. Tapi bahasanya bahasa yang selalu kita guna.. ala-ala macam bahasa pasar.. kelakor weh! serius... Kebanyakan bahasa tu plak, bahasa yang aku dengar dari kawan-kawan aku masa zaman sekolah dulu... So, macam mengimbau kembali zaman sekolah dulu rasanya..huhu..

Ok, meh tengok COVER.. Ni cover lama..


Cover baru macam ni.. Aku beli yang cover camni lah.. Oh yer, novel ni dah 5 KALI CETAKAN..since 2011...



Tu jewrk  untuk hari ni.. Bagi mereka yang minat novel jenis giler-giler yang tak der feeling-feeling cintan-cintun tahap dewa, ty\ry lah baca.. Confirm gelak...Kalau kau nak tahu, aku gigih perhi ke MPH MYDIN MELAKA dari POPULAR JUSCO MELAKA semata-mata nak beli buklu ni tau.. kat popular takder jual.... :)

try lah lawat blog penulis dia:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails